
KUANTAN, 6 Jun - Biar pun diasak dengan kekerasan oleh penyokong UMNO semasa demontrasi Lynas di Pantai Teluk Chempedak baru-baru ini, namun NGO "bantah Lynas", Save Malaysia Stop Lynas terus mengadakan aktiviti mereka. Terbaru dua aktiviti telah diadakan beberapa hari lalu. Program taklimat untuk masyarakat Tionghua telah diadakan di GC Curry House, Jalan Air Putih sementara. Taklimat disampaikan oleh Dr.Lee Chee Hong (foto) iaitu seorang pakar dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) yang diundang khas untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "Process, Waste & Radiation". Diakhir program semua peserta termasuk Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota, David Choi telah menurunkan tandatangan tanda sokongan terhadap bantahan Lynas. Sebelum itu pada 4 Jun, beberapa orang penyokong Lynas dari kalangan AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan program yang dinamakan "Himpunan Aman TC Bersama Pemuzik Jalanan". Program yang dijalankan secara aman itu berjalan dengan baik tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Pihak polis juga dilihat melakukan tugas dengan profesional dan lebih berhemah untuk memantau program terbabit. Secara keseluruhannya, kempen "bantah Lynas" terus dijalankan biarpun pakar-pakar yang mengkaji tahap keselamatan kilang itu masih menjalankan tugas mereka sehingga ke hari ini. Apa yang pasti, rakyat bukan mahu kajian atau apa jua alasan, mereka mahu projek itu dibatalkan dan Lynas dihantar pulang ke negara asalnya Australia.


Generasi muda turut menandatangani bantahan Lynas selepas program


Sebahagian daripada aktivis dan rakyat yang turut hadir ke program di TC


Pengacara majlis bersama sebahagian perserta yang membuat persembahan



Generasi muda turut menandatangani bantahan Lynas selepas program


Sebahagian daripada aktivis dan rakyat yang turut hadir ke program di TC


Pengacara majlis bersama sebahagian perserta yang membuat persembahan

Aktivis rakyat Sempat bergambar sebelum meninggalkan lokasi program itu
[Banyak lagi program akan diadakan selepas ini, bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang isu Lynas yang sebenarnya. Banyak rahsia tersembunyi antara Kerajaan Negeri, MITI dan AIEA akan dibongkarkan, bagi membuktikan sememangnya ada permainan politik hingga menyebabkan pembinaan kilang memproses rare-earth itu tetap dijalankan biar pun pakar-paka hadir untuk membuat siasatan dan kajian. Sepatutnya, kerajaan wajar mengarahkan operas pembinaan kilang terbabit dihentikan buat sementara waktu ketika proses kajian dijalankan. Malah, difahamkan kerja-kerja berkaitan sudah melebih 80% siap dan Lynas mengarahakan kerja dilakukan siang dan malam untuk membolehkan mereka beroperasi pada bulan September ini. Terdapat laporan yang menyatakan segala kerja berkaitan perlu disiapkan pada bulan Julai 2011 sebelum lesen operasi diberikan. Maknanya projek ini akan diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Rakyat akan terus tertipu dan terpedaya dengan permainan politik beberapa kerat pemimpin yang kini tersenyum lebar untuk menikmati hasilnya tidak lama lagi. Justeru itu bantahan perlu diteruskan walaupun penuh dengan tekanan !].






Go ahead LYNAS.
BalasPadamsila kemukakan 10 sebab kenapa anda menyokong LYNAS..?.semoga kita semua warga kuantan dpt munafaat bersama2 dgn tokey LYNAS..ada brani..
BalasPadamSatu dua atau tiga fakta kukuh dan sahih, adalah jauh lebih bermakna berbading 10 alasan longgar tanpa asas, tanpa 'prima facie'nya. Lagi, saya tak fikir saya lebih bijak dan arif berbanding badan yang telah dilantik untuk mengkaji 'pro dan 'kontra' LYNAS. Lagi? Saya tak fikir kerajaan Pahang/BN tergamak dan secara semberono membunuh rakyatnya. Lainlah kalau nak ikut prinsip gila babi PAS yang sanggup membunuh dan mengorbankan prinsip dan leluhur perjuangannya dek hanya kerana rakus gila kuasa!
BalasPadam1..
BalasPadam2..
3..
4..
5..
6..
7..
8..
9..
10. lynas sepatutnya dibina diaustrlia, bukan dimalaysia.
why di lynas didn't build in australia ,,, a small part in thi country will be ore that enought...... water etc is no problem,,,,,,,,,,,,,to........ malayia ,, young politics UMNO,, MCA,,, MIC..AP perkasa psa,ECT CET<<<,, thrown away politic join together ... fight for Evorniment and the future ...............
BalasPadama long term to X-ray will cause cancer
~ i dont wanna die lynas way...~
BalasPadamwi tolk abaut LYNAS not politik mca,mic,pas,umno,sup,sapp...klu 5 taun lg takdirlah terjadi satu tragedi pencemaran udara,laut,air minum....masa itu semua orang kat kuantan ni menderita yg berpanjangan..cer mu bygkan..!set2 mu dok london ke?agaknya surat kabor hari2 cover cite hantu,seks,alien..tutup cite radiasi.
BalasPadamker guane ayahngah mung.?
macamnilah..blakang umah ngko nk bina kilang mercun dari CHINA.kalau meletup, 3 buah kg hangus,Kerajaan bukan nk bunuh ngko pun.apa pendapat ngko.SERONOT TAK.
BalasPadamnape la rmai yg xsdr2 lg bhy lynas ni terutamanye org melayu, sdih tgk bgsa sndiri diperbodohkn oleh lanun2 darat nih....
BalasPadamLynas dikatakan akan membekalkan 20,000.00 Kg bahan REM untuk industri peperangan Amerika Syarikat mulai tahun depan.
BalasPadamLynas akan jadi pembekal utama mereka.
REM digunakan untuk buat bom pintar dan senjata senjata canggih.
Ini kemudian akan di jual kepada Israel untuk bunuh penduduk palestin.
Yang tak habis jual kat Palestin akan di pakai atas penduduk Iraq dan Afghanistan.
Semua dari produk yang di hasilkan di Kuantan.
Bagus la tu.
and next MESIA...from SINGPORK.
BalasPadam