script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Analisis: Kontroversi 'Isu Lynas', Serta Video Seks Anwar Bakal Menjerat UMNO BN Di Pahang Untuk Meraih Sokongan Pada Pilihan Raya Umum Nanti!

Parti Melayu UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang dibawah kepimpinan Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto), dalam bahaya sekarang, berikutan terdapat maklumat dalaman yang meramalkan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang bakal jatuh ke tangan pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Ramalan itu bukan lagi omongan kosong semata-mata, malah turut diakui oleh beberapa orang pemimpin UMNO negeri yang dihubungi. Malah sebahagian besar dari kalangan mereka tidak yakin lagi BN bakal berkuasa di Pahang, selepas melihat senario politik yang melanda mutakhir ini. Umum mengetahui negeri Pahang adalah antara kubu kuat UMNO yang gagal goyah biarpun "Tsunami Politik" melanda pada PRU12 lalu. Walau bagaimana pun dua kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sendiri iaitu Indera Mahkota dan Kuantan tumbang dengan majoriti melebih 1,000 undi pada PRU lalu. Malah, pembangkang berjaya menang di beberapa buah kerusi DUN seperti Triang, Tras, Semantan dan Beserah. Biar pun gagal mengatasi jumlah kerusi pada PRU10 sebelum itu (8), namun ia sedikit sebanyak menggambarkan bahawa suara rakyat sudah mula bergema di seluruh negeri. BN tidak boleh terlalu berbangga dengan kemenangan yang mereka kecapi, kerana banyak kerusi DUN yang BN hanya menang di bawah paras 1,000 undi. Malah ada DUN yang dibawah paras 500 undi sebenarnya. Ini menunjukkan kekuatan BN di negeri kelahiran PM Najib Razak kian merudum. Itu ketika tiada isu besar yang melanda bumi Pahang. Namun kini, dengan ada isu Lynas senarionya adalah jauh berbeza.

Isu Video Seks Anwar, Bangkit Kebencian Rakyat

Malah, rakyat yang dulunya menyokong UMNO BN kini sudah berpaling tadah dan muak melihat fenomena yang berlaku dalam kancah politik negara hari ini. Isu skandal video seks terbaru Anwar yang didedahkan baru-baru ini juga dilihat memainkan peranan untuk menghilangkan sokongan rakyat terutamanya pengundi atas pagar kepada UMNO BN sendiri. Ramai yang tidak yakin dan benci dengan permainan politik lucah yang dilakukan oleh UMNO dengan kerjasama media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Lantaran itu, masing-masing berjanji akan membuat undi protes dan menolak BN kali ini. Mereka langsung tidak percaya dengan pembongkaran yang dilakukan oleh "Trio Datuk T" itu. Tambahan pula pihak terbabit dipercayai merencanakan semua itu atas arahan pemimpin UMNO BN sendiri. Akhirnya, ramai dikalangan mereka merasa "sudah cukuplah dengan permainan politik" memualkan seperti ini. Daripada mereka percaya dengan konspirasi liwat Anwar dulu, hingga akhirnya mereka terus tidak yakin dengan apa yang berlaku. Semua ini gara-gara kesilapan dan kegopohan pemimpin UMNO membuat tindakan. Rakyat juga mula membenci UMNO BN akibat sikap "dayus" mereka menggunakan sepenuhnya peranan media arus perdana untuk membuat fitnah dan mengadu domba mutakhir ini. Tindakan keterluan media arus perdana terutamanya TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang lainnya, menyebabkan rakyat (pengundi atas pagar) naik bosan dan semakin benci kepada UMNO sekarang. Itulah hakikatnya kini!.

