KUALA LUMPUR [9 Mac] - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) mengharapkan buku "A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang ditulisnya sejak lapan tahun lalu dapat membuktikan kepada orang ramai yang beliau bukan diktator seperti digambarkan pengkritiknya. Menyifatkan buku pengkisahan hidup ketika memimpin negara itu adalah pandangan beliau mengenai Malaysia dan dirinya, bekas Perdana Menteri berkata, selama 22 tahun menerajui negara, pelbagai kritikan dilemparkan termasuk melabelkannya sebagai pemerintah kuku besi. “Melalui memoir ini saya cuba buktikan yang saya bukan diktator, tetapi sudah tentu ia tidak boleh meyakinkan semua pihak,” katanya pada majlis pelancaran buku itu, di Midvalley Megamall semalam. Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab terbuka dengan wakil media dan orang ramai yang menyaksikan Dr Mahathir menjawab soalan dalam gaya yang bersahaja tetapi sinis. Kepada soalan mengenai pemilihan tajuk, Dr Mahathir berkata beliau terfikir untuk menggunakan tajuk seperti Mahathir the Napolean atau Mahathir the Great sebelum memilih tajuknya. “Saya patut digambarkan sebagai doktor kerana itu adalah saya,” katanya menyifatkan mentadbir negara juga ibarat doktor yang menjaga pesakitnya. Mahathir berkata, buku itu itu mengambil masa lama disiapkan kerana tidak mahu ia menjadi sebuah memoir yang hanya tertumpu kepada dirinya sehingga menyebabkan pembaca bosan selain faktor dirinya yang tidak menaip tetapi menulis tangan sehingga menyebabkan proses menyiapkan draf mengambil masa. Beliau juga menyifatkan penulisan memoir itu seperti menyiapkan versi baru buku kontroversi Malay Dilema yang ditulis pada tahun 1970. Menjawab soalan seorang peminatnya dari India mengenai mesej penulisan kepada dunia, beliau berkata ‘orang biasa’ sepertinya mampu melakukan apa saja dengan syarat tidak berputus asa dan terus bangun walaupun terjatuh. Beliau yang turut menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘individu yang penuh cabaran’ yang sanggup mencabar sesiapa saja bagi memastikannya harapan dia dapat menawan Putrajaya.
[Mahathir kini boleh berbuat apa saja biar pun beliau sudah tidak bergelar Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana legasi pemerintahan beliau kini disambung pula oleh PM Najib Razak. Bukti jelas apabila Najib menolak menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin menyertai kabinetnya. Dalam masa yang sama beliau melantik anak Mahathir, Mukriz ke jawatan penting dalam kabinet beliau. Sedangkan dia tahu Khairy adalah Ketua Pemuda UMNO yang menang ke atas Mukriz. Bahkan sudah menjadi tradisi pemimpin sayap parti itu akan dilantik ke jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan. Anehnya pula, Timbalan Ketua Pemuda UMNO dilantik pula ke jawatan dalam kabinet. Ini jelas untuk memalukan Khairy sebenarnya. Maka itulah, kita tidak hairan kini Mahathir selesa melakukan apa saja, dan media begitu rakus membuat liputan setiap aktiviti beliau. Seolah-olah dia kembali berada di puncak kuasa biar pun sudah bersara].

Diktator atau tidak seseorang itu bukan ditentukan oleh dirinya, sebaliknya ditentukan oleh rakyat yang dipimpinnya, selain penghakiman Yang Maha Adil di Mashyar kelak.
BalasPadamSiapa sebenarnya DIKTATOR? Dr M? Nik Aziz? Anwar Ibrahim?
BalasPadamada mata tengok,ada telinga dengar,ada akal...lu fikir la sendiri....
BalasPadamMamak tongkang gila meroyan...satu sen pun tak guna!!!!
BalasPadamada mata tengok,ada telinga dengar,ada akal...lu fikir la sendiri....
BalasPadamThursday, March 10, 2011 3:10:00 AM
___________________________________
Boleh tengok2 boleh pandang2 tapi payah nak fikir fasal Melayu ni memang MUDAH LUPA. Apa lagi kalau dah kena bahana fatwa songsang..
M tu da nyanyok da dia da lupa dia da kuar umno dulu...sekarang bila N naik bukan main lancang mulut dia...dulu dia bgtau A xbersalah sekarang bgtau lain pulak...memang M ni da nyanyok da....bawak-bawak la bertaubat M oi...lu da pencen buat cara org da pencen g uat amal ibadat lg bagus...tkg pak A tu senyap je...dulu kini dan selamanya senyap je...
BalasPadamKau orang asyik suruh orang bertaubat je, ingatkan diri sendiri dulu, kalau budi bahasa pun ke parit jangan nak kata orang lain tu salah.
BalasPadamKau orang asyik suruh orang bertaubat je, ingatkan diri sendiri dulu, kalau budi bahasa pun ke parit jangan nak kata orang lain tu salah.
BalasPadamThursday, March 10, 2011 11:03:00 AM
____________________________________
Tipikal PAS!
umnogok ni mana tahu bahasa, bos dia kencing berdiri, dia ikut. Kencing berlari pun dia ikut. Tipikal umnogok
BalasPadamM tu da nyanyok da dia da lupa dia da kuar umno dulu...sekarang bila N naik bukan main lancang mulut dia...dulu dia bgtau A xbersalah sekarang bgtau lain pulak...memang M ni da nyanyok da....bawak-bawak la bertaubat M oi...lu da pencen buat cara org da pencen g uat amal ibadat lg bagus...tkg pak A tu senyap je...dulu kini dan selamanya senyap je...
BalasPadamDSAI boleh tulis buku kisah bekas pemimpin dah sakit "AMNESIA"
BalasPadam