script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: "Kenyataan Memalukan" Kes Video Lucah, Terbukti Menteri Undang-Undang UMNO Si Nazri Aziz Perlu Belajar Semula Subjek Undang-Undang

Pada 4 Ogos 2010 lalu, seorang pemuda di Kuala Trengganu tidak menyangka perbuatannya menyimpan klip video lucah di dalam telefon bimbit mengundang padah apabila ditahan dalam operasi trafik di Jalan Sultan Mohamad di sini semalam. Operasi selama empat jam itu dijalankan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Terengganu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri. Timbalan Ketua Cawangan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN, Zaki Mohamed berkata, lelaki berusia 20-an tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002. “Jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Mengulas lanjut, Zaki berkata, operasi itu bukan semata-mata untuk mengesan pesalah jalan raya tetapi turut melibatkan kesalahan memiliki video lucah. Sumber : Utusan Malaysia; 5 Ogos 2010 . Lain-lain artikel berkenaan sila klik:-
Bayangkan, jika seseorang yang menyimpan video lucah di dalam telefon bimbit mereka sendiri pun boleh didapati bersalah dan didakwa mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Maka kenapa individu seperti "Datuk T" yang bukan sahaja memiliki, malah menayangkan pula video tersebut dikhalayak ramai boleh terlepas. Bahkan dengan bangganya nyatakan dia tetap tidak akan serahkan video itu kepada polis. Soalnya sekarang, mana pergi pegawai Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Nazri Aziz Perlu Belajar Semula Undang-Undang

Bukankah ia jelas satu kesalahan dibawah undang-undang negara, namun kenapa seorang Menteri Undang-Undang UMNO seperti Nazri Aziz (foto) boleh mengeluarkan satu kenyataan yang jelas sekali menggambarkan kebodohan dirinya, Semalam Beliau dengan sungguh bangga dan dengan tegas berkata penganjur 'tayangan video aksi seks' itu tidak salah berbuat demikian. Malah dia mencabar orang ramai mengemukakan bukti undang-undang mana yang melarang perbuatan tersebut. Malah dia juga berharap agar sesiapa yang tahu kesalahan itu dibawah undang-undang mana agar memaklumkan kepada beliau. Bukankah ianya sudah termaktub dalam Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 iaitu:-
Tiada seorang pun boleh Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman - Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya

Seksyen 6

Tiada seorang pun boleada dalam milikannya atau jagaannya atau dibawah kawalannya ; atau Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga

Seksyen 6(2)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (1) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh Berkenaan dengan apa-apa filem, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempuh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau Berkenaan dengan apa-apa bahan publisiti filem, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripda sepuluh ribu ringgit Klik sini
Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002
[Bukan itu sahaja yang Nazri Aziz perlu tahu, malah dalam Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk bertindak ke atas orang yang membuat atau menghantar sebarang komunikasi berbentuk lucah, tidak sopan, palsu atau mengancam. Maka itu, wajarlah menteri UMNO itu belajar semula undang-undang sebelum mahu menjadi Menteri Undang-Undang. Sesungguhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau itu, menambahkan lagi telahan orang ramai bahawa isu ini adalah satu lagi konspirasi yang direka cipta oleh mereka untuk menjahamkan masa depan dan kariesr Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isterinya. Jika tidak masakan Datuk T (pemilik video seks) terbabit boleh mengatakan dia tidak akan mendedahkan pita rakaman video tersebut jika dua pemimpin terbabit (Anwar & Azizah) meletakkan jawatan mereka. Bukankah ini satu ugutan yang berniat jahat semata-mata untuk kepentingan politik semata-mata. Maka, terbuktilah isu ini adalah satu strategi untuk mengambil hati rakyat di Pilihanraya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung itu sebenarnya].
Share:

17 ulasan:

  1. Ala ape yg susah sgt korang nk paham. Nazri ni cume nk jaga tembolok sdiri supaya boleh kekal sbg menteri. Itu aje. Sbb tu dia keluarkan statement bangang mcm ni.

    BalasPadam
  2. semua orang mesti dengar cakap pemimpin umno walaupun ternyata para pemimpin ini tak pandai..

    yang mereka pandai hanya memutar belitkan fakta. kesian umno..

