ALOR SETAR, 22 Sept - Belanjawan 2013 bakal menyaksikan
beberapa pendekatan baharu dalam usaha meningkatkan kekuatan ekonomi
negara di samping memastikan kebajikan rakyat terbela. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (foto) bagaimanapun
enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun menegaskan kerajaan
akan terus menjaga kebajikan rakyat seperti sebelum ini. "Kita sedang memperkemas (belanjawan) di peringkat akhir... kita akan
mengetengahkan pendekatan baru demi kebajikan rakyat," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala
Kedah, dekat sini semalam. Dalam perkembangan lain, beliau meluluskan peruntukan RM100,000
kepada bahagian itu bagi membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum
(PRU). Beliau berkata bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini, usaha
perlu dilipat gandakan dan tumpuan perlu diberikan kepada pengundi
terutamanya yang pertama kali akan mengundi. Husni berkata, walaupun sudah banyak kali menghadapi pilihan raya,
kali ini semua pihak perlu berusaha lebih daripada yang pernah dibuat
dalam sejarah pilihan raya sebelum ini. "Bagi negeri-negeri di bawah pembangkang, kita kena kerja lebih kuat,
kena tawan balik kerana kita nak menuju kepada negara berpendapatan
tinggi, ini adalah hasrat kerajaan. "Jadi mesti pastikan semua negeri ikut proses yang sama, kita tidak mahu ada mana-mana negeri ketinggalan," kata beliau. BERNAMA
Wave of US-Israeli strikes hit key Iran sites
-
The strikes hit military bases, a cancer drug plant and a religious site.
51 minit yang lalu





