script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Video Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Semasa Program Solat Hajat Dan Pidato Khas Menangkis Fitnah 'UMNO' Di Stadium Melawati Malam Tadi !

SHAH ALAM, 29 Mac - Biar pun kontroversi isu "video lucah" yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) sedang hangat diperkatakan, namun ribuan rakyat telah hadir beramai-ramai untuk terus memberikan sokongan padu kepada beliau malam tadi. Satu Majlis Solat Hajat Dan Pidato Khas Menangkis Fitnah "UMNO" telah diadakan di Stadium Melawati dekat sini malam tadi. Ramai pemimpin pembangkang telah hadir serta memberi sokongan kepada beliau malam tadi termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya. Dalam ucapannya Anwar beberapa kali menyatakan beliau cuba difitnah sekali lagi oleh pemimpin UMNO, selepas melihat kes-kes terdahulu tidak menyakinkan rakyat secara keseluruhannya. Maka, kes video seks tersebut diterbitkan bagi menjatuhkan serta mengaibkan dirinya. Namun, rakyat diminta tidak sesekali terpedaya dan terpengaruh dengan isu ini, kerana ia jelas berniat jahat dan dilakukan oleh manusia yang berdendam kepadanya. Justeru itu rakyat perlu bangkit untuk mempertahankan prinsip perjuangan dan tidak terkeliru dengan agenda yang dimainkan. Kezaliman yang berlaku wajar dihentikan katakanya, kerana kini UMNO merasa mereka dilindungi oleh undang-undang. Akhirnya lahirlah pemimpin yang zalim dan menggunakan kuasa untuk menindas rakyat itu sebenarnya. Sila lihat video sedutan ucapan Anwar:-


Bukti, ribuan rakyat telah hadir dalam program ceramah malam tadi

Rakyat terpaku mendengar ceramah daripada para pemimpin mereka

[Nampaknya peluru yang digunakan oleh musuh-musuh Anwar untuk menjatuhkan maruahnya tidak menjadi lagi kali ini. Malah, difahamkan akibat pendedahan "video seks" tersebut semakin ramai rakyat mula sangsi dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Sokongan terhadap Anwar semakin meningkat, hatta dikalangan ahli UMNO akar umbi sendiri yang sudah bosan dengan "politik murahan" mainan pemimpin mereka itu. Kemungkinan besar isu yang dibangkitkan ini menyebabkan rakyat semakin percaya bahawa ia adalah satu konspirasi jahat yang dilakukan oleh mereka yang mahu menamatkan karier politik Anwar. Sokongan rakyat di Stadium Melawati malam tadi jelas membuktikan segalanya. Maka itu, UMNO BN perlu bersedia untuk menerima perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti gara-gara kesilapan mereka terbitkan video lucah tersebut].
Share:

9 ulasan:

  1. terima kasih kerna buat solat hajat biar allah tentukan,,,,kita sama2 doa semoga allah cepat2 menberi pentunjok siapa yg benar,,,gua pasti allah akan beri pentunjok, ini lah jalan yg benar biar allah tentukan kebenaran,,,yg salah pasti akan terima balasan,,,,,dan lebeh bagus lagi buat sumpah laknat sama,,,,,ya allah cepatkan lah beri pentunjok,,amin

    BalasPadam
  2. inilah sahaja medium yang tinggal untuk anwar menjawab segala tuduhan setelah segala pintu media ditutup.

    BalasPadam
  3. bosan koi dengan politik kotor umno...-anak muda-

    BalasPadam
  4. Semakin solat hajat semakin ditunjuk apa yang tersimpan. Itu namanya petunjuk. Rakyat boleh fikir, tak semuanya bodoh.