Kontroversi Isu Lynas Bakal Menjerat BN Pahang


Biar pun menafikan hakikat sebenarnya isu Lynas, namun UMNO BN Pahang bakal menjerat diri mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Itulah ramalan yang dibuat oleh ramai pihak mutakhir ini. Apa saja kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang atau Menteri Besar itu sendiri sudah tidak boleh dipercayai rakyat lagi. Apatah lagi bila terdapat bukti penglibatan pihak-pihak tertentu dalam UMNO dengan projek berisiko berkenaan. Adnan tidak boleh menafikan hak rakyat untuk menerima apa saja ketentuan yang dibuat oleh kerajaan pimpinannya. Banyak kes yang berlaku sebelum ini menyaksikan rakyat akhirnya menanggung akibatnya. Misalnya, dalam kes lombong emas Australian Raub Mining Sdn Bhd di Bukit Koman satu ketika dulu. Hingga kini bahan kimia beracun "Cynide" terus menghantui penduduk di sekitar kawasan itu. Malah, ramai diantara mereka yang mengalami penderitaan akibat kerakusan kerajaan itu sendiri. Kini isu Lynas bakal ditanggung lagi oleh rakyat jika kerajaan berdegil untuk meneruskan projek tersebut. Apa yang masti majoriti (terkini 80%) masyarakat kaum Cina bakal menolak BN dalam PRU13 nanti. Ini diakui oleh beberapa orang pemimpin MCA yang mewakili kaum terbabit dalam parti komponen BN. Kemungkinan besar banyak kerusi bandar akan tumbang gara-gara sikap kerajaan itu. Hanya mereka yang dicucuk hidungnya sahaja yang beriya-iya menyokong Lynas. Sedangkan hakikatnya, mereka juga takut dengan risiko yang akan berlaku pada masa akan datang. Jika senario ini menjadi kenyataan, maka BN sudah pasti akan terjerat dengan isu Lynas. Pembangkang akan mendapat sokongan padu daripada masyarakat kaum Cina yang lebih prihatin dengan isu-isu kesihatan seperti ini. Lantaran itulah, kita menjangkakan BN akan menghadapi masalah besar untuk menang atau setidak-tidaknya mempertahankan kerusi yang majoritinya kaum Cina. Peluang lebih besar untuk pembangkang dalam PRU-13 nanti.

[Kenyataan ini mungkin tidak digemari oleh sebahagian besar penyokong tegar UMNO yang berkunjung ke blog ini. Namun, mereka harus menerima ketentuan dan takdir yang akan berlaku. UMNO BN hanya gah untuk berkuasa di Pahang dengan bantuan talian hayat pengundi di kawasan Felda yang digertak dan diberi gula-gula oleh mereka. Jika tidak kerana itu sudah pasti mereka juga tumbang pada PRU-13 yang lalu sebenarnya. Pemimpin UMNO terutamanya MB Pahang, Adnan Yaakob boleh tersenyum kerana dapat mempermainkan rakyat dalam isu Lynas yangs edang hangat diperkatakan sekarang ini. Namun, dalam masa yang sama mereka juga harus sedar bahawa rakyat sudah tidak lagi yakin dan percaya dengan segala kenyataan yang dibuat oleh beliau. Malah, tindakan bodoh kerajaan dengan mempertahankan projek berisiko seperti itu seolah-olah sengaja untuk mencabar kewibawaan rakyat. Lantaran itulah, mereka sudah pasti akan membuat bantahan besar-besaran pada Pilihanraya Umum akan datang ini. Mereka bakal terjerat dengan kesombongan sikap mereka sendiri. Semoga, dengan ini juga akan dapat membuka jalan kepada rakyat untuk membuat perubahan. Teruskan bantahan dan lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang. Selamatkan Pahang !!].
Share:

18 ulasan:

  1. mana punya sumber ko dpt ni?. Pahang ni satu2nya negeri di semenanjung yg tak akan jatuh ketangan PR. Yg pertama, berapa banyak kem tentera di Pahang. kedua, berapa banyak Felda kat Pahang. Ni semua 'fix deposit' buat UMNO. Lg pun PR kena selesai dulu masaalah antara sesama sendiri. Calon2 yg bakal bertanding juga perlu di ambil kira lebeh2 lg calon PKR. Calon yg punya ijazah berjela pun tak guna kalau tak buat kerja atau malas turun padang. Calon2 yg di kenal pasti mestilah bukan dari kalangan yg 'wujud' hanya ketika di pentas ceramah atau di kala para pimpinan pusat turun padang. Dan pimpinan pusat pun kena pantau2 bertanya 'grass root' calon2 yg sesuai. Jgn la di tanya yg berangan jadi calon...jawapannya semua ok jeeee

