script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warga Kerdau Di Seru Lakukan Perubahan Untuk Jadi Pemangkin Peralihan Kuasa Kerajaan Negeri Pada Pilihanraya Umum Akan Datang Hendaknya

Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Syed Osman (foto) menyeru supaya pengundi di DUN Kerdau membuat pilihan bijak untuk "mengajar" Kerajaan UMNO BN yang memerintah negeri ini. Peluang yang ada katanya tidak wajar dipersia-siakan demi masa depan generasi akan datang. Beliau menegaskan demikian ketika dalam satu wawancara khas dengannya di Kuantan baru-baru ini. Syed Ali yang Pengarah Urusan, Seruan Gemilang Makmur (SGM), iaitu syarikat pembalakan yang telah menyaman Menteri Besar Pahang sebanyak RM63 juta itu menegaskan sudah tiba masanya rakyat menunjukkan protes dengan menjatuhkan UMNO BN di pilihanraya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini. Menurut Syed Ali, sejak tahun 1998 iaitu ketika peralihan kuasa Kerajaan Negeri Pahang daripada Menteri Besar dahulu Tan Sri Khalil Yaakob kepada Datuk Seri Adnan Yaakob didapati prestasi kutipan hasil kerajaan negeri sekitar RM300 juta hingga RM350 juta dan tidak melebihi daripada RM400 juta setahun. "Itu adalah standard Adnan Yaakob. Hasil utama kerajaan negeri adalah daripada tanah dan pembangunan tanah berlaku secara menyeluruh di semua daerah, semua bandar dan meliputi kawasan pinggir bandar serta kampung-kampung. Berlakunya pecah sempadan tanah dan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada perumahan, pertanian kepada bangunan perniagaan (komersial), bangunan perniagaan kepada industri maka kita lihat premiumnya sudah tentulah besar. Maknya hasil-hasil pembangunan tanah ini merupakan sumber pendapatan kerajaan sebenarnya. Soalnya kenapa dari tahun 2000 hingga 2010 pendapatan kerajaan tidak setimpal dengan pembangunan tanah yang berlaku", katanya.

Ikuti video eksklusif kenyataan penuh isu Pahang oleh Syed Ali di sini

[Beliau hairan kenapa perkara ini boleh berlaku dan kenapa ia gagal ditangani dengan berkesan oleh kerajaan negeri pimpinan Adnan Yaakob. Semua ini membuktikan adanya ketirisan dalam pengurusan hal ehwal ekonomi negeri sebenarnya. Jsuteru itulah Bajet Defisit senantiasa disajikan kepada rakyat sejak sekian lama. Beliau juga turun mencadangkan sasaran ke arah pendapatan kerajaan negeri RM1 bilion setahun mulai 2012 seandainya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada UMNO BN dalam pilihan raya umum akan datang. Justeru itu beliau turut mengajak rakyat Pahang memupuk kesedaran untuk melakukan perubahan. Beliau juga sedia membantu ke arah menjana pendapatan RM1 bilion seperti yang dimaksudkan itu. Kehambaran dalam pengurusan ekonomi kerajaan negeri Pahang wajarlah ditangani dengan betul oleh mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas berjuang untuk membela rakyat katanya. Soalnya, apakah Pakatan Rakyat akan berjaya menyakinkan para pengundi di DUN Kerdau untuk berani membuat perubahan, sedangkan mereka tahu puluhan juta projek pembangunan kini dicurahkan ke kawasan DUN Kerdau sekarang ini ].
Share:

8 ulasan:

  1. Pak mentua dan Mak mentua aku totok PAS.xp ble nengor Syed Ibrooor jd calon, kome ngundi IBROOOR, gone pulok warith kome,abih camno hangpa nak menang.

    BalasPadam
  2. Pak mertua dan mak mertua aku totok UMNO, tapi tak sokong syed ibrooor sbb dia sekolah agama tak layak jadi adun umno..

    BalasPadam
  3. Aku ni pula melihat tindak tanduk dan aksi kebanyakan warga PAS ni langsung tidak menunjukkan ada pegangan agama. Aku melihat UMNO lebih rasional.

    BalasPadam
  4. oppps aku lupa org sekolah ugama memang xlayak jd calon umno xp nak jd calon pas mesti totey basah.hark ptuih........

    BalasPadam
  5. Hahahahahaahaheheheheehehhhhuuuu...
    Teruknye PAS ni..

    BalasPadam
  6. hentikanlan berckap perkara yang belum tentu benarnye....boleh rosak akidah tau.....nak jadi golongan yang Allah kata"AKAN MASUK NERAKA DAN KEKAL ABADI DIDALAMNYE" fikir2..mati itu pasti hidup insyaallah

    BalasPadam
  7. hentikanlan berckap perkara yang belum tentu benarnye....boleh rosak akidah tau.....nak jadi golongan yang Allah kata"AKAN MASUK NERAKA DAN KEKAL ABADI DIDALAMNYE" fikir2..mati itu pasti hidup insyaallah

    BalasPadam
  8. Tadi dalam Buletin Utama, Syed Ibra bersalam dengan perempuan (bukan mahram). Cukuplah ini sebagai satu contoh jelas yg boleh dilihat seluruh negara betapa 'ulama'nya Syed Ibra.

    Hukum tetap hukum, lebih-lebih lagi kita bergelar ulama. Aku tak heran kalau Najib yg bersalam dgn pompuan pasal kita maklum tahap pemahamannya terhadap hukum-hakam, tapi ini Syed Ibra yg hari2 digemburkan sbg ulama / lulusan agama oleh media.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.