KUANTAN, 22 Mac - Susulan kemasukan beberapa orang pemimpin PKR Indera Mahkota keluar parti dan menyertai dalam UMNO baru-baru ini, maka kini heboh diperkatakan tentang isu tawaran jawatan "Tok Empat" dan janji meluluskan permohonan tanah daripada pihak berkenaan. Semua berita itu tersebar di merata tempat sekarang ini. Ramai dikalangan ahli UMNO akar umbi yang mula berbunyi dan kecewa jika benar dakwaan tersebut. Kekecewaan mereka juga banyak diluahkan dalam laman sembang sosial "Facebook" sejak akhir-akhir ini. Mereka merasa diri mereka umpama "sampah yang terbuang". Anak tiri yang dimanjakan sebaliknya anak kandung disisihkan. Ramai dikalangan mereka memang langsung tidak mempunyai "tanah sekangkang kera", malah sudah puas memohon masih tidak mendapat perhatian. Tiba-tiba pula orang PKR yang melompat masuk UMNO diberi perhatian sedemikian rupa. Mereka kecewa dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof (foto), yang memunggut pemimpin terbabit tanpa mengambil perhatian kepada ahli UMNO itu sendiri. Kami cuba bongkarkan apakah yang ditawarkan kepada Ibrahim Sidek (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota) hingga menyebabkan pemimpin "tegar PKR" itu boleh melompat. Akhirnya terdapat sumber dalaman UMNO sendiri yang mengatakan antara janji yang diterimanya ialah beliau ditawarkan menjadi "Tok Empat" dan berjanji untuk meluluskan permohonan tanah yang dibuat oleh pemimpin terbabit.
Setakat ini tidak diperolehi lagi berapakah jumlah habuan berbentuk "wang ringgit" yang diterima mereka. Ada pemimpin UMNO bahagian itu yang terlalu kecewa berkata "Jika ini keadaannya, lebih baik mereka jadi pembangkang. Kemudian buat tindakan masuk semula UMNO untuk dapat habuan. Mereka yang sudah lama memohon tanah tidak dijanjikan kelulusan, tiba-tiba beberapa kerat pemimpin PKR yang kembali kepada UMNO mendapat perhatian sedemikian rupa. Sepatutnya pemimpin UMNO yang setia diberi keistimewaan kerana merekalah yang menaikkan pemimpin terbabit (Ketua Bahagian). Namun, kini mereka dianaktirikan pula. Jika ini cara berpolitik, tunggulah akibatnya dalam pilihanraya umum ke-13 nanti", kata mereka.
[Bila melihat kepada senario ini, maka hujjah yang mengatakan UMNO BN bertambah kuat dan PKR lumpuh di Indera Mahkota seperti yang diwar-warkan mungkin "memakan diri". Jika ramai ahli UMNO kecewa akhirnya bertindak mengundi pembangkang dalam Pilihanraya Umum akan datang, maka harapan untuk BN merampas kerusi parlimen Indera Mahkota yang diwakilik PKR itu pasti tidak mungkin menjadi kenyataan. Soalnya, kenapa harus ada tawar menawar dan janji-janji kepada mereka yang mahu "keluar parti"?. Apa cerita dengan ahli UMNO yang selama ini setia berjuang kepada parti itu sejak dulu kini dan selamanya?. Mereka yang bersusah payah berjuang tidak dilayan dengan baik, tiba-tiba ahli parti pembangkang yang keluar parti dan menyertai UMNO dilayan sedemikian rupa. Berita ini pasti akan dinafikan oleh pihak berkenaan, namun jika "tiada angin masakan pokok bergoyang". Maka, kepada ahli UMNO akar umbi beringatlah. Jika politik seperti ini diamalkan maka apa akan jadi kepada mereka yang sekian lama berjuang dalam UMNO].

skil lama tu pdo. asal kuar pkr je ada wang ringgit. carik la putar alam lain. pdo ni nampak alim dari luar, tp srupa papagomo jugak la......
BalasPadamTak payah lah hentam PDO. PDO menyampaikan / berkongsi perkara ni. Lagipun ada bukti daripada Facebook.
BalasPadamMemang sapa-sapa nak habuan dunia, lompatlah masuk UMNO BN APCO.