script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Urus "Hal Anak" Atas Nama Urusan Rasmi Negara, PM Najib Razak Ternyata Khianat Kepada Amanah Yang Telah Di Berikan Rakyat Malaysia !!

Apa sudah jadi dengan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor agaknya?. Mereka tergamak menipu rakyat atas nama program rasmi negara, padahal atas urusan "utama" iaitu untuk merisik perkahwinan anak perempuan mereka Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan negara Kazakhstan. Perkara ini sudah tidak boleh disembunyikan lagi, kerana banyak laman blog yang mula memainkan isu tersebut. Najib dan Rosman ternyata khianat kepada kepercayaan rakyat. Memang benar kata seetengah orang, jika pun mereka mahu uruskan hal perkahwinan anak maka apa salahnya jika mengambil cuti?. Apakah susah untuk berbuat demikian daripada menggunakan wang kerajaan. Bayangkan jika berlaku kepada ketua-ketua jabatan kerajaan yang berbuat demikian. Maka sudah pasti mereka akan dikenakan tindakan tegas jika adanya laporan. Najib perlu bezakan urusan peribadi dengan hal ehwal negara. Perbuatan beliau ini jelas sekali mengambarkan yang Perdana Menteri Malaysia itu tidak jujur dan amanah terhadap tugasannya. Kenapa perlu ada "udang disebalik mee" atas nama urusan rasmi negara. Tiada siapa yang akan pertikaikan Najib andainya beliau mengambil cuti demi menguruskan hal-hal perkahwinan anaknya itu. Sekarang, beliau sendiri yang "mendapat malu" dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Sudahlah selama ini kelibat isterinya sering dipertikaikan oleh rakyat. Rosmah yang boros berbelanja, sering menghabiskan cuti diluar negara atas nama program-program rasmi. Malahan, beliau dilihat cuba menjalankan tugas menteri. Padahal beliau hanya isteri seorang Perdana Menteri. Perkara sebegini tidak jarang berlaku kepada isteri-isteri PM terdahulu sebenarnya.

[Rasanya, selepas ini ramailah ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan akan buat urusan peribadi atas urusan rasmi. Mereka tidak wajar dipersalahkan kerana Perdana Menteri Malaysia itu sendiri sudah menunjukkan contoh terbaik buat mereka untuk diikuti. Apapun, senario ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Sepatutnya sebagai Ketua Negara, Najib harus menunjukkan contoh dan tauladan yang baik untuk diikuti oleh rakyat. Namun, apa yang dilakukan oleh beliau jelas sekali menghakis kepercayaan rakyat itu sendiri sebenarnya. Maka, suda tiba masanya untuk rakyat menolak pemimpin dan kepimpinan sebuah kerajaan yang begini sifatnya. Jika kepada rakyat mereka sudah khianat apatah lagi kepada Allah Taala. Najib harus membayar semula segala wang rakyat yang telah digunakan atas urusan peribadi ini. Soalnya, apakah dia sudah tiada wang untuk digunakan bagi menguruskan urusan perkahwinan anaknya itu?. Kenapalah sanggup guna wang rakyat atas urusan peribadi?].
Share:

39 ulasan:

  1. "Sepatutnya sebagai Ketua Negara, Najib harus menunjukkan contoh dan tauladan yang baik untuk diikuti oleh rakyat" - Ketua Negara itu SPB Yang Dipertuan Agong..Ketua Kerajaan baru PM...itu pun xtau..salah kemuka fakta...laporan tak berkualiti..main tangkap muat je

    BalasPadam
  2. kepada pengundi BN yang setia, tahniah laa kat korang.. PM korang dapat menantu.. nanti kalau dia buat kenduri korang jangan lupa pegi.. makan free

    BalasPadam
  3. PM mesia yg paling hampeh.tiada bakat seorang pemimpin.lemah jiwa raga.

    BalasPadam
  4. Lu nak klentong apa? Orang bodoh je percaya citer kau ni!! Kalau betul pun dia pergi merisik, baguslah, jimat elaun dan masa. Tak payah pergi dua kali!

    FYI, Kazakhstan is the next OIC chair country!!

    Pengikut pembangkang memang bodoh!
    50 tahun ditipu konon perjuang negara Islam, sekarang tukar jadi kebajikan ( Walhal BN dah laksana pun... ) PAS buat apa untuk Islam? UMNO lagi banyak daa!
    Teruskan kena tipu oleh PAS dan Anwar tanpa serik!
    Ingat 16 september??

    http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=591579

    BERNAMA - Najib To Visit Kazakhstan, Attend 7th WIEF

    KUALA LUMPUR, June 5 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will make an official visit to Kazakhstan from June 5-6 at the invitation of President Nursultan Nazarbayev.

