script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Lynas: Kenapa Perlu Membuat Provokasi Dan Menyerang Orang Lain Yang Bantah Andai Benar Sekali Pun Mereka Mahu Sokong Projek Tersebut!

Kekecohan yang berlaku dalam demontrasi aman bantah Lynas yang berlaku di perkarangan Hotel Hyatt dan tempat letak kereta pantai Teluk Chempedak semalam, benar-benar mencemarkan imej UMNO BN dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri sebenarnya. Biar pun kumpulan terbabit yang dikatakan menyokong Lynas berjaya menghalau malah menakut-nakutkan beberapa orang aktivis Save Malaysia Stop Lynas, namun tindakan mereka itu jelas sekali mencemarkan nama baik agama, bangsa dan negara. Orang Melayu yang cukup terkenal dengan tatasusila dan sopan santun tiba-tiba jadi "hilang akal" terpekik terlolong dan melakukan provokasi untuk menganyang sesiapa saja yang didapat menyokong Lynas. Akibatnya, mereka bertindak keterlaluan termasuk menyepak, menolak, menerajang hingga kepada sanggup memecahkan cermin kereta. Budaya ini tidak wajar berlaku dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Hak mereka untuk membantah adalah keperihatinan masing-masing. Manakala hak mereka untuk menyokong itu juga adalah tanggungjawab masing-masing. Soalnya, kenapa perlu ada provokasi dan tindakan ganas?. Dalam kejadian semalam, jelas sekali membuktikan Kerajaan Negeri Pahang terlalu takut dengan bantahan rakyat, hingga sanggup mengarahkan tindakan sedemikian dilakukan kepada mereka yang membantah. Apa pun, diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa yang lain.

Bukti, kekecohan selepas Saudara Andansura selepas buat sidang media

Antara pemimpin UMNO yang hadir Bahazelan Wahab (SU Indera Mahkota)
Zaili Besar (YB Panching), Safri Aziz (Exco Tugas Khas) & Sam (Setpol MB)

Sebahagian daripada pemimpin wanita UMNO yang hadir menyokong Lynas

Kain rentang sokongan Lynas yang turut dipamerkan kepada orang ramai

Mereka yang sokong tentu ada sebab, tetapi jangan salahkan yang bantah

Kekecohan penyokong Lynas ketika cuba halang YB Fuziah Salleh yang
mahu hadiri mesyuarat dengan pakar-pakar jemputan kerajaan (IAEA)


Kenderaan ditendang dan aktivis dikasari ketika mahu tinggalkan lokasi
[Adalah lebih elok jika UMNO dan NGO yang menyokong Lynas menubuhkan jawatankuasa mereka untuk melakukan kempen bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan Lynas. Buat program di sana sini dan ajak rakyat mendengar. Jika mahu adakan demontrasi, buat secara terancang dan panggil semua rakyat turun menyokong. Panggil media untuk membuat liputan dan adakan sidang media menyatakan sokongan terhadap Lynas. Jika mahu lebih baik lagi, kumpulkan seberapa ramai rakyat dan buat program menyokong Lynas di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai. Dengan cara itu, mungkin rakyat akan memahami dan mengetahui kenapa mereka menyokong Lynas. Namun, kaedah yang digunakan oleh UMNO semalam jelas sekali menjatuhkan maruah mereka sendiri. Kehadiran penyokong Lynas dengan bayaran tertentu, disediakan makan minum serta lain-lain kemudahan, jelas hanya untuk membuat provokasi dan menyerang pihak yang membantah Lynas. Apakah kita tiada undang-undang dan begini caranya untuk menyatakan sokongan. Harap pemimpin UMNO Pahang terutamanya Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob mengambil perhatian serius teguran ini. Usahlah dikeruhkan suasana harmoni sesama kita dengan cara ini lagi].
Share:

9 ulasan:

  1. Kalau dah barbarian...mana ada masa nak fikir semua tu...

    BalasPadam
  2. entah lah ramai sangat melayu x pandai berbudi bahasa,kurang ajar dan biadap...cara begini menunjuk melayu bukan bangsa yg maju dan demokratik-melayu islam sewajarnya berhemah bukan berperangai begitu..cara aggresif dan provokasi tidak sesuai disini.
    saya sokong UMNO buat lah kempen macam gerakan menentang Lynas...ajak seme org umnoygporno dan ngo buat kempen...takut takut xde org datang ek...

    BalasPadam
  3. PAS is ok with lynas..but not PKR..
    please rakan2 ku semua...biar IAEA yg tentukan semua ni...deorg expert...ape keputusan de kiter terima...

    Dulu kita mintak kajian mendalam pasal lynas, dah dpt, kita kater deorg berat sebelah, LYNAS bayar deorg,memacam lg...Ape yg kiter nak sebenarnye?

