script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemilihan Parti: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Calon Popular 'Timbalan Presiden', Akui Beliau Bukanlah Galang Ganti Kepimpinan Ulama PAS

PETALING JAYA, 1 Jun - "Saya bukan galang ganti kepimpinan ulama." Demikian tegas calon Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai peluangnya pada pemilihan parti itu Jumaat ini. Malah menurut Tuan Ibrahim, walaupun beliau dan penyandang jawatan tersebut, Nasharudin Mat Isa mempunyai latar belakang pendidikan yang sama, namun isu pengganti atau penyambung kepimpinan ulama tidak seharusnya dibangkitkan. "Saya tak rasa begitu (pengganti). Malah saya rasa tak tepat kalau dikatakan saya ini sebagai penyambung kepimpinan ulama dalam PAS," katanya. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas pandangan banyak pihak bahawa tindakan beliau menerima pencalonan bagi merebut jawatan nombor dua itu adalah sebagai penyelamat atau pengganti sekiranya perwakilan mengambil keputusan menolak kepimpinan Nasharudin. Penganalisis meramalkan Nasharudin menghadapi laluan sukar bagi mempertahankan kedudukannya bagi penggal ketiga selepas menang buat kali pertama pada 2005. Pada pemilihan PAS yang berlangsung bermula Jumaat ini, Tuan Ibrahim dan Nasharudin berhadapan dalam saingan tiga penjuru dengan seorang lagi calon iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang menang jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lalu mengakui, Nasharudin sememangnya mempunyai lebih kredibiliti berbanding beliau. "Saya bukan menafikan hak golongan profesional untuk bertanding dalam PAS. Sesiapa sahaja dalam parti ini berhak untuk menawarkan diri bertanding sebagai pemimpin. "Namun walau apapun, ia terpulang kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat keputusan bagi memilih pemimpin mereka," katanya sambil tegaskan peluang untuk semua calon bagi jawatan Timbalan Presiden adalah seimbang.

[Pahang Daily Online menyokong penuh kepimpinan Dato' Tuan Ibrhaim Tuan Man dan amatlah berharap agar ahli PAS seluruh negara dapat membuat keputusan yang bijak bagi meneruskan kesenambungan kepimpinan ulamak dalam parti itu. Tambahan pula Dato' Tuan dilihat agar bersih dan terbebas daripada sebarang kontroversi atau spekulasi hangat berbanding dengan calon lain. Malah beliau juga telah banyak membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin sejak mula-mula berkecimpung sepenuh masa dalam politik. Apapun, segalanya terletak ditangan perwakilan yang akan membuang undi Jumaat ini. Tanggungjawab tersebut haruslah dipikul dengan sebaik mungkin demi keutuhan dan masa depan parti. Semoga pemilihan ini tidak akan menyebabkan parti PAS berkecamuk dan berpecah dalam keadaan semua menanti untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum akan datang nanti].

Share:

9 ulasan:

  1. kita serah kepada Allah. jika kehadiran beliau dalam perebutan jawatan timbalan ini sebagaimana yang dikatakan (bukan kerana bukan galang ganti kepimpinan ulama), maka di atas kesedaran apakah beliau menerima pencalonan? jari ini tetap menuding bahawa beliau ditonjolkan kerana bimbang sesuatu berlaku kepada presiden, kerana penerusan agenda keparat bersama umno oleh golongan mesra umno. siapa2 mereka semua sudah maklum. tuan ibrahim sudah buktikan bahawa beliau boleh "digunakan"!

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  2. Satu kesilapan besar kalau kita melantik TITM.Dan amat merugikan jemaah.Disaat dunia dalam keadaan revolusi maka Mad sabu lebih sesuai memimpin jemaah.kerana beliau telah di uji dan di cuba keberaniannya dan bersedia berkorban dan telah membuktikan bahawa beliau setia pada jaamal serta mengamalkan amal jemaai.Keputusan jemaah di patuhi.Seperti penolakan UG dalam muktamar dua tahun dulu di Perak.Dalam konsep berjemah kita walak pada jemaah bukan walak pada pemimpin tertentu.Dalam surah Al Baqarah ayat 246.Kalau kita faham betul betul kenapa Alah memerentahkan supaya melantik TALUT sedangkan di kalangan mereka ada Nabi SYAMUN.Jelas dan nyata sebab TALUT adalah orang yang gagah lagi berani.Juga di ketika itu ada Nabi DAUD (AS) diantara mereka yang menjadi tentera dikalangan tentera yang di pimpin oleh TALUT.Hujah ini memang jelas.Tuntutan jemaah bagi seorang pemimpin bukan sekadar Ilmu dan kuat Ibadat atau amalan tetapi keberanian yang di beri pertunjuk dan hidayah adalah merupakan titik tolak yang sebenarnya.Harap perwakilan bebaskan diri dari amalan dan budaya kagum yang tiada nas yang jelas.

    BalasPadam
  3. Surah Al Baqarah Ayat 246
    tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh 2 Kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak Diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," mereka berkata: "Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" maka apabila perang itu Diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim.

    Ayat 2 4 7

    . dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". dan (inga tlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

    BalasPadam
  4. Ramai yg pandai buakt spekulasi, tapi hakikatnya tak tahu apa pun perkara yg sebenar. Baik diam je.

    BalasPadam
  5. Pilihan saya mengikut trend politik terkini serta kemampuan bakal calon utk mengemudi pakatan rakyat dgn PKR n DAP.

    Timb Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man
    Naib2 Presiden -
    1.Husam Musa
    2.Nizar Jamaluddin
    3.Salahuddin Ayub.

    BalasPadam
  6. Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.
    Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.
    Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergulung ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang di perintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan golongan miskin.
    Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – golongan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sadikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.
    Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai.
    Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara PR dengan gerombolan Umno di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh PR.
    Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.
    Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikoon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis.
    Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan Pas yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas diantara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Mat.
    sambung...

    BalasPadam
  7. Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah Umno. Justeru saya berani berkata disini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli Pas. Parti Pas tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.
    Pas mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Golongan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh Parti Pas.
    Kalau Pas ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam Pas? Biar saya terangkan disini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam Pas ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh Umno yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung Umno pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.
    Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan Umno. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadith nabi untuk 'menghalal' kan apa saja dasar dan tindak tanduk Umno.
    Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti Pas? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar dan Mandur tetapi ramai kuli estate yang menjadi ahli.
    Awas dan waspada. Didalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Didalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.
    Di tahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin Mat Isa. Seperti saya tulis diatas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.
    Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah ‘tagline’ untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti Pas.
    sambung...

    BalasPadam
  8. Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.
    Akhbar Utusan Malaysia dianggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung - akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara Umno ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.
    Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa Umno merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu
    Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.
    Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan Umno dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.
    Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.
    Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan Umno. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.
    Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti Umno yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.
    Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan Umno untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.
    Jelas disini Umno mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.

    BalasPadam
  9. Best opinion and analysis so far.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.