    BalasPadam
  2. Betul tu....Kita tengok la nanti..Kehadiran kepada ceramah-ceramah bukanlah kayu ukuran. MP Kuantan pun belum tentu menang. Apa dia buat?. Asyik timbulkan isu je...Nak turun padang...tak ada le..Bila ada dialog pasal Lynas...hilang entah ke mana? Tak pernah nampak batang hidung. Bila ceramah dan tunjuk perasaan, dialah kat depan sampai bawak bebudak. Jangan syok sendiri le..Waktu bertanding dulu macam-macam janji...Tak payah cakap pasal Lynas le..kalau tak ada pengalaman dan pengetahuan. Pakar rujuk pula pun sama..peguam dan doktor biasa yang konon mengaku dan dikatakan pakar...Cari le pakar-pakar yang ada pengetahuan yang diiktiraf, baru profesional. No tak rujuk orang-orang yang tak ada qualification. Tengok la nanti..dapat tak menang kat Kuantan lagi

    BalasPadam
  3. Kejap bahan radioaktif, kejap logi nuklear dan kejap bahan kimia, apa ni...orang tak berparti pun pening kepala. MP Kuantan tu dan NGO yang membantah tu belajar nuklear kat mana? Pakar nuklear mana mereka rujuk?. Yang dok sebok tu...peguam, doktor gigi, doktor mata dan oarang-orang yang sama je...kononnya macam kat Ipoh dulu...Asyik rujuk gambar kat Ipoh tu...ada pakar-pakar berkecuali atau profesional yang telah sahkan ke? Ke hanya buat kajian dan analisis syok sendiri...Tak silap, semua kemalangan nuklear ada rekod dan pakar-pakar yang perakukan untuk rujukan. Kejadian kat Ipoh tu..tak ada la pulak rekodnya sampai ada orang mati dan cacat kena radiation.Kalau takat buat kajian syok sendiri tak payah le..kalau bawa pakar luar negara yang tak tentu qualificationnya untuk bantu, buang masa je..Cari la pakar-pakar yang diperakukan oleh pihak antarabangsa dan mempunyai rekod yang baik.

    BalasPadam
  4. kepada pencacai umPORNO,camtu gak la korang ckap masa PRU ke 12 dulu..last2 tgk Parlimen Kuantan PR yg menang ! hahahaha wat malu je la ibu negeri kalah ! adnan ade berani ke bertanding Parlimen Kuantan nnt ?

    BalasPadam
  5. patut nya kene ambik pakar dari luar cam umPORNO tuh gak..pakar dari yahudi...hahaha ONE ISRAEL ala ISLAM HADARI

    BalasPadam
  6. xpyh pakar pun xpe,kalo korg nih ada otak yang bley berpk logik,terang2 bahaya radioaktif nih..

    -malaysia bukannya negara yang maju pun nak handle bab2 radioaktif ni,alangkah negara maju cam Australia pun x nak projek nih,Pahang lak terhengeh2 nk projek nih,x ke bodo namenya tu ?

    -tiada 100% jaminan yang radioaktif nih takkan terlepas,sekali terlepas..sape yg dok tanggung kesannye ? pikir je la sendiri

    -semua kat kuantan nih tau,berapa byk kali kuantan nih ada problem air,Lynas tuh bape ribu tan air dorg gune sejam ? kalo bekaln air problem,apa akan yang terjadi ?

