KUALA LUMPUR 3 Jun - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk melucutkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar perbicaraan itu, kerana bersifat berat sebelah. Ini kerana Zabidin seolah-olah sudah membuat keputusan mensabitkan Anwar di atas tuduhan liwat apabila menerima segala keterangan saksi pendakwaraya termasuk pengadu Saiful Bukhari Azlan sebagai benar tanpa mendengar pembelaan Datuk Seri Anwar, kata peguam Karpal Singh. Pada 16 Mei lalu, Zabidin mengarahkan Anwar supaya membela diri terhadap tuduhan liwat oleh Saiful itu namun menurut Karpal, Anwar tidak berupaya mendapat perbicaraan adil sebagaimana yang terjamin di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Karpal Singh berkata, penghakiman Zabidin tidak masuk akal kerana beliau seolah-olah sudah pun membuat keputusan muktamad setelah selesai mendengar keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. “Hakim telah salaharahkan dirinya dalam menafsir perkataan prima facie. Beliau telah pun membuat keputusan penuh menerima keterangan Saiful sebagai sesuatu yang benar tanpa mendengar pembelaan Anwar terlebih dahulu,” kata Karpal. “Apabila hakim mengambil pendirian sedemikian, apa lagi ruang yang tinggal untuk pihak yang membela diri,” tambah Karpal. "Pada peringkat ini, hakim tidak harus membuat rumusan yang konklusif,” tambah beliau. Karpal tegaskan tindakan Si Zabidin bercanggah dengan prinsip keadilan.
[Justeru pihaknya memohon supaya Zabidin menarik diri dan digantikan dengan hakim yang lain. Dalam permohonan yang difailkan, Anwar berkata Zabidin tidak boleh membuat rumusan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaraya termasuk Saiful adalah benar tanpa mendengar daripada pihak pembela. “Hakim telah membuat satu penemuan konklusif, (malah) memutuskan pendakwaraya telah membuktikan kesnya tanpa keraguan mengenai kesalahan tertuduh. Ini menjadikan seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah sia-sia,” tambah Anwar. "Peruntukan itu mewajibkan hakim untuk membuat keputusan muktamad hanya setelah mendengar kes pendakwaraya dan pembela,” kata Anwar. “Sekiranya perbicaraan saya disambung oleh Datuk Zabidin, saya percaya saya tidak akan menerima satu perbicaraan yang lebih adil,” tambah Anwar Ibrahim lagi]. tvsnews






kau kat atas juga dah buta sokong umnopurno pandi kutty tanpa melihat samada video tu sahih atau tidak, kau orang islam ke? kenapa tidak mengikut undang undand syariah, kalau kau percaya DSAI melakukan tuduh dia kemahkamah syariah, kalau salah biar dia dihukum, engkau ni sokong umnopurno membabi buta, betul betul macam pandi kutty....ptuih
BalasPadam