    BalasPadam
  3. Jangan bodohkan genersi baru kerana mereka dah celik boleh membezakan yang mana buruk baik tidak seperti generasi pekat yang dah ramai pencen dan pi selamanya... yang tinggal tak seberapa.Sampai bila nak putar belit pasti akan terbelit...jujur la sikit pada kami anak2 bawah 18 tahun.

    BalasPadam
  4. Sokong....

    Putar belit dan tidak amanah pada kata-kata seorang menteri.

    Tolonglah jangan cemarkan anak-anak anda (wahai menteri) dan anak-anak kami.

    BalasPadam
  5. MEMALUKAN. Memang banyak sangat benda yang memalukan. Tersasar bahasa, tersilap cakap..memang memalukan.

    Dan ibu kepada segala malu 'melondehkan' malu dan 'mendedahkan' KEMALU-MALUAN adala perbuatan mempermain-mainkan 'KEMALU-MALUAN' sendiri.

    Lu fikir la sendiri.

    BalasPadam
  6. inilah sebabnya kenapa ramai orang tak hormat undang2 dalam negara ini, sebab pemimpin macam ni yg bangang. undang2 hanyalah utk kita rakyat biasa sahaja manakala mereka pembesar2 umno kebal dan tak boleh didakwa. aku dah tak hormat mahkamah negara ini apatah lagi pemimpin2 bn yg memang tersohor dgn kebodohan mereka setiap kali membuat kenyataan media. memang patutlah lky menagatakan ahli politik negara ini 'incompetent'.

    BalasPadam
  7. nazri ni kuat MENGAMPU tulah pasai cakap macam BAHLOL jerr...mungkin dia pun suka tgk crita lucah kt rumah dia dgn keluarga dia,...menteri BODEK...wktu Tun M bsara dri PM dia hentam gila kt tun M pdahal wktu Tun M masih PM dia KIPAS sakan..

    BalasPadam
  8. Tahu tak kenapa ini semua berlaku? Sebab Melayu mudah lupa. Melayu bodoh. Melayu tamak. Melayu tak pandai guna akal yang rasional. Melayu Haprak.

    BalasPadam
  9. Setuju dengan anon 11:18:00, oleh kerana Melayu tamak, mudah lupalah menteri macam ni masih menang. Orang yang pandai, yang bijak, yang amanah, tidak akan tempat dalam UMNO.

    BalasPadam
  10. Sampai bila Melayu akan di tipu.
    Fikir dan fikirkan lah

    BalasPadam
  11. Menteri Kangkung!!!Layak di bakulsampahkan!!!Yg percaya penyokong Ameno totok je!!!Angguk2...Geleng2...Penyakit penyokong Ameno totok!!!hehehe...kesian2...

    BalasPadam
  12. Sebenarnya menteri ni blagak pandai.. tp xpandai pn.. So 2 la tahap mentaliti pemikiran sesetengah menteri kita.. Blh plk tgk benda lucah xsalah..

    Klu malaysia xda undang2 pn, org blh fikir la salah or x... Berat sebelah, xlayak jd pemimpin.. Ini contoh2 individu y akan senasib mcm syarizat n rais yatim pilih ry akan dtng...

    BalasPadam
  13. nazri memang bodoh dan bahlol...tak layak jadi menteri... tapi kuat bodek tu lah yang terlepas

    BalasPadam
  14. memang nazri tu kuat bodek pun...tp kata lulusan undang2...undang2 utk kekebalan pemimpin2 umnogok aje utk rakyat pegi mampuih lah selg umnogok bee end berkuasa selg itulah kekebalabn utk pemimpin2 umnogok bee end terpakai...aku dah hilang kepercayaan kpd mrk yg percaya dan sokong kuat hy lah juak2 umnogok bee end aje...mcm lembu di cucuk hidung..

    BalasPadam
  15. AKu x tau nak cakap apa yg aku tau memang nazri tu bodoh,bahlol, bangang dan bodek.

    BalasPadam
  16. AKu x tau nak cakap apa yg aku tau memang nazri tu bodoh,bahlol, bangang dan bodek.

    BalasPadam
  17. Itulah BANGANGnya menteri ni. Rakyat Padang Rengas boleh nilai sendiri layak ke wakil ini sebagai wakil merena nanti .......

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.