    -sisa2 akan dibuang di sungai balok,terus ke laut,korang guarantee ke takkan ada kebocoran pape ? sekali bocor,abisla sumber2 laut,yg duk makan sape ? kita semua nih


    -yg dok wat kecoh masa demo Lynas kat TC aritu sape ? muka2 kroni dan kontraktor yang konpem2 dpt habuan dari Lynas nih




    Tiada pencemaran radioaktif Fluorine-18 dikesan di luar premis syarikat pengeluar radio farmaseutikal di Selangor yang disita berikutan empat pekerjanya dikesan dicemari bahan radioaktif.

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata pencemaran hanya dikesan dalam bilik penghasilan radiofarmaseutikal di premis itu dan empat pekerja terlibat.
    "Tiada pencemaran radioaktif dikesan dalam pejabat am syarikat.Tiada pekerja lain juga dikesan tercemar serta tidak timbul risiko pencemaran silang bagi keempat-empat pekerja terbabit," katanya kepada pemberita di Putrajaya, semalam.

    Ongkili sebelum ini berkata pencemaran radioaktif itu dikesan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM) pada 11.30 pagi pada 2 Jun lepas ketika keempat-empat pekerja tersebut datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Pelesenan.

    Kadar bacaan diperoleh adalah sekitar 30,000 hingga 50,000 bacaan seminit iaitu pada kadar 400 kali lebih tinggi daripada bacaan normal.


    -alangkah syarikat pengeluar radio farmaseutikal nih pun ada kebocoran,lagi2 la Lynas yang konpem yg berbahaya tuh..

    sekali lagi nk bertanya,ada JAMINAN 100% ke takde bocor ?

    BalasPadam
  7. Ni pencacai UMPORNO, korang pegi bank tanya wat loan rumah ke apa ke sekitar radius 30km dr lynas, bole ke?. korang ni, isu2 mcm ni takde batasan politik. Tau tak berapa ramai rakyat PAhang takde tanah?. Yg tanah bagi kat Lynan tu utk pajakan, lepas Lynas blah dr situ, tanah tu nak buat apa..ko nak duduk situ ke?. Takyah guna pakar pun, lu pikir sendiri, kalau tak bahaya watpe dorang tak proses kat tempat dorang gali tu?. Pasal pe gomen dorang tak bagi...atau Pahang ni dah bakrup so cari duit nak bayar gaji dan nak maintain pengurusan?. Aku ingat la, kalau la sok korang terkena radiasi, bru korang nak bising. Mula la panggil karam singh walia...hahaha...cuba korang guna akal yg ada sikit utk pikir cerdik sket. Betul la kata org, melayu ni kalau bab alam sekitar ni cukup tak ambil pot. Atau sememang korang dah kena radiasi sbb tu bodoh nak mampus...hahaha. Aku peduli apa ngan UMNO ke PKR ke PAS ke...yg aku nak, Malaysia yg aman, bebas dr rasuah dan bebas dr kezaliman. Politik ni bagi aku hanya penghibur waktu aku nak tidur je. Tapi kalau kacau lehidupan aku, keturunan aku, kesihatan aku keturunan aku, Agama aku, aku tentang habis habisan....acehhhh...
    kadang2 darah pahlawan dlm badan ni mendidih gak..hahaha

    BalasPadam
  8. Pencacai UMPRONO ni memang otak mereka telah dibekukan dengan cerita-cerita prono... Tak sempat nak pikir benda-benda lain... dapat 50 hinggit buat sibuk... org yang menentang LYNAS tu tak dapat upah ape-ape pun... tapi kesedaran tentang bahaya yang menguatkan semangat mereka... nanti bila anak cucu cicit esok-esok salahkan kita pulak sebab pilih Bee End...

    BalasPadam
  9. Tahniahlah kepada orang-orang yang mengeluarkan kenyataan ni. Asal saja bagi pandangan berbeza, terus tuduh pencacai dan sebagainya. Cubalah berhujah dengan sopan sikit. Tak semua orang sama dan perbezaan pendapat perkara biasa tapi janganlah membuat kenyataan yang tidak sopan. Macamana nak memenangi hati orang lain khusus melalui undi kalau berhujah pun tidak sopan?. Jadilah seorang contoh yang baik dan berpengetahuan. Jangan ikut nafsu.