    BalasPadam
  5. aku sebenar nya sedikit pun x percaya dgn kes liwat anwar dari liwat 1 sampai liwat 2 walau pun anwat x kenal aku tp aku kenal anwar melaLui ABIM dia bukan sj dikenali d m'sia tp juga di dunia ISLAM jiran se kariah aku seorang guru dan kwn rpt anwar dan anwar selalu singgah brmlm di rumahnya dan bila di terjaga mlm di lihatnya anwar sdg bersolat Tahajjud gitulah tiap2 kali anwar bermlm di rumahnya. dan bila kes liwat 1 d bawa kemahkamah aku memang sedikit pun x caya dan hingga kini aku lg x yakin dan aku xpernah membaca HARAKAH sebelum ini sbb aku org umno tp bila kes liwat bjln di mahkamah apabila percanggahan byk berlaku tmpt liwat di pinda bbrape kali di situ dah nmpak kes ini mmemang di rekacipta, x puas mmbaca UTUSAN MALASIA krn byk brita dilaporkan x tpat dan masa ini lah akhbar HARAKAH mengambil tmpt aklhbar arus perdana dgn brita2 yg menyakinkan xberat sebelah...sesungguhnya aku bersyukur pd Allah swt krn aku xtermasuk bersama golongan yg memfitnahkan anwar krn DOSA fitnah ini amat besar x tertanggung rasanya di akhirat kelak dan aku sanggup bgn di tgh mlm membuat solat hajat 12 rakaat pd tiap mlm jumaat selama 7 mlm jumaat bturut2 beserta dgn solat2 sunat yg lain memanjatkan doa agar ALLAH SWT MELINDUNGI ANWAR dan keluarganya serta org2 yg menyokong nya, menurut para2 Wali Allah tidak tertolak akan doa hamba2Nya yg melakukan solat hajat 12 rakaat, krn Allah telah berjanji bahawa yg BATIL itu akan lebur dan yg BENAR dan hak itu akan beroleh kemenangan. kpd rakyat m'sia gunakan lah akal dan hati kamu dlm menilai kes video lucah ini jgn ikut kata org secara melulu kelak diri kita akan di persoalkan di akhirat oleh Allah, bagi org yg merancang dan membuat cerita ini bertaubat lah sebelum Allah turunkan BALA DAN MUSIBBAH ke atas kamu krn perbuatan dosa kamu yg berterusan..sayang sekali Allah meminjamkan kpd kamu kekuasaan, harta yg melimpahruah dan darjat dgn gelaran kebesaran tp anda gunakan kdp jalan yg x di redhaiNya..KUFUR NIKMAT..aku puji surat terbuka kpd IGP oleh SAC 11 Datuk Mat Zain yg berani kerana benar sbb beliau lebih takut kpd Allah drp manusia dan surat terbuka ini x akan keluar dlm media arus perdana maka di harap akan dipaparkan di dlm akhbar2 alternatif supaya rakyat tahu bagaimana org2 yg berkuasa dlm k'jaan memutarbelit dan memalsukan perkara yg benar perbuatan mrk ini telah menyebabkan rakyat yg cpt percaya akan setiap kes mungkar yg di ciptakan tu mendapat sama dosa krn terlibat dgn fitnah akhir zaman..na'uzzubillahil 'azim..ingat lah bahawa kekuasaan, harta dfan pangkat serta darjat hanya sementatra sj yg Allah pinjamkan kpd kita dan Allah swt akan menarikNya kembali pd bila2 masa yg Allah kehendaki.

    BalasPadam
  6. bila kita melihat kes fitnah terhadap dsai ini, semakin lama telah memperlihatkan kepada kita semua bahawa temberang ubn telah semakin terserlah. rakyat yang kononnya ingin ditarik sokongan mereka terhadap ubn telah semakin faham keadaan sebenarnya. maknanya rakyat saban waktu semakin memahami politik mana yang benar-benar ingin memperjuangkan kebajikan rakyat dan negara keseluruhannya. sepuluh dua puluh kali rakyat boleh ditipu, tetapi kalau dah melampau sangat, rakyat dah naik jemu dan akhirnya sokongan rakyat terbanyak akan berpindah kepada pembangkang. inilah realiti hari ini dan sehingga ke pru13 nanti dan selamanya. kepada ubn, kalau nak berpolitik, berpolitiklah secara rasional, waras dan gentelmen. gunakan hujah yang bernas, berilmu, berakademik, jangan asyik nak menabur fitnah tak kira waktu dan masa. rakyat bukan lagi boleh diperlembukan, kecualilah para pemimpin ubn dan konco-konco mereka, asyik jadi lembu dan diperlembukan oleh lembu-lembu ubn yang kat atas sana tu... kerana itulah tahap minda yang ada pada puaka-puaka ubn. kesian sungguh. ALLAH SWT berikan akal dan hati yang elok, tapi kenapalah mereka ini merosakkannya dengan sewenang-wenangnya. wahai pemimpin ubn dan pencacai-pencacai mereka... insaflah dan kembalilah kepada agama ALLAH. ingatlah dosa fitnah amat besar bahananya. solatlah mengadap ALLAH bukan solat mengadap fitnah. aduhai... sedihnya. kepada barisan pembangkang pula, berjuanglah dengan penuh waras, beramanah, bertanggung jawab dan bentuklah sahsiah diri kalian melalui jalan ALLAH SWT, jalan yang diredhai dan selamat. kerana matlamat hidup kita adalah untuk beribadah kepada ALLAH SWT. jalan yang selain daripada itu adalah sia-sia belaka.
    TAKBIR...TAKBIR...TAKBIR...

    BalasPadam
  7. Insha-Allah Allah akan beri petunjuk, setiap tahun 26000 rakyat Malaysia menunaikan Haji ke Mekah juga sentiasa berdoa di depan kaabah untuk menyelamatkan bumi Malaysia dari sebarang pemimpin yang tidak bermoral dan membahayakan negara, kerana kesannya amat beasar akan dirasai oleh keseluruhan rakyat termasuk yang baik2 yang sangat cintakan negara ini supaya kekal aman, makmur dan dapat dipusakai turun temurun oleh anak bangsa kita.

    BalasPadam
  8. UMNO= untuk Melayu no otak.

    BalasPadam
  9. Yang percaya liwat tu cuma UMNO sahaja. Untuk Melayu no otak.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.