JERANTUT, 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kehilangan seorang lagi pemimpin kanan mereka, apabila Ketua Cabang Jerantut Mohd Nor Jaafar (foto) mengesahkan beliau meninggalkan parti itu. Paling mengejutkan ialah pemimpin terbabit dikatakan tidak menyertai UMNO, sebaliknya bersamadengan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim. Mohd Nor yang menang jawatan Ketua Cabang Jerantut selepas menang dalamm Pemilihan 2010 yang lalu juga adalah merupakan Naib Pengerusi PKR Pahang. Dalam satu kenyataannya di laman sembang sosial facebook dia mengatakan telah diterima secara rasmi sebagai ahli parti KITA mulai semalam dengan nombor keahliannya C1000294. Beliau difahamkan akan membuat memaklumkan secara rasmi meninggalkan PKR dan sertai KITA dalam masa terdekat ini. Dalam pada itu, dia juga berharap agar pemimpin PKR Pahang tidak menganggu keputusan yang dibuatnya itu. Difahamkan, sebelum ini Hj.Suhaimi Said, Ketua Cabang Kuala Krau yang bertanggungjawab menjaga Cabang Jerantut bagi pihak PKR Pahang telah memaklumkan perkata ini didalam blog beliau. Malah beliau juga menyatakan pengunduran Ketua Cabang Jerantut itu membawa tuah kepada parti kerana program dan aktiviti yang tidak pernah dilakukan di Jerantut kini dapat diketengahkan. Buat masa ini jawatan Ketua Cabang Jerantut dikatakan telah dipangku oleh Saudara Rosli Ahmad yang merupakan Timbalan Mohd Nor sebelum ini. Dengan keputusan yang diambil oleh Mohd Nor, bermakna kini PKR Pahang kehilangan dua Ketua Cabangnya iaitu satu di Indera Mahkota dan satu di Jerantut. Cuma di Indera Mahkota, situasinya lebih berbahaya apabila Pemangku Ketua Cabang, Ibrahim Sidek terbabit pula keluar parti dan menyertai UMNO baru-baru ini. Mohd Nor juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Pahang kedua yang bertindak melepaskan jawatan tersebut selepas Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) berbuat demikian pada tahun lalu.[Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Mohd Nor atas apa yang diperjuangkannya. Prinsipnya jelas dan beliau buktikan dengan tindakan. Difahamkan, beliau adalah antara penyokong kuat Zaid ketika pemilihan 2010 lalu. Namun anehnya ramai penyokong kuat Zaid kini mula selesa untuk terus menjaga kepentingan politik masing-masing untuk terus berada di dalam PKR. Sedangkan mereka sendiri tahu dan tidak menyokong sesetengah pemimpin atasan itu sendiri sebenarnya. Sifahamkan beliau juga adalah abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang iaitu Dr. Hamzah Jaafar. Soalnya sekarang, apakah ada lagi Ketua Cabang PKR Pahang yang akan meninggalkan parti itu selepas ini?. Terdapat sumber mengatakan kemungkinan itu tetap ada, cuma masing-masing menunggu sehingga Pilihanraya Umum akan datang. Jika nama tidak naik sebagai calon, maka tindakan drastik itu bakal diambil oleh mereka yang terbabit. Sama-sama kita tunggu dan lihat senario ini].






Eloklah geng Zaid keluar dari PKR tu.Mat Noor ni pun bukan berkesan sangat kepimpinan dia,jadi Tim Pengerusi,pun tak tahu nak handle mesyuarat.Tapi yg peliknya Dato Fauzi terus mengekalkan dia jadi timbalan.Wak Rompin dan yg lain-lain bila nak umum kemluar parti?.
BalasPadamCepat-cepat keluar nanti bila parti KITA join BN ada peluang jadi YB.
elok lah dia keluar skrg...blah lah awal2 lg baik kalau tak nanti jd duri dlm daging buat apa nanti meneah dlm daging lg rasa sakit.
BalasPadamJawatan apapun yg disandang tdklah penting. Kalau dia nak keluar, keluarlah. Orang yang macam ini tdk diperlukan oleh Pakatan. Rakyat pun mengharapkan pemimpin-pemimpin yang macam ini terus keluar. Hipokrit. tarak otak. Pentingkan diri. Ptuii...
BalasPadam