    BalasPadam
  10. Apa yang nak diprotesnya Nasrudin.

    Puak-puak karat hijau bukan pembaca utusan pun. Beli pun tidak.

    Kalau Harakah tu, boleh percaya la.

    Pelik betul set-set PAS. Protes kepada benda 'ghaib'.

    Otak skru dah loose, jadi macam tu la.

    Bila orang kata AnuWar ada video tak senonoh, diorang tak percaya, tuduh kita fitnah. Bila ditanya balik dah tengok ke belum video tu, diorang kata belum. Kalau belum, macam mana boleh kata bukan AnuWar dalam video tu?

    Sama macam protes kepada Utusan. Puak-puak ni cakap boikot Utusan dah lama dah. Kalau boikot, macam mana boleh tau kandungan dalam Utusan?

    Pelik bin ajaib.

    *Kalau kartun Miki dituduh hina Islam, bagaimana dengan yang ini? Hina PAS tak sama dengan hina Islam yop ooi.

    BalasPadam
  11. Demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan 9 Julai nanti didakwa sebagai sebahagian usaha terancang Mohamad Sabu untuk membersihkan ‘dosanya’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana semua orang tahu bahawa Timbalan Presiden Pas itu pernah melabel Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ sekitar 1990-an, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti homoseksual ketua pembangkang itu.

    “Mat Sabu adalah orang pertama memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ dan pada ketika itu, ketua pembangkang tersebut belum didakwa atas kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar.

    “Kenapa secara tiba-tiba dia memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’? Saya yakin Mohamad Sabu cukup mengetahui sebabnya. Tapi, kini suasana berbeza, mereka jadi rakan akrab dan demi membersih ‘dosa’ tersebut, beliau menganjurkan perhimpunan Bersih.

    “Ini kerana Mohamad Sabu malu untuk mohon maaf secara terbuka kerana dia orang nombor dua Pas. Jadi, Bersih ini diharap mampu jadi pemangkin untuk menawan semula kepercayaan Anwar.

    BalasPadam
  12. pencacai umPORNO cuma reti copy paste merapu2 aja,nak berhujah guna fakta..

    ni bukannya zaman MAHAfiraun,rakyat sudah cerdik ! org kampung bley la umPORNO rasuah ngn sehelai kain peliikat je


    diulangi,nak berhujah,sila guna fakta

    bukan auta ! hahahha

    BalasPadam
  13. tahniah kaum cina...

    pasal isu lynas ni fuziah n geng2 cina kat luar dah berjaya memporak perandakan melayu...

    Serius bro...skg ni win2 situation..in case lynas betul2 xbahaya...ape pulak korang nak kater?????

    BalasPadam
  14. asyik2 libatkan perkauman,takde modal ke..pasal apa LYNAS perlu ditentang bukan kilang gandum ke,kilang mtbe,pdh,besi ke...carilah kat tenet bongok...google jgn tk google.asyik copy paste blog umporno haramjadah je.

    BalasPadam
  15. anon 9:07am, anda x sekolah ke ? mana ada kilang radioaktif yang x berbahaya.


    radioaktif tak pilih kaum,cina,melayu,india semua kene ! sila jgn jadi bodoh.

    terima kasih

    BalasPadam
  16. Radioaktif satu hal. Penggunaan air yg bnyk satu hal. Semalam rumah aku xde air. Dlm bulan ni kerap betul xde air sekitar Kuantan. Apa nak jadi. Camna kalau Lynas nanti dah start operasi.

    BalasPadam
  17. only fool will vote for (BN) to build LYNAS to poison their children . autie uncle cousin family members and friend ... in pahang and don.t forget,,, the south part of terengganu ,, kemaman , cukai will also expo to radiation..............

    BalasPadam
  18. blah apek tongsan.apa lu ingat lu maanyak celedik aaa.waa selalu alee tengok luu punyaa komen xp maanyak hansap punya maaaa..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.