script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pengakuan Ikhlas "CEO Lynas" Nick Curtis Membuktikan Memang Benar Projek Itu Masuk Ke Bumi Pahang Melalui Rundingan Pintu Belakang !

Maka berkokok dan bergembiralah puak-puak UMNO BN Pahang bila melihat kenyataan CEO Lynas, Nick Curtis (foto) bahawa dia mengakui bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana tidak memberikan penjelasan yang secukupnya kepada penduduk di Kuantan. Kononnya dengan diberi penjelasan yang lebih lanjut mengenai projek tersebut, ianya dapat meredakan sedikit kebimbangan rakyat terhadap projek itu. Paling menarik bila Nick Curtis mengatakan beliau menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukannya fakta. Susulan kenyataan tersebut ramailah puak-puak UMNO BN Pahang bertempik dan melompat mengatakan isu Lynas hanyalah permainan politik murahan pembangkang. Malah dalam sebuah blog pro UMNO Pahang yang cukup ketinggalan zaman iaitu Pahang-Ku melaporkan "Dia orang (pemimpin pembangkang) bukan tau berpolitik. Tapi sekadar tahu macam mana nak mempergunakan rakyat demi kepentingan Politik mereka sahaja. Dan secara tidak sengajanya, hakikat yang sebenar mengenai perangai puak - puak Pakatan Pembangkang itu akan turut disebarkan kepada masyarakat Antarabangsa. Kalau nak harapkan puak - puak Pakatan Pembangkang seperti Si Fuziah tu bagi fakta mengenai sesuatu isu, mau kucing bertanduk dulu baru dia buat macam tu agaknya. Diorang mana tau macam mana nak bagi fakta. Yang diorang tau buat ialah menyebarkan 'auta' dan memutar belitkan fakta sedia ada je. Lepas tu menipu rakyat. Itu je la kerja yang dia tau buat". Begitulah kenyataan yang telah dibuat oleh blogger UMNO Pahang si Semut Hitam dalam blog itu.


Apakah kerana mesyuarat khas ini menyebabkan Lynas ada di Kuantan

MB dan CEO Lynas kelihatan gembira selepas buat pertemuan khas di Hyatt
Persoalannya sekarang, jika benar Nick Curtis memohon maaf kerana syarikatnya membuat kesilapan besar akibat tidak memberi penjelasanan yang cukup kepada rakyat sebelum melaksanakan pembinaan projek ini, maka apakah beliau boleh meneruskan proses kerja-kerja pembinaan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya. Kenyataan beliau ini jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa memang ada unsur penyelewengan dan rasuah yang nyata hingga menyebabkan pembinaan kilang tersebut boleh dilaksanakan dengan segera, biarpun Lynas tidak memberikan penjelasan yang secukupnya kepada rakyat. Apa yang memusykilkan kita, kepada siapakan CEO Lynas ini beri penjelasan? Dan bagaimanakah projek ini boleh diluluskan ketika itu, jika suara rakyat dinafikan?. Ini bermakna projek ini dibawa masuk ke bumi Pahang ini melalui "pintu belakang" dan sudah pasti melibatkan pihak yang berkuasa dalam Kerajaan Negeri Pahang ini sebenarnya. Maknanya, Lynas merujuk perkara berkaitan kepada pihak terbabit dan pihak itu pula dengan mudah menggunakan kuasa yang ada untuk mengarahkan agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mempercepatkan proses yang berkaitan. Sedangkan, banyak perkara yang jelas belum dilaksanakan oleh Lynas termasuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat. Ternyata mereka cuba menyembunyikan sesuatu.

[Bukankah ini membuktikan rakyat Kuantan ditipu oleh pihak yang berkenaan sebenarnya. Siapakah pihak terbabit, dan bagaimana Lynas begitu mudah masuk ke Pahang sedangkan projek itu tidak diterima oleh mana-mana negara di dunia ini hatta negara pengeluar rare earth terbesar iaitu China. Bukankah, ia masuk ke Pahang melalui satu perjanjian tersembunyi yang sudah pasti dibuat menerusi "pintu belakang". Oleh itu rakyat diminta terus bangkit menentang Lynas kerana dengan kenyataan Nick Curtis ini saja sudah cukup untuk membuktikan kepada kita yang beliau memang telah memperdayakan rakyat dalam hal ini. Mungkin beliau takut untuk memberi kesedaran awal kepada rakyat, kerana Lynas tahu jika perkara ini diperjelaskan kepada rakyat maka mereka sudah pasti tidak berpeluang untuk beroperasi di sini. Langkah terbaik ialah melobi diperingkat atasan dan selepas projek diluluskan barulah cari alasan untuk tipu rakyat. Inilah yang berlaku sebenarnya].
Share:

