script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Himpunan Hijau Bakal Membuat Sekatan Di Pelabuhan Kuantan Untuk Halang Rare Earth

KUANTAN, 6 Sept - Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau berikrar untuk membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan sekiranya syarikat pelombong nadir bumi Lynas mula menghantar bahan berkenaan untuk diproses di lojinya di Gebeng. Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack (foto) memberi jaminan bahawa penghantaran itu tidak akan melepasi sekatan mereka. "Kami akan adakan keingkaran awam terbesar di negara ini dan mengumpulkan semua golongan. "Pelabuhan Kuantan tidak akan beroperasi selagi bijih berkenaan berada di situ," katanya. Kenyataannya itu timbul susulan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk meluluskan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) secara bersyarat semalam. Kenyataan AELB menyebut, mesyuarat lembaga itu pada hari Isnin lalu berbuat hati bahawa Lyna mematuhi semua aspek teknikal untuk lesen tersebut. Ia termasuk kaedah kawalan debu serta imobilisasi bahan radioaktif dalam residu, dan keperluan perundangan yang ditetapkan. "Lembaga juga ambil maklum bahawa Lynas telah buat komitmen untuk bawa residu Water Leach Purification (WLP) yang terhasil dalam projek LAMP keluar daripada Malaysia dalam bentuk produk komersial," kenyataan itu dipetik.


Bantahan rakyat terhadap projek Lynas langsung tidak diambilkira AELB
Sementara itu, kumpulan yang menentang operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas, Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas (SMSL) berkata mereka akan memfailkan injunksi di mahkamah untuk menghalang Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada loji di Gebeng, Kuantan itu daripada dikuatkuasakan. Seorang jurucakap SMSL memberitahu badan tersebut telah mengarahkan Peguam mereka supaya memfailkan injunksi berkenaan. Katanya, injuksi itu sekurang-kurangnya bagi membolehkan dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. Permohonan semakan kehakiman pertama adalah ke atas penganugerahan TOL kepada loji Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan satu lagi ke atas keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Ongkili yang menolak rayuan mereka. TOL berkenaan, bagaimanapun dikeluar oleh AELB kepada syarikat Australia itu. sumber

[Nampaknya, jika sekatan ini dilakukan maka sudah pastilah satu pertembungan yang maha dasyat antara NGO anti Lynas dengan pihak polis akan berlaku di Pelabuhan Kuantan nanti. Ini berdasarkan kepada kemarahan rakyat yang begitu kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) itu. Paling mengejutkan keputusan dibuat secara drastik ketika NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) baru memaklumkan bahawa lesen TOL akan ditangguhkan terlebih dahulu ketika perbicaraan terhadap dua permohonan semakan kehakiman yang mereka buat dibicarakan terlebih dahulu. Malah, lebih memusykilkan ialah persoalan tentang sisa buangan yang dikatakan akan dibawa keluar dari negara ini dengan dijadikan produk komersial. Sedangkan Lynas sudah membina beberapa buah kolam yang akan digunakan untuk kegunaan sisa buangan tersebut. Maknanya, ada sesuatu yang perlu diberi perhatian sebelum kelulusan diberikan. Rakyat kini semakin marah dan pasti akan terus perjuangkan isu ini terutamanya bagi masyarakat kaum Tionghua. Apapun, kita harap agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini semasa bantahan dan sekatan rakyat pada hari tersebut itu nanti].
Share:

10 ulasan:

  1. rakyat marah ke? kecewa ke?

    Saya penduduk Balok pagi ni tengok keadaan aman tenteram aje...

    yg sibuk2 nak marah2 ni adalah org2 yg ada kepentingan dan berbayar je kot..

    BalasPadam
  2. TOLAK LA PERKARA2 YG ADA UNSUR BAHAYA NIE..
    ORG. MELAYU KURANG MENGERTI PERKARA2 BEGINI..
    SIASAT SIAPA YG UNTONG..
    SIAPA DALANG YG AMBIK DUIT..
    PASTI ADA NEGRI PAHANG NIE..
    ..MELAYU, TOLONG BACA SINAR/BH HARI NIE..
    ..PRODUK PENDANT QUANTUM..SANGAT BAHAYA,.. ADA BAHAN RADIOAKTIF..!!
    SIAPA BANYAK BELI/PAKAI... MELAYU..!!
    KENA TIPU SAJA MELAYU NIE.. DAH BERTAHUN PRODUK TERSEBUT DIPASARAN...!!!
    ...LYNAS NIE... JANGAN SAMPAI MELAYU TERTIPU... SELEPAS BERTAHUN..!!
    FIKIRLAH MELAYU...............!!!

    BalasPadam
  3. Memang bahaya Lynas ni, kalau DAP dh kata bahaya sebab orang Melayu kena ikut telunjuk DAP.Kalau tak caya tengok Pas yg dulu mati kering nak buat Hudud dan Negara Islam tapi sekarang tidak lagi,kerana DAP kata tak boleh.Kalau selepas dapat nasihat DAP kita tak buat hudud tak apa,jangan macama Umno yg tak buat hudud kerana tak mampu,itu tak betul kerana itu bukan arahan DAP.hanya DAP yg boleh menentukannya.

    BalasPadam
  4. Orang Cina cari wang dgn berniaga,org Melayu pula bekerja makan gaji,tapi kalau dah ada peluang kerja macam ni,nak di sekat-sekat dengan alasan yg tak betul itu hasad dengki namanya.

    Sepatutnya kerajaan PR Selangor berusaha keras mencari industri yg berbahaya di Selangor bila beroleh kuasa,tapi aku tengok satu kilang pun tak dengar di tutup kerana berbahya.Aku bekerja di sebuah kilang di Kelang Selangor,ramai pekerja yg di hinggapi penyakit kulit kerana kilang di sebelah kami adalah kilang kimia.Bos kami dah buat lapuran pada MPK ,ahli Majlis dan alam sekitar,adalah mereka melwat tapi tak ada tindakan susulan pun.Kalau tempat orang puak PKR ni menyalak macam org gila.

    BalasPadam
  5. 2 anon diatas ni tak prihatin, dengki sangat dgn DAP, yang umporno siang mlm dok tipu melayu tak kesah, sibuk dgn benci DAP, DAP lebih baik drpd UMNO, MCA, MIC. Setelah di tarbiah oleh PAS, Dia org mudah faham, cuma pencacai macam anon diatas yg tak faham faham, awak tengok lah anak cucu awak akan kutuk awak krn anda salah seorg yg bersetuju dgn lYNAS.Org sibuk nak mintak batal dia sibuk dok marah DAP, berat awak awak ni.. kadar lah kediri.

    BalasPadam
  6. SEPATUTNYA LYNAS MENGUTAMAKAN PELUANG KERJA PENDUDUK TERDEKAT..
    jika ada penduduk terdekat memohon apa salah nya diambil terus mereka..kerana merekalah yang lebih berhak mendapat manfaatnya dari pelaburan ini..

    BalasPadam
  7. Aku setuju pendapat 7:31:00 PM..
    janganlah penduduk terdekat hanya diberi racun kebimbangan sahaja..tapi eloklah diberikan penawar pekerjaan untuk penduduk sekitar yang memohon kerja dengan lynas...
    mana tahu berkat doa penduduk sekitar pihak lynas juga yang mendapat rahmat dan manafaatnya..fikirkanlah wahai pengurusan lynas...

    BalasPadam
  8. Ye betul tu..janganlah banyak songel