KUALA LUMPUR, 6 Jun - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadap dirinya. "Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin. Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan. Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut. Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang "berwibawa.". Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga. Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah. Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Kedua-dua permohonan itu ditolak. Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.
[Seperti yang telah dijangka, akhirnya ia menjadi kenyataan yang mungkin terlalu sukar untuk diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Namun, itulah hakikatnya amalan undang-undang di negara ini. Biar pun terdapat berbagai bukti dan fakta menyeleweng dalam kes ini, namun ia tetap diterima sebulat suara oleh hakim yang arif lagi bijaksana. Apapun, senario yang berlaku ini memang akan mempercepatkan lagi kejatuhan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Nampak jelas, rakyat akan bangkit dari segenap pelusuk negara untuk menyatakan bantahan terhadap semua ini. Maka itu, keputusan yang akan kita ketahui selepas ini ialah Anwar Ibrahim pasti akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh gara-gara kebobrokan sistem undang-undang dan kehakiman rimba yang disaksikan ini. Rakyat adalah hakim negara, jalan terbaik ialah melakukan perubahan demi mengembalikan integriti mahkamah serta badan kehakiman yang semakin tercalar mutakhir ini].

Ada-ada saja helah si peliwat dan penzina nombor 1 negara ini.
BalasPadamselagi melayu spesis fitnah hidup dibumi malaysia, selagi tu malaysia tak akan aman. melayu itu adalah u...o, pandai pun hampa..
BalasPadamKEPALA BUTUH MASAK ASAM
BalasPadamElok lah Anwar kedalam,biar Hj. Hadi jadi PM,aman sikit PR tak ada kes sodomi,tak ada video sex.Anwar ni aku tengok putar nya kuat juga.
BalasPadamInilah tanda suis sudah ON hampirnya akhir zaman bila pembela kambing di padang pasir berebut2 mambina bangaunan tinggi, wanita berpakaian tetapi sebenarnya telanjang, fitnah berleluasa,riba dihalalkan dan islam akan berpecah kepada 72 fikrah yang tak diterima taubatnya..jangan lah mudah terjerumus memihak fitnah seperti ini...sebenarnya kita hidup selama2nya dengan berlainan versi..
BalasPadamhentikan fitnah jahat ni!
BalasPadamOrang yang tuduh anwar itulah kaki zina sebenarnya!!!
BalasPadam