script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau: "Calon UMNO" BN, Roslan Ahmad Menang Dengan Majoriti Besar

JASIN, 6 Mac [8.00 pm] - Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (foto) berjaya menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar. Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643 undi. Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319 undi. Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi. Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengisytiharkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini berkata, undi ditolak ialah 135. Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN pada 20 Januari yang lalu.

[Syabas dan tahniah buat calon BN, Roslan Ahmas atas kemenangan besar ini. Semoga beliau dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang selepas ini. Kemenangan BN di Merlimau memang sudah tidak menjadi persoalan lagi. Tambahan pula PAS ketika ini tidak menang satu pun kerusi DUN di Melaka. Makanya, BN dilihat berkuasa untuk menentukan kemenangan calon mereka. Lantaran itulah kita tidak hairan apabila ramai petugas BN Melaka dihantar ker Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau untuk meneruskan agenda mereka. Ini kerana BN yakin, Merlimau bakal dikekalkan dan hanya Kerdau yang menjadi ingauan kekalahan mereka. Justeru itulah dikerahkan jentera mereka ke Kerdau sebenarnya. Apapun, kemenangan sudah diputuskan dan mereka perlu terima semua hakikat ini].

Share:

7 ulasan:

  1. Tahniah buat pengundi2 di DUN Merlimau yang ternyata bijak menilai antara kaca dengan intan.

    BalasPadam
  2. Kepada anon 7:36, jgn terlalu gelojoh menyatakan pengundi DUN Merlimau bijak menilai intan dan kaca semata-mata kerana BN menang.

    Adakah tempat2 yg menolak BN seperti Kelantan, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan sebahagian besar Kuala Lumpur rakyatnya bodoh-bodoh belaka?

    Kalau anda analisis dengan fakta dan kajian, kawasan yg menolak BN adalah kawasan bandar, kawasan golongan elit, kawasan masyarakat yg mendapat maklumat dan kawasan masyarakat berpendidikan.

    BN sebaliknya boleh menang di kawasan yg agak kampung, yg masyarakatnya boleh di'beli' dengan janji pembangunan serta hanya menerima maklumat satu hala (melalui media arus perdana) melainkan orang kampung di negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

    BalasPadam
  3. Prk Merlimau dan Kerdau bukan kayu ukur sebenar keputusan PRU-13 Nanti.Baik BN @Pakatan Rakyat....

    BalasPadam
  4. Stuju dengan Anon 8:58:00. Inilah contoh berhujah dengan fakta. Kebanyakan penyokong UMNO hanya berhujah ikut suka hati. Fakta entah ke mana. Malu la sikit.

    BalasPadam
  5. aset BN sekrg adalah warga felda.org2 miskin(termasuk sabah sarawak)..PR kena mendekati golongan ini bg meluaskan sokongan..teruskan usaha

    BalasPadam
  6. Betul. Alhamdulillah juga, pilihanraya kampus di universiti-universiti utama negara kita sekarang dimenangi oleh Mahasiswa Pro PR.

    Pakatan Rakyat perlu giatkan usaha penyampaian maklumat mereka di Felda2 dan kampung2 tradisional yg mungkin penduduknya tidak begitu lazim dgn membaca maklumat politik semasa di internet. Mereka hanya menerima maklumat dari akhbar, tv dan radio arus perdana sahaja. Itu sebab pemikiran mereka sedang dicorakkan ikut telunjuk UMNO BN APCO.

    Mereka dinafikan cerita yg baik2 tentang PR. Mereka tdk mendapat maklumat perubahan positif yg berlaku dlm negeri2 yg diperintah PR. Mereka masih lagi percaya Kelantan mundur, Selangor huru-hara dan Pulau Pinang mendeskriminasi orang Melayu. Kesian, mereka ditipu bulat2 oleh media arus perdana.

    BalasPadam
  7. So kutu2 PAS ni semua perangai dia elok macam malaikat ka?
    Opppsss maaf terlupa fakta dalam fatwa...
    Bahawasahnya semua penyokong PAS tu telah dijamin syurga..
    Soal dia baik tak baik tak kira la no...?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.