script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: 'Tsunami' Melanda Jepun Selepas Gempa Bumi 8.9 Magnitud Gegar Timur Laut Negara Itu !

TOKYO [11 Mac] - Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK. Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan. Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. Berikut ringkasan perkembangan tersebut.


Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya. Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar. Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan. Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utaroa terputus.

[Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan. Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan (foto) mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri. Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan. Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan. Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik. Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah].
Share:

8 ulasan:

  1. Apabila bencana spt ini dtg, jgn kita fokuskan pemikiran kita bhw ini adalah disebabkan tindakbls pergerakan bumi bwh tanah semata2. Yakinlah bhw apabila Tuhan murka, dia berhak atas apa jua kehendaknya. Teori sains adalah semata2 asbab Tuhan menjatuhkan hukuman buat manusia. Jadi tiada sebab utk kita memisahkan sains dgn agama. Begitu juga agama dgn pemerintahan. Renung2kanlah.

    BalasPadam
  2. Agak2nya apa hukuman yang bakal Allah 'peruntukkan' buat individu atau pihak yang mempergunakan dan memperalatkan agama untuk kepeningan politik sempit? Dan agaknya apa tahap MURKA Allah bagi pihak/individu yang dengan sewenang2nya melacurkan agama kepada musuh Islam?

    BalasPadam
  3. tepuklah dada tanyalah selera....

    BalasPadam
  4. bila umno tidur sebantal dgn mca dan mic tak menjadi masalah. tp bila pas berkawan dap dikatakan melacurkan agama!
    apa punya bangang.

    BalasPadam
  5. hairan...bile nk abis berperang sesama muslim disebabkan duniawi (politik)

    BalasPadam
  6. hairan...bile nk abis berperang sesama muslim disebabkan duniawi (politik)

    BalasPadam
  7. tepuklah dada tanyalah selera....

    Saturday, March 12, 2011 4:54:00 AM
    Anonymous Anonymous said...

    bila umno tidur sebantal dgn mca dan mic tak menjadi masalah. tp bila pas berkawan dap dikatakan melacurkan agama!
    apa punya bangang.

    Saturday, March 12, 2011 6:12:00 AM
    _____________________________

    Tidur sebantal ada ketikanya tidak dapat dielakkan, dalam keadaan di mana situasi memerlukan atau memaksa kita tinggal serumah @ sebumbung. Akan tetai jangan sampai kepada tahap melakukan 'persetubuhan atau 'persebadanan'.

    Sendiri mau fikir la.

    BalasPadam
  8. ooooo...itu macamka...
    low class mentaliti..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.