    Najib who will also attend the 7th World Islamic Forum (WIEF) in Astana from June 7-9, will be accompanied by several Cabinet ministers and senior officials from the Prime Minister's office, relevant ministries and agencies.....

    BalasPadam
  5. Memang tak dinafikan kerajaan BN ada buat kebajikan kat rakyat. Tapi banyak lagi benda tak betul, penyelewengan, penipuan, perosakan bangsa, agama dan menggadai kedaulatan negara.

    Kebajikan ke namanya kalau harga minyak dunia naik kerajaan cepat2 naikkan, tapi bila harga minyak turun tak turun pulak. Rakyat ramai yg masih miskin, tapi pemimpin kerajaan kaya raya kumpul harta, bini menteri2 shopping sakan ke luar negara. Biasiswa payah dapat, pinjaman pendidikan kena interest, ramai lg rakyat x mampu beli rumah, ramai budak kampung pintar tak mampu sambung belajar, ramai pesakit kronik mati dulu tak sempat kumpul duit buat belanja perubatan yg mahal.... dll.

    BalasPadam
  6. Najib akan dikenang sebagai PM paling jijik di Malaysia satu tangga mengatasi Mahathik. Satu dunia tahu penglibatannya dgn Altantuya, konspirasinya dgn mahkamah, penipu besar dsb. Najis.

    Semua kena faham hakikat bahawa org yg jadi ahli Freemason tidak boleh dianggap baik, tidak layak dihormati sebaliknya berhati busuk, jahat dan konspirator yg sgt licik.

    Bg yg masih tak tahu apa itu freemason, tolonglah buat kajian n pembacaan sikit. Najib sudah mengaku menjadi ahli kehormat freemason. Patutlah masa usul di Parlimen utk haramkan pertubuhan Freemason di Malaysia, Najiblah org yg paling mempertahankannya. Sedarilah saudara-saudaraku semua.

    BalasPadam
  7. Perdana Menteri Malaysia melawat Kazakhstan atas urusan rasmi kerajaan Malaysia disamping merisik perkahwinan anaknya Nooryana Najwa..?

    Hee..he...hee... sungguh bijak kepala otak si Ros.. sambil menyelam minum air... he..he..he..

    Kalau tak buat cara itu bagaimana nak tunjuk pada orang Kazakhstan bahawa mereka adalah perdana menteri malaysia.. ala macam datin pergi kenduri kawin, kalau tak pakai gelang sampai ke siku mana orang nak tahu dia banyak emas...

    Kepala otak si Ros memang hebat... otak penipu he.. he.. he.. lawatan ke Kazakhstan atas nama kerajaan Malaysia bukan saja kerana perbelanjaan nya ditanggong tapi kerana status ketua kerajaan yang ingin diperlihatkan kepada bakal besan.... he..he...he..

    Apa untungnya pada rakyat Malaysia diatas perjanjian antara Malaysia dengan Kazakhstan, kononnya memberi pulangan sehingga USD50 juta.. masaalahnya dalam negara harga barang naik tidak turun-turun apa cerita..?

    Ahli UMNO Baru patut bersyukur kerana memiliki presiden parti seperti itu. Lebih bagus dari Tun Mahathir... melayu kacuk mudah lupa he..he...he..

    Presiden parti UMNO Baru gembira mendapat menantu diluar negara, enjoy dengan duit kerajaat, ahli UMNO bergembira menyambut kenaikan tarif letrik yang dikuatkuasakan pada 1jun yang lepas... he....he...

    PAS tukar slogan negara islam jadi negara berkebajikan heboh satu dunia kononnya PAS dan tidak islam lagi he..he..he..

    UMNO Baru bila nak buat pilihanraya parti... tak ada telor ke ?

