script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Siapa Ketua Cabang Indera Mahkota Yang Baru Bakal Ditentukan Dalam Pemilihan Hari Ini, Antara Azan Dan Razali Siapa Yang Akan Di Pilih !

KUANTAN, 18 Sept - Seperti yang dijadualkan, pagi ini bermulalah Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota. Mesyuarat kali ini agak menarik kerana berlakunya pemilihan baru untuk jawatan-jawatan penting bagi meneruskan agenda parti. Ramai pemerhati melihat perebutan jawatan untuk Ketua Cabang itu adalah yang paling "panas dan sensasi" kali ini. Tambahan pula ia membabitkan Setiausaha Perhubungan PKR Pahang, Razali Alias dan penyandangnya Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Terdapat sumber mengatakan bahawa Razali Alias dijangka menang, berdasarkan kepada sokongan padu ahli yang turut dibantu oleh bekas penyokong kuat Azan sendiri. Selain jawatan utama Ketua Cabang, turut akan dipertandingkan ialah bagi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua. Bagi Team Razali, kempen mereka dilihat lebih teratur dan strategik sekali. Malah, jawatan Timbalan Ketua yang akan menemukan Kamarulzaman (Pak Long) dengan Ibrahim (Pak Berahim) juga dilihat agak mendebarkan.


Calon Ketua Cabang Indera Mahkota yang dijangka panas
antara Razali Alias (kiri) denganYB Azan Ismail (kanan)


Calon Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota juga panas
antara Pak Long Kamarulzaman (kiri) dan Pak Brahim (kanan)
Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, kini dilihat Team Razali berpeluang cerah untuk menang kerana "proksi Azan" iaitu Ram Ponnusamy (Timbalan Pengerusi PKR III) tiba-tiba menarik diri daripada meneruskan hasrat untuk bertanding. Ini memberi kelebihan kepada Team Razali kerana Ram dilihat berupaya menarik sokongan kaum India terhadap Team Azan. Apapun segalanya boleh terjadi sekarang, tambahan pula Azan juga yakin yang team beliau akan menang biarpun ada banyak spekulasi tentang kekalahan team mereka.

Motif Rumah Terbuka Aidil Fitri Di Pertikaikan


Apa yang menarik dalam pemilihan ini, ialah dua jawatan utama bagi sayap wanita dan pemuda (Angkatan Muda Keadilan) yang menang percuma kini berpihak kepada Razali Alias. Malah, terdapat khabar angin bahawa kedua-dua pemimpin terbabit akan meletakkan jawatan sekiranya Azan memenangi pemilihan Ketua Cabang itu hari ini. Kemungkinan besar perkara itu berlaku memang jelas sekali, tambahan pula Ketua Wanita yang dikenali sebagai Kak Zura dikatakan saban hari sibuk untuk berkempen bagi pihak Razali. Malah, dalam tinjauan krew kami ke mesyuarat terakhir Team Razali di Indera Mahkota malam tadi, kelibat Ketua Wanita juga berada disitu. Namun, Ketua AMK iaitu Sani tidak kelihatan dan gagal dipastikan. Terdapat juga maklumat mengatakan Ketua Wanita telah terkena "ilmu hitam" ketika sibuk berkempen beberapa hari yang lalu. Satu laporan polis akan dibuat oleh beliau Ahad ini berkenaan kejadian itu. Soalnya sekarang, apakah benar ia berlaku atau sebaliknya. Seperti biasa, dalam kempen yang dijalanlan oleh kedua belah pihak ternyata soal peribadi masih mendapat perhatian. Malah berbagai maklumat baru yang telah didedahkan oleh kedua-dua belah pihak sebelum ini. Cuma, apa yang lebih menarik ialah Team Razali dikatakan bertindak lebih profesional apabila mencetak pamplet yang tertera nama-nama calon dan juga manifesto mereka. Apa yang lebih menarik ialah tindakan Azan yang mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri di lokasi dan masa yang sama dengan MATC dan pemilihan cabang itu hari ini. Apakah ada agenda disebaliknya atau secara kebetulan semata-mata?.

[Kami ucapkan selamat bertanding kepada semua calon-calon berkenaan. Usahlah dijadikan permilihan kali ini sebagai satu perang yang besar buat kedua-dua belah pihak. Perjuangan yang sebenarnya ialah menentang UMNO Barisan Nasional dan bukannya sesama sendiri. Pertandingan yang berlaku adalah lumrah amalan demokrasi itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, diharapkan agar kesan pemilihan ini tidak akan mewujudkan jurang perbezaan dan perpecahan antara kedua-dua belah pihak. Teruskan perjuangan dan bersama-sama membina kekuatan untuk memastikan kerusi parlimen Indera Mahkota terus dipertahankan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Itu agenda yang lebih penting sebenarnya dan amat perlu difahami oleh kesemua pihak. Semoga MATC Indera Mahkota dapat berjalan secara aman, selesa dan tiada unsur-unsur sabotaj yang boleh menimbulkan permasalahan hendaknya].
Share:

8 ulasan:

  1. portal malaysiakini ada cerita pasal MP Hulu Selangor Kamalanathan masuk masjid.

    Menulis dalam blognya hari ini, Khalid Samad,MP Shah Alam memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

    Terdapat gambar Kamalanathan menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

    Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalam sebuah program gotong royong di masjid felda soeharto di hulu selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir

    "Lebih hebat, beliau bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

    MAIS dan JAIS tak lupa JAKIM perlu menjelaskan kekeliruan ini agar x dianggap double standard jika terbukti dakwaan khalid samad ini benar.

    BalasPadam
  2. maksud kekeliruan orang ramai akan keliru jika terbukti benar kamalanthan masuk masjid.nanti akan ada yang akan mempertikaikan dan akan keluar kata-kata seperti aik takkan mp pakatan rakyat yang bukan islam x boleh masuk masjid dan mp bukan islam bn boleh pulak masuk masjid

    BalasPadam
  3. itula.......
    kalau komplen sebab politik...akan jadi mcm2 perkara yg begini....
    tak malu ke......MAIS tu...sertamerta keluar arahan dan bagi surat amaran...report sama sultan sampai sultan 'murka' konon...
    tapi apa yg dia buat tak apa plak....
    jgn sampai org kata paku dulang paku serpih...

    BalasPadam
  4. Itu le,Umno/BN dan Pakatan Rakyat sama saja,memang seperti kata Ibrahim Ali,semuanya sudah di control oleh orang lain.Semuanya dah takut dan malu nak perjuangkan kepentingan Melayu dan Islam,yg ada hanyalah gimmik politik untuk mendapat undi.Akhirnya menang sorak kampung tergadai.Mampus.

    PKR,PAS dan Umno semuanya sekarang 2X5,bermuka-muka ,dan hanya mahu membodek bukan Melayu supaya mereka menang p.raya.Silap orang Melayu juga yang tak cerdik lalu mudah di tipu.

    Nanti PKR lagi teruk,bila ZI memenangi kerusi Tim.Presiden,di belakang ZI ialah SCW,yg bercita-cita nak jadi VT.Ekonomi dia orang punya,politik mereka dah nak control kita,kau orang nak jadi apa?.Bukan saja mereka nak control,dah control pun,tak percaya tengok gelagat mereka dalam internet dan komen mereka di mana-mana.Melayu yg malas membaca memang tak tahu apa-apa.

    Tengok saja di sini,YB Azan dah jadi musuh no wahid,bagi ahli PKR pembodek DF.Nak buat jamuan rumah terbuka pun di pandang serong,tak kan lah bila dah minum air secawan di rumah Azan terus nak kena undi dia.Inilah perangai Melayu yg mudah di beli,sangka mereka orang lain pun sama macam dia.Poorahh.Melayu ,Melayu.

    Kalau nak tahu langit tinggi rendah nanti ramai-rami le sokong ZI,tunggu p.raya 2013,PR katakan menang dan tawan Puterajaya.Engkau orang ingat puak-puak utama yg nak kan ZI menang tu akan duduk saja lepas tu,sorry brothers.Hari ini PR menang hari esok mereka dah berbatu jauh di hadapan kita,kau orang semua gigit jari le,tengok lah di Selangor .Kau orang ni ramai yang tak mampu beli seluar dalam pun tapi berani memdedahkan dada tanpa berkira.Aku sokong juga PKR tapi setakat nak hapuskan rasuah dan salah guna kuasa,nak beri apa setakat yg boleh pada mereka,mereka yg layak.Tapi tak lah sampai nak 'gadai' kampung halaman.Bodoh-bodoh IA pun lebih cerdik dari kamu semua balaci dlm PKR ni.

    BalasPadam
  5. suka anon 11:31:00....memang hebat AI tu,Melayu berjiwa Melayu....menadah tangan minta ehsan Melayu,bila menang meludah Melayu dan mengampu Melayu yang lagi 1...dan sekarang Melayu lagi 1 mula menolak Melayu IA dan mungkin lepas ni IA nak menjilat ludah pada Melayu.....untuk PRU...

    BalasPadam
  6. suka anon 11:31:00....memang hebat AI tu,Melayu berjiwa Melayu....menadah tangan minta ehsan Melayu,bila menang meludah Melayu dan mengampu Melayu yang lagi 1...dan sekarang Melayu lagi 1 mula menolak Melayu IA dan mungkin lepas ni IA nak menjilat ludah pada Melayu.....untuk PRU...

    BalasPadam
  7. Apa ler analisa kau ni CMK...Ketua AMK IM nak letak jawatan kalau YB Azan menang...? X berasas langsung, Sani adalah orang yang komited kepada Parti bukan kepada Individu

    BalasPadam
  8. m,layu..
    itu lah kau orang..asyik tak puas hati jee..sikap PHD tu tak abis2..yang pasti orang melayu jatuh kerana melayu, melayu bangkrap kerana melayu..umno,pas dan pkr sama je..yang senyum puas bangsa dot.dot..dot...padan muka hampa..sibuk politik..bangsa dan agama tergadai...fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A+ SPM, Tuisyen Komuniti YASA-UMPSA 2025

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Road Tour Skor A+ SP...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.