9 ulasan:

  1. Saya agak, pihak atasan dan individu tertentu dlm kerajaan Pahang ada habuan lumayan menanti. Itu pasal bermatian pertahan Lynas. Ada segelintir di kalangan pemimpin UMNO Pahang yg sedar kesilapan ini dan tahu Lynas akan bawa musibah jangka panjang kpd Kuantan, tapi dah tak boleh gostan. Benda dah nak jalan.

    BalasPadam
  2. bukan tak boleh "gostan" kerana benda dah nak jalan..tapi TEMBOLOK dah penuh! mulut jadi BISU...

    BalasPadam
  3. Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.

    Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).

    Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.

    “Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain.

    “Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

    “Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘Dah terang bersuluh pula!’ di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

    Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.

    “Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.

    “Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.

    “Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.

    Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.

    “Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.

    “Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.

    Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.

    “Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu.
    __________________________________

    Satu dunia sudah tahu dan percaya bahawa rakaman video itu tulen dan sah siapa orang dalam rakaman video itu. Hanya penyokong taksub Anwar/pakatan yang tidak mahu mengakui dan tidak mahu menerima hakikat dan fakta. Kenapa?

    Sebab mereka terlalu bodoh dan taksub, tiada fakta dan hujah, hanya mampu jadi pencacai, diulang HANYA MAMPU JADI PENCACAI, sebab itu sokong dan puja Anwar mengkhinzir buta.

    BalasPadam
  4. minta maaf pengampu... sahlah, anda termasuk dalam golongan orang yang hatinya dihitam oleh Allah..., bertaubatlah... pintu taubat sentiasa terbuka.. kenapa? anda sendiri cari dengan hati ikhlas dan bersihkan diri dari perasaan hasad, dendam, tamak, munafik seperti Zulkifle

    BalasPadam
  5. Bengong sungguh orang umnoporno orange cakap pasal lynas mung cakap pasal sex fitnah..memang dasar zul nordin jenis bangang. Zul nordin lupakah sewaktu najib liwat altantuya melalui jubur belakang..sebelum meletupkan dengan bom takut terbongkar rahsianya..apakah orang up, nosudah lupakah sewaktu najib ditangkap khalwat dulu..
    Apakah orang umno lupa sewktu rahim merogol budah bawah umur...
    Apakah orang umno lupa si Rais telah merogol amahnya sendiri..
    Apakah umno sudah lupa atau sudah nyanyok !!!

    BalasPadam
  6. Sepatutnya najib sudah meletak jawatannya sebab tidak pandai menguruskan ekonomi negara...perabihkan duit negara adalah....

    BalasPadam
  7. Anon 11:36..x yah lah taip pnjg2 dgn harapan kami nk join ko..minta maaf ye ko salah tmpt..cuma nak bgtau umno dah smpai ke penghujung kuasa ye..ko pegi lah borak2 dgn geng ko tu..citer lah se byk2 nya bahan porno selagi ko dgn geng terdaya..eloknya ajak sekali pakar US tu join dan blanje dia minum ye.maklum lah dia dtg dri jauh.kekekeke...korang kata lah ape sj ke anwar tuh..se lg lidah korang boleh ber kata2..kami x berminatpon,, kami lebih berminat melakukan perubahan..BN telah gagal di mata rakyat terbanyak..hrp maklum

    BalasPadam
  8. KITA HARAP DENGA ISU LYNAS INI, SEMUA PENGUNDI CHINA, INDIA DAN MELAYU YANG SEDAR DIRI SAHAJA AKAN MENYOKONG PAKATAN RAKYAT.

    DAH NAMPAK KESANNYA, BARISAN NASIONAL AKAN HILANG SOKONGAN DALAM PRU13.

    POLIS DAN PENGUNDI POS SAHAJA AKAN UNDI TERPAKSA KEPADA UMNO.

    BalasPadam
  9. Malaysia Save!!Start Lynas on time!!ignore jer suara2 sumbang tuu

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.