    LYNAS dah melabur berbillion ringgit, xkan de nak tutup kilang macam 2 je sedangkan deorg tau kilang ni ok...klu goverment snggup byar ganti rugi deorg , goverment pun bole bankrap bro...kita bila org dah explain everything dgn data2 yg sahih...kita kate menipu..

    sy bukan penyokong UMNO yg jahil...tp sy ahli PAS...tp bg saya, kita xboleh nak paksa org tutup kilang macam 2 je dgn data2 yg kita reka sndiri...kita kene ada kajian yg mendalam untuk buat tuduhan...dalam islam pun macam 2...

    jangan jadi sebahagian dr penyebar fitnah...siasat, kaji n dapatkan bukti yg boleh dipercayai...br kita leh ckap...

    Sayang geng kat bangsa melayu berpecah belah macam ni

    BalasPadam
  4. Penduduk disekitar kilang racun Lynas itu sila buat wasiat. Kesan radioaktif tidak boleh dilihat dalam sehari tapi dalam masa sebulan selepas kilang beroperasi.

    Sebelum mati, kalau ada tanah boleh serahkan kepada UDA buat pembangunan, biarkan ahli UMNO berperang sesama sendiri pasal tanah he..he...he..

    Jangan lupa, pastikan orang yang pro lynas tu sudah dirakam dalam bentuk gambar dan video. Senaraikan nama-nama orang yang bertanggongjawab meluluskan projek itu. Untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

    Semuga BN terus memerintah Malaysia selepas pilihanraya ke 13, kalau kalah nanti kita akan tahu apa sebenarnya Adnan telah buat dalam kerajaan negeri pahang.

    Ketika itu Adnan akan kita panggang macam babi q.... he...he...he..

    Kau orang ingat Pahang tu negeri mak bapak kau orang punya ke... ikut suka dia nak luluskan apa saja tanpa mempedulikan hak orang lain.

    Sekarang tengah berkuasa ....go lynas dan fu*k u

    BalasPadam
  5. Adnan Yaakob ni samseng.. teringat lagi gambar dia mencarut.. kalau dah bos nye samseng tai kucing.. anak-anak buah dia lagi le.. tak pa skang ni boleh le berlagak samseng.. Allah Maha Adil.. tak selamanye Adnan Yaakob ni nak menongkat langit, mempertahan kerusi MB tu..

    BalasPadam
  6. TERKINI
    Arab Saudi rancang bina 16 reaktor nuklear
    01/06/2011 3:27pm

    DUBAI 1 Jun - Arab Saudi rancang bina 16 reaktor nuklear menjelang 2030 yang menelan belanja AS$100 billion, lapor akhbar tempatan yang memetik pegawai tinggi pentadbiran negara berkenaan.

    Pengeksport minyak mentah utama dunia itu kini menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan menimbangkan menggunakan reaktor nuklear sebagai penyelesaian.

    "Selepas 10 tahun kami akan mempunyai dua reaktor yang pertama,” kata Abdul Ghani Melaibari, penyelaras kerjasama saintifik di Bandar Raja Abdullah bagi Atomik dan Tenaga Diperbaharui kepada Arab News.

    "Selepas itu setiap tahun dua reaktor akan dibina dan menjelang 2030 sebanyak 16 buah akan siap,” katanya. - Reuters

    BalasPadam
  7. anon 12.03...

    bukan kita tidak mempercayai IEAE, tetapi ada keraguan kerana IAEA Board Of Govenors Chairman sendiri adalah adik MB Pahang.. disini akan dilihat ada kepentingan iaitu antara adik dan abang.

    Banyak isu dan penemuan yang mengejutkan dari hasil kajian NGO telah dibentangkan dan ini menjadi tentangan oleh para pendukung yang inginkan keselamatan mereka dan keluarga mereka. Projek ini tidak berjaya di Australia kerana rakyat disana menyedari masalah yang bakal akan mereka tempuhi.

    Malangnya di Lynas sendiri semuanya (dilihat) yang bertindak menyokong Lynas dan menimbulkan provokasi adalah orang melayu.. Tak berfikirkah mereka? tak matang ka mereka dalam soal keselamatan anak-anak?

    Memang itu sikap kebanyakkan orang melayu dah kena baru menyesal. Itu sebabnya ada pepatah mengatakan dah terantuk baru nak mengadah!

    Memalukan aku jadi melayu (walaupun aku tak menyokong mereka) sebab pandangan pihak lain bahawa melayu mudah menurut perintah tanpa berfikir.

    BalasPadam
  8. nak tanya projek jalenas (hssb) tu dah start ke belum? senyap jer? dah ada ke belum kat kuantan ni?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.