script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Mesej SMS Tersebar, 'Kempen Boikot' Dua Buah 'Stesen Minyak Petronas' Di Kuantan Gara-Gara Tindakan Ala Samseng Semasa Demo Lynas

KUANTAN, 5 Jun - Orang ramai terkejut apabila ramai diantara mereka mendapat satu mesej SMS yang meminta mereka memboikot dari membeli minyak petrol atau diesel di dua buah stesen minyak Petronas di bandar ini. Ia dipercayai kekecewaan pihak-pihak tertentu apabila pemilik kedua-dua buah stesen minyak terbabit dipercayai terbabit sebagai salah seorang yang bertindak keterlaluan "ala samseng " terhadap rakyat yang mengadakan demontrasi aman membantah Lynas di pantai Teluk Chempedak baru-baru ini. Antara lain SMS itu berbunyi "Salam, Jangan Isi Minyak Di PETRONAS Jalan Bukit Ubi (Depan Shahzan Inn Hotel) & PETRONAS Balok Makmur, Sebab Pemilik Stesen Minyak Ini Adalah Antara Individu Yang Bertindak Samseng Menghalang Program Kumpulan Anti Lynas Di Teluk Chempedak Kuantan Pada 31 Mei 2011, Tolong Sebarkan Kepada Rakan-Rakan". Tidak dapat dipastikan siapa yang menghantar SMS berkenaan, namun ia ternyata dilakukan oleh pihak yang kecewa dengan gelagat pemilik stesen minyak terbabit. Kmi tidak dapat memastikan, berapa banyak SMS yang telah dihantar kepada warga Kuantan. Namun, kemungkinan besar jumlahnya agak besar. Apapun, pihak terbabit terutamanya yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan "rakyat secera keseluruhannya" digesa tidak bertindak keterlaluan hingga menyebabkan perniagaan mereka terancam sebegini. Adalah lebih elok mereka bersikap berkecuali dan tidak terlalu menonjolkan diri dalam politik, apatah lagi dalam isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kesilapan yang berlaku haruslah dijadikan ikhtibar agar lebih berhati-hati di masa yang akan datang.

[Sebagai pengajarannya, kepada pihak yang berkenaan diingatkan supaya lebih profesional dalam menjalankan tugas terutamanya yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Jangan terlalu ekstrim bertindak terhadap rakyat jika kita mempunyai perniagaan yang memerlukan pasarannya dikalangan rakyat. Apa yang difahamkan, sememangnya ramai pemilik stesen minyak Petronas itu sendiri adalah terdiri dari kalangan penyokong tegas UMNO. Jika tidak mereka agak sukar untuk mendapat kontrak mengendalikan premis berkenaan. Maka itu, apakah kewajaran yang perlu dilakukan oleh rakyat Kuantan sekarang. Jika tindakan boikot dilakukan, sudah pasti ia akan menjejaskann perniagaan pihak terbabit sebenarnya. Namun, sebagai pedoman maka semua ini mungkin terpaksa dilakukan].
Share:

9 ulasan:

  1. Patutlah samseng, rupanya ada kepentingan dalam perniagaan..beginilah perangai orang umno biarlah rakyat mampus pun kepentingan tamak haloba diutamakan..

    BalasPadam
  2. setuju... ikut telunjuk je tu... ajar sikit baru tahu siapa berkuasa... rakyat atau kerajaan zalim...

    BalasPadam
  3. sama family ngan KFC Balok...

    BalasPadam
  4. Peduli den, tak kan nak tolak keto den kalau tak do minyak... bodoh

    BalasPadam
  5. loh sebelum minyak nak abeh bli la dlu..aloh jang wei..ni la ahchai last minit punyer kijo

    BalasPadam
  6. Lu sendili bikin ka itu SMS?

    BalasPadam
  7. sokong..samseng kuang ajor patut diajor..

    BalasPadam
  8. itu cara mengajar mrk aku dah lama tak gunakan minyak petronas sebaliknya beralih kepada shell atau pun esso, jika dlm 1 hari ada seribu org membeli di petronas ni jadikan 50 org aje, masuk 3 bln gulung tikarlah dia baru dia tahu di mana bumi di pijak langit di junjung, supaya lain kali jgn sombong dan samseng kalau rakyat tak masuk ke petronas kamu jika rasa rugi minta lah bantuan kewangan dari MB atau PM mrk pasti bagi bantuan sbb hangpa sokong mrk...he2

    BalasPadam
  9. Tak baik buat begini sebelum sebarkan berita kena periksa dulu. Tak baik buat fitnah berdosa, mati nanti susah. Jangan terlalu taksud sehingga menyalahkan orang yang tidak berdosa. Dah kenal pasti belum siapa pemilik sebenar stesen ini??? Tak baik buat tuduhan palsu berbentuk hasutan ini.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.