script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Rasuah "RM150", Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tidak Mengaku Salah!

KUANTAN, 23 Mac - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM150 bagi menyelesaikan dua kes saman JPJ. Mengikut kertas pertuduhan, P Prakash, 29, dari Kampung Jawa, Kuantan, didakwa menerima RM150 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menyelesaikan dua saman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Gunting Arif MZ, Cenderawasih, Kuantan pada 8 Jun 2010, kira-kira jam 2.25 petang. Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Shafinaz Shabudin. Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

[Simpati melihat nasib tertuduh, gara-gara RM150 beliau bakal didakwa dan boleh menerima hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika beliau didapati bersalah dalam kes ini. Soalnya sekarang di Malaysia, rasuah yang melibatkan "ikan bilis" terus diburu oleh pihak berkuasa. Sebaliknya rasuah yang melibatkan "ikan paus" terus dibiarkann berleluasa. Apakah amalan ini akan terus berkekalan hingga anak cucu kita di masa yang akan datang. Siapakah yang mengajar rakyat supaya terus bergelumang dengan amalan rasuah ini sebenarnya?. Rakyat sebenarnya sudah masak benar dan faham bahawa amalan rasuah ini adalah satu budaya dan tarbiyah songsang yang senantiasa diamalkan oleh parti pemerintah. Namun, beginilah nasib rakyat biasa dek kerana jumlahnya kecil sekali pun ada yang akan merana seumur hidup hatta yang terbunuh ketika disiasat oleh pihak yang berkenaan].
Share:

8 ulasan:

  1. PDO bukannya tak tahu RM150.00 tu boleh menyebabkan negara bankrap. Kalau rasuah melebihi RM500 juta atau berpuluh billion, negara tdk mungkin akan rugi. Sebab itulah kalau nak buat rasuah jangan sikit-sikit. Lagi besar lagi bagus. Kalau jumlah rasuah melebih jutaan atau bilion ringgit, itu tidak lagi tergolong sebagai rasuah. Perbuatan yang dianggap rasuah oleh SPRM ialah suapan yang kecil nilainya, kalau besar suapan itu, dengan sendirinya suapan itu tidak tergolong sebagai rasuah sebaba dengan jumlah itu, boleh diagih-agihkan kepada PM, Menteri-menteri, ketua bahagian, pengarah termasuk SPRM. Ada faham undang-undang Malaysia.

    BalasPadam
  2. PDO bukannya tak tahu RM150.00 tu boleh menyebabkan negara bankrap. Kalau rasuah melebihi RM500 juta atau berpuluh billion, negara tdk mungkin akan rugi. Sebab itulah kalau nak buat rasuah jangan sikit-sikit. Lagi besar lagi bagus. Kalau jumlah rasuah melebih jutaan atau bilion ringgit, itu tidak lagi tergolong sebagai rasuah. Perbuatan yang dianggap rasuah oleh SPRM ialah suapan yang kecil nilainya, kalau besar suapan itu, dengan sendirinya suapan itu tidak tergolong sebagai rasuah sebaba dengan jumlah itu, boleh diagih-agihkan kepada PM, Menteri-menteri, ketua bahagian, pengarah termasuk SPRM. Ada faham undang-undang Malaysia.

    BalasPadam
  3. Anwar nak bagi cikgu2 rm500 tu bukan rasuah ke?

    BalasPadam
  4. najib plak bg bukan rasuh ker? kuikuikui

    BalasPadam
  5. "Rakyat sebenarnya sudah masak benar dan faham bahawa amalan rasuah ini adalah satu budaya dan tarbiyah songsang yang senantiasa diamalkan oleh parti pemerintah".. adilkah pdo membuat dakwaan spt itu? sprm tu sapa yg wujudkan? pkr? dap? pas? @ kerajaan? dlm kerajaan negeri pakatan rakyat, bersih dari rasuah? isu penyangak pasir di selangor suci dari rasuah? ladang rakyat di kelantan, putih bersih dari rasuah? anak2 syarikat kerajaan negeri di kedah yg hampir padam memang telus dari rasuah? kalau kau berjalan tp senget sebelah, org kata ko cacat. klau menulis ttp x adil, org kata ko mereng. tidak bolehkah kuarkan artikel yg adil utk semua? ko nk lawan blog pro bn ke? 2 x 5 je ko ni!!!

    BalasPadam
  6. rasuah kecik ke besar ke...sama je haramnyer PDO oiii...jangan cakap ikut sedap mulut macam cibai jer..


    banteras rasuah nie macam mancing ikan...kadang2 dapat ikan kecik...kadang2 dapat ikan besar...tp biasanya susah dpt tnagkap ikan besar sebab ada org macam PDO ni...pandai cakap, pandai komen, pandai condemn dan menyalak bukit...mintak datangkan bukti dan jadi saksi di mahkamah, kecut pulak batu zakar tu...

    BalasPadam
  7. Selagi UMNO memerintah rasuah ikan jerung besar takkan didedahkan melainkan pemimpin UMNO berkenaan lompat parti.
    Bila sorang pemimpin UMNO lompat parti nescaya berbakul2 salahlakunya akan didedahkan.

    BalasPadam
  8. PDO ni dah la kote kecik, mati pucuk plak tuu

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Negeri Pahang, Seramai 671 Calon Berjaya Cemerlang Perolehi 'Straight A'

KUANTAN: Seramai 671 daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Pahang berjaya memperoleh kepu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.