KUALA LUMPUR, 8 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto) berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain. Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini. “Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi. "Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) mengenai benarkah proses pilihan raya di negara ini tidak dijalankan secara adil seperti yang didakwa oleh pembangkang.
[Agak menghairankan bila semakin ramai pemimpin UMNO BN yang melihat pilihan raya di negara ini adil hanya kerana melihat ada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh pembangkang di negara ini. Keadilan bukan dilihat kepada kemenangan sebenarnya. Keadilan itu perlu dalam konteks yang lebih luas seperti penipuan undi pos, pengundi hantu, penggunaan jentera kerajaan, kawalan media arus perdana dan banyak lagi. Kawasan yang dimenangi oleh pembangkang itu pun sebenarnya penuh dengan penipuan. Namun, suara rakyat untuk berubah mengatasi suara penipuan yang mahu dilakukan itu. Nazri harus sedar, jika pilihan raya itu adil di Malaysia maka sudah pasti Kerajaan Pusat yang ada sekarang sudah bertukar kepada Pakatan Rakyat sebenarnya. SPR berlaku tidak adil bila membuat begitu banyak penambahan kawasan parlimen di Sabah dan Sarawak untuk memastikan BN terus berkuasa. Itu pun jelas dilihat tidak adil, sedangkan di Semenanjung mereka sebenarnya sudah pun tinggal "nyawa-nyawa ikan". Mujurlah "talian hayat" yang di buat oleh SPR itu menyelamatkan BN untuk terus berkuasa. Nazri tidak wajar melihat keadilan berasaskan kepada kemenangan yang dicapai oleh pembangkang di sesetengah kawasan itu].






Malunya saya sebagai rakyat Malaysia krn negaraku ada menteri macam nazri aziz ini. Apakah dia menganggap rakyat negara ini semuanya bodoh? mungkin..
BalasPadamBetul. Memang banyak rakyat Malaysia yang bodoh dan 'bodoh2' seperti Anon 8:51:00 PM.
BalasPadamibarat org bisu terpaksa lawan pidato dgn org normal je proses pilihanraya kat negara kita ni.. ADIL HANYA UTK ORANG YG XADA TELOQ..
BalasPadamAnonymous said...
BalasPadamBetul. Memang banyak rakyat Malaysia yang bodoh dan 'bodoh2' seperti Anon 8:51:00 PM.
Tuesday, March 08, 2011 9:54:00 PM
KO PUN BODOH JUGAK, SAMAN PUN KO GI BAYAR SEBAB TAKUT KENA BLACKLIST!!! TAK GUNA JADI PENJILAT BODOH MACAM KO, UNDERSTAND???
Dia ayar saman kerana ikut fatwa songsang Nik aziz la BAHALUL!
BalasPadamNik Aziz sedap kau kutuk, Najib dan Rosmah sedap kau jilat.
BalasPadamAdil?? Telus?? betul ke.. Umno bertandil guna duit kerajan bawa isu pembangunan..
BalasPadampilhan rya 2 agak telus tp cr kempen salah..
Byr saman ikut fatwa Nik Aziz?? Nik Aziz mane ni???? Klu Tok Guru xda ckp rsnya, rsnya korang dh fitnah ni.. ish2, dosa mengfitnah lg berat dr membunuh.. Apabila anda mengunakan word FATWA brmakna ianya berkaitan dgn agama, jgn main2 dgn agama aku, langit 2 xtinggi klu ALLAH s.w.t nk jatuhkan bala kt hang.. Jgn main2 or gurau2 menggunakan istilah agama..
Anon 4:44:00 PM,
BalasPadamWord FATWA itu hanya berkaitan dengan agama? Cuba dapatkan lirik lagu FATWA PUJANGGA. Atau kalau tak cukup juga, cuba rujuk kat Kamus Dewan. Cukup dangkal ilmu bahasamu. Tu la kalau dah sedar kail di tangan panjangnya hanya sejengkal, cukuplah sekadar tasik kat belakang rumah yang diduga.
Di negara ini. Fatwa dalam istilah syara' adalah suatu keputusan hukum dalam agama Islam. Ia hanya layak dikeluarkan oleh mufti atau majlis fatwa. Yg dalam Kamus Dewan tu definisinya dari segi bahasa. Itu cerita lain.
BalasPadam