    BalasPadam
  8. Dengan hanya peruntukkan wakil rakyat sebanyak RM500,000 = 1/2 juta ringgit, ada tuduhan lapuran dibuat pihak luar terhadap exco Selangor Ean Yong Hian Wah, setiausaha politik nya Teoh Beng Hock yang dipanggil sebagai saksi gedebum kebawah pada 16 Julai 2009 dan padam di bangunan Plaza Masalam dimana pejabat siasatan SPRM di tempatkan. Pantas sungguh SPRM.
    Motif tuduhan simple: Berlaku penyelewengan peruntukkan dana wakil rakyat.
    2 tahun masa berjalan sehingga hari ini tuduhan penyelewengan tak dibuat, siasatan punca kematian Teoh Beng Hock pun tak terjawap.
    Pasal apa ?
    Simpel tak ada apa benda nak di sabitkan.
    Diugut berbagai cara pun tak dapat jawapan. Pilihan terakhir maka diugut campak ke bawah kalau tak mahu beri kerjasama.
    Disini konflik jiwa yang merasai diri nya benar akan merasa tercabar yang menggugut pula rasa dicabar emosi mengatasi pemikiran, cabar mencabar akan berlaku tak mustahil ugutan menjadi kenyataan.Yang penting Immunity, mahkamah bisa di ekjas Pak!!!ini yang berlaku.

    1. Sekarang ada tuduhan najib guna wang negara untuk urusan peribadi melawat anak kat US, kami seluruh rakyat Malaysia cabar SPRM SIASAT..tak yah ulas le, cerita ada kat muka depan, baca sendiri.

    2. Pendedahan lapuran terhadap Datuk Seri Hishammuddin Hussein adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat Australia yang didedahkan oleh akhbar The Age. Sila baca balik lapuran PDO Penglibatan Dalam Projek Mata Wang, Wajarkah Bila Hishamuddin Kata 'Dia Tidak Tahu Menahu' Apa Yang Telah Di Lakukan Oleh Adiknya Sendiri. Pendedahan telah dibuat sekarang apalagi datang dari negara luar, dia nak nafikan atau tidak belakang kira.

    Kami sekali lagi mengalu-alukan SPRM siasat segera.
    Apa nak takut kalau betul dakwa, tak betul campak ikut tingkap.

    BalasPadam
  9. apalah BODOH dan BANGANG penyokong UMNO...NAJIB N ROSMAH pergi Oversea guna duit kerajaan la bodoh.Merisik anak itu urusan peribadi bukan urusan rasmi kenapa kerajaan nak tanggung perbelanjaan tu BODOH.

    BalasPadam
  10. Kalau nak berkuasa, jadilah Perdana Menteri. sapa berani siasat Perdana menteri, 1.2 juta kakitangan kerajaan. Perdana Menteri yang bayar gaji, termasuk gaji Perdana Menteri.

    olih itu bersusah payahlah berusaha menjadi Perdana Menteri.

    BalasPadam
  11. Aku tak halal duit rakyat yang kau orang gunakan untuk urusan tu.

    BalasPadam
  12. wahai2 pengikut2 BN,jadikanlah contoh apa yg PM 1 Malaysia telah buat dengan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan rakyat x halalkan duit yg diselewengkan sesuka hati...SPRM tolong siasat cepat sebelum PRU 13 ni...jgn nak berat sebelah sudah la...ALLAH maha mengetahui perbuatan mu

    BalasPadam
  13. Dan Allah juga maha mengetahui akan petualangan dan pengkhianatan PAS/PKR.

    BalasPadam
  14. Celaka kau Najib Razak + Rosmah sekeluarga..

    BalasPadam
  15. UMNO BN petualang negara.

    Jgn mimpi SPRM nak siasat Najib atau pemimpin UMNO. Kalau siasat pun buat habih beras je. Kita dah tahu jawapannya.

    Rakyat dikencing berakkan sekali lagi oleh UMNO BN.

    BalasPadam
  16. Untung sabut.... pergi Amareka tengok anak ambil sijil, gomen bayar. pergi karzaktan tengok anak menantu gomen bayor.. cuba kite buat macam tu.. ada harapan kena sergah dengan SPRM sampei terkencin...

    BalasPadam
  17. Woi najib ingat duit bapak kau yang punya ke !!! perabiskan duit negara je?

    BalasPadam
  18. Apasal SPRM x sisat najib...apa dah jadi dengan malaysia!..pemimpin kencing berdiri .Umno kencing berlari...

    BalasPadam
  19. Ya betul tu..Umno kencing orang melayu..BN kencing rakyat malaysia!!!

    BalasPadam
  20. PM kita Najib ke Rosmah?aku konfius sebenarnya...

    BalasPadam
  21. Orang umno dah kena kencing ngan bos diaorang...patutlah melayu ketinggalan pun sebab dibodohkan oleh pemimpin umno sendiri!! Wahai orang melayu janganlah kita jadi seperti pengundi saluran satu yang banyak berkarat umno..sedarlah kita telah ditipu oleh pemimpin umno sendiri..mereka hanya kayakan kroni mereka sendiri biarlah rakyat mampus asal mereka kaya dengan duit negara!!!

    BalasPadam
  22. Betul tu..contoh nya pembelian kapal selam..terang terang pembaziran dan kebocoran duit rakyat..apasal SPRM tidak siasat!!! Bacul SPRM ni!!

    BalasPadam
  23. alhamdulillah. tak sabar rasanya siasatan rasuah kapal selam Scorpene kat France akan dilakuakn ke atas Najib x lama lagi. nak tengok apa komen Najib plak. kat mahkamah M'sia bole la dia mngelak/ ada amuniti.KONONNYA PM TAK BOLEH DISOAL SIASAT CAM SIFUNYA MAHATHIR TU..
    tak tau nak bayangkan kalau betulla Najib tu terlibat ngan rasuah Scorpene & Altantuya yang kononnya Najib dah BERSUMPAH TIDAK KENAL ALTANTUYA ITU...

    BalasPadam
  24. tak lama lagi aljuburin sinuar yang oengkorang jilat tu akan berjaya menempatkan dirinya di sg buloh, sementara parti PAS yg berjaya membuang Islam dan menjilat jubur nuar akan terus dihina oleh melayu islam itu sendiri.....tahniah la

    BalasPadam
  25. DAP Berjaya Menentang Negara Islam Pas
    June 8, 2011 by Bro Jinggo
    Di sebalik pelbagai pihak menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berjaya mencengkam Pas hasil kemenangan golongan ‘Anwarinas’ pada pemilihan parti itu Sabtu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tampil dengan pandangan yang berbeza.

    Bekas Perdana Menteri itu berkata, individu sebenar yang memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama adalah Karpal Singh, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara ‘rasmi’ menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.

    Katanya, Karpal tidak lagi perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

    “Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya Pas gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya.

    “Belum pun dia mati, Pas sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang Pas akan berjuang untuk negara kebajikan,” kata Dr. Mahathir dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, kurangnya perbincangan dan perbahasan mengenai justifikasi mengapa asas perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam yang selama ini menjadi pegangan, digugurkan sebegitu mudah juga membuktikan lemahnya Pas berbanding DAP.

    Katanya, Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana ingin menghalalkan kerjasama dengan DAP, tetapi pada masa yang sama masih membohongi rakyat kononnya dasar tersebut akan terlaksana selepas menawan Putrajaya.

    “Lebih tepat lagi adalah kerana Pas tidak sanggup berhujah dengan Karpal. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam Pas sudah berjaya,” ujarnya sinis.

    BalasPadam
  26. kenapa pdo ni bodoh sesangat...

    BalasPadam
  27. berani kat rakyat sendirik.lebih2 lg mlayu,ganyang sampai mampos klu singapor tahu lak takut.Indon hina Malaysia kaw2..

    BalasPadam
  28. jkkk tu nampak sangat otak udang,rakyat yang bayar gaji diaorang,bukan najib,benda camtu pun x leh nak faham

    BalasPadam
  29. Macam ini lah aku ulas sikit secara lalu supaya mudah puak-puak UMNO BaruA faham le pasal Mahathir serta ilmu penipu nya.

    Mahathir, terkejut besor. Sebelum Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS Mahathir memang dah tak sihat, Sebaik saja ura-ura ada Pencalunan nama Mat Sabu, jantung Mahathir dah gedebuk-gedebak... gedebuk-gedebak... tak mengikut skala spesifikasi seperti yang ditetapkan IJN. Bila hampir-hampir Muktamar PAS, doktor mengesahkan skala tersebut dah melebihi paras berjaga-jaga tak ada jalan lain melainkan terpaksalah di angkut orang tua tersebut ke IJN.

    Selepas dinasihat berehat seketika dan makan karipap dengan agak lahap maka dijerkah segala misi, "panggil cepat pemberita jap lagi aku lupa !!".
    (Bukan aku kata, baca balik komen UMNORIEN diatas)
    "Katanya, Karpal tidak lagi perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah".

    Mahathir memang tahu Mat Sabu amat merbahaya kepada UMNO BaruA dan Bee End khusus nya. Pasal itu Mahathir sedaya upaya mahu surat khabar Pro UMNO BaruA dan media tv 3 menyerang Mat Sabu secara habis-habisan, seluar panjang seluar pendek Mat Sabu kalau ada ceritakan supaya kesan tersebut akan mempengaruhi perwakilan membuang undi nanti.

    Jika Mat Sabu menang payah le UMNO BaruA nak menyekat kemaraan Pakatan Rakyat. UMNO BaruA tahu Mat Sabu bukan calang-calang orang apabila dia berpidatu, UMNO BaruA sendiri yang memberi gelaran AYAM SABUNG PAS kepada Mat Sabu satu ketika dulu. Seperti Anwar Ibrahim Mat Sabu mampu memikat dan memanas suhu audien dalam masa yang sangat singkat. Ini kelebihan yang dimiliki Mat Sabu sejak tahun 80an lagi.

    UMNO BaruA juga tahu Mat Sabu bukan kuasa penentu hala tuju dalam haraki kepimpinan PAS. Pas berbeza dari parti-parti lain jauh sekali mirip UMNO BaruA. UMNO BaruA kuasa tertinggi adalah Presiden Parti kalau sekarang Najib le orang nya. Pas kuasa tertinggi ialah Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, timbalan nya Dato Dr. harun Din, jawatan tersebut mesti dari kalangan ahli bertaraf ulamak. Di bawahnya pula ia dikawal oleh Majlis Syura seramai 10 orang mereka terdiri dari para ilmuan agama setaraf ulamak.

    Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah Presiden parti tertakluk pada penguasaan di bawah subjek di atas walaupun dia presiden parti dan juga ulamak. Sebab itu semasa Haji Hadi mewar-warkan Kerajaan Perpaduan pada 2009, Nik Aziz dengan tegas berkata takda niat kita nak tubuhkan Kerajaan Perpaduan, "kalau kapal ada nakhoda nya, saya lah nakhoda tersebut".

    Jelas sekarang Mat Sabu hanyalah timbalan presiden parti, apa kuasa Mat sabu nak mengubah hala tuju parti, UMNORIEN boleh nampak sekarang ?


    Terkedu UMNO BaruA pelan B dah hancur. Pasal tulah upgrade balik pelan C, tak boleh nak pakai jugak pasal pelan C dah Expired.

    Mudah-mudahan UMNORIEN boleh paham serba sedikit perjalanan dan susun atur PAS, kalau senang-senang datang lah ke ceramah Mat Sabu esok lusa ada banyak berita panas-panas yang boleh menguat jati diri saudara UMNORIEN. Kalau rasa tak puas sekali datang lagi sekali gerenti semua persepsi saudara UMNORIEN terhadap Mat Sabu dan Parti Pas khususnya terjawap. Bersama kita merubah kearah Malaysia yang lebih saksama dan harmonis.

    Akula Nonama

    BalasPadam
  30. anon anon umngok barua balaci umpama berok berok bergayutan dipersada dahan menunggu saat nk mampus baham tanah...sori to say kalian selayaknya bergayut di dahan pokok

    BalasPadam
  31. Anak perempuan tapi pergi merisik ini sudah terbalik ikut adat mana ni ? Patut di buat di Malaysia ini perigi kejar timba

    BalasPadam
  32. So U all nak macam mana? Nak najib ke Australia jumpa Yahudi pejuang GAY tu ka? Apa la bodoh mangkuk punya pendewa PR.

    BalasPadam
  33. haram jadah punya bangsa... pelingkup duit rakyat ... memang satu perbuatan yang tak bermaruah.. "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" ini satu teladan yang baik untuk dicontohi oleh semua penjawat awam.. biaq punah ranah semua.. padan muka aku!!! pilih lagi depa untuk perintah 1MALAYSIA..PP T U.i..!!!

    BalasPadam
  34. nielah orang kata...ngata orang dia yang lebih..itupun nak jadi masalah..apa ke halnya.

    BalasPadam
  35. aiman dah tak kesah beb! inilah dia semangat ONE MALAYSIA(=WANG MALAYSIA)..wang dia semua

    BalasPadam
  36. dulu umno sekarang pasJumaat, Jun 10, 2011 6:56:00 PTG

    perdana menteri malaysia yg ke 6

    Najib atau rosmah?

    BalasPadam
  37. kepala taik bapak ngko....pdo koplo!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Belanjawan Negeri Pahang 2027 Ambil Kira Keperluan Semasa, Cabaran Ekonomi Serta Harapan Rakyat Terhadap Masa Depan Negeri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.