
Laporan muka depan
Sinar Harian Pahang bertarikh
25 Mac bertajuk
"PKR Nazak" dan
"Fauzi Mahu Undur" adalah dirujuk. Susulan laporan tersebut menyebabkan ramai pihak yang tertanya-tanya dan gusar apa yang dilaporkan. Soalnya, benarkah PKR Pahang kini sudah nazak. Malah, benarkah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh
Ahli Parlimen Indera Mahkota yang kini merupakan
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Trengganu iaitu
Azan Ismail?. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan penyokong pembangkang dan mereka yang berada di atas pagar sekarang ini. Masing-masing terkejut dan tersentak dengan laporan tersebut. Malah ada yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan PKR sebenarnya?. Difahamkan selepas kenyataan tersebut keluar baru-baru ini, ramai pemimpin PKR Pahang dihujani dengan berbagai persoalan daripada rakyat terutamanya
"orang-orang PAS". Mereka mahukan kepastian apa yangberlaku sebenarnya. Bahkan mereka takut, senario tersebut akan menyebabkan Pakatan Rakyat ditolak dalam pilihanraya umum akan datang. Melihat kepada kemelut yang berlaku ini, seolah-olah bagai ada sesuatu yang belum terungkai sebenarnya. Apakah ia harus dibiarkan?. Atau siapakah yang akan dikorbankan?. Apapun alasannya, pucuk pimpinan tertinggi parti wajar memainkan peranan untuk meredakan situasi ini. Jika tidak ia akan semakin parah dan boleh merosakkan imej pembangkang di Pahang sebenarnya. Berikutan kenyataan panas Azan baru-baru ini, esoknya satu mesyuarat tergempar
Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang telah diadakan. Mesyuarat bersetuju meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bagi kepada kepimpinan
Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi PKR Pahang serta meluluskan usul merujuk Ahli Parlimen Indera Mahkota
Azan Ismail, ke
Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.[Sebelum ini akhbar Sinar Harian juga melaporkan Pemangku Ketua PKR cabang Indera Mahkota iaitu Ibrahim Sidek bersama 300 ahlinya keluar parti itu. Tindakan tersebut kononnya didalangi oleh Azan. Beliau yang kini Pengerusi PKR Terengganu dalam reaksinya menyatakan pengunduran beramai-ramai itu seolah-olah ada kaitan dengan kelemahan kepimpinan Fauzi dengan mengibaratkannya seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi. Soalnya sekarang apakah PKR Pahang akan pulih dengan kemelut yang melanda ini. Tindakan dispilin terhadap Azan pasti akan mengundang masalah yang lebih besar sebenarnya. Tambahan pula difahamkan, Azan berminat untuk kembali memperkukuhkan PKR Cabang Indera Mahkota dan bersedia mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dalam Pilihanraya Umum akan datang. Semoga segala kudis yang terjadi dapat diubati segera demi memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat. Jika tidak sudah pasti peluang untuk mempertahankan parlimen Indera Mahkota akan terkubur jua akhirnya. Kembalilah ke landasan perjuangan asal dan usahlah bermusuh sesama sendiri kerana musuh sebenar ialah UMNO Barisan Nasional].
Heheheh..klu dah parti asanya ditubuhkan untuk Nuar Berahi, bersama hati yang busuk untuk hancurkan negara mcm tue la jadinya...
BalasPadamAhli2nya pun terdiri daripada org2 yang busuk hati, ada kepentingan peribadi...
Bila Nuar Berahi dah nak kojol parti pun da ikut sama la nak kojl..semoga cepat la hendaknya parti ni terbenam dalam tanah..buat menyusahkan rakyat yang cintakan keamanan jer..
hancur..hancur
hancur.. PKR..
hancur..hancur..
hancur Nuar..hahaha
Dasar Parti Keldaian Rakyat...
(klu takat komen nak diaprove baek x payah buatt blog kawan..haha..kata demokrasi, bebas bersuara).
kalau setakat rasuah menjadi satu cara hidup dan bebal. naik tak payah nak tulis komen.
BalasPadamNak marah mcm mne,dia menulis tanpa nama.
BalasPadamKita x pasti dia beragama apa.
Klu dia Islam atau Islam Agama yg.di anuti nya dan dia beramal dgn nya.
Pasti dia x kan menulis sedemikian rupa.
Islam itu sempurna luar dalam peribadi akhlak penganutnya.
Jgn maree!!!
kepada ahli PKR Pahang, Fauzi Ab.Rahman dan Azan Ismail,
BalasPadamsudah tinggalkan UMNO, tinggalkan sehingga ke tulang hitam, biar sampai orang sebut perkataan "UMNO", rasa loya nak termuntah. Barulah itu dipanggil inginkan perubahan dan taubat dari dosa.
Nampak gaya ahli dan pemimpin PKR di Pahang masih lagi berdaki UMNO. Bercita-cita seperti cita-cita UMNO, lapar kedarah seperti ahli UMNO lapar kedarah. Kalau ikhlas untuk bersihkan diri dari UMNO, orang letak di jamban taik pun sanggup, asalkan tidak bersama UMNO.
Ini tidak, masih beriman kepada perut dan pangkat, penjuang jenis dinamakan pejuang taik kucing.
Kalau kau semua panas hati, kami pun panas hati, penat lelah kita jadi tukang sorak dan tukang kerja, disenang-senang memeluk UMNO.
Poraaaahi malulah sikit kepada taik kucing.
PK tu apa?
BalasPadamPKR (Parti Kelentong Rakyat}
PKR (Parti Kian Runtuh}
Lagi??
Orang-orang PKR yang keluar parti boleh join parti KITA, tak payahlah masuk UMNO, dulupun dah keluar UMNO, takkan nak rujuk balik.
BalasPadamPolitik yang mengaku Ketuanan Melayu saja x ada akal,macam macam kutuk ,luas sikit minda cuba lihat jauh politik bangsa lain dari politik orang melayu.
BalasPadamYang mendewakan ketuanan anwar lagi bodoh dan bacul macam lembu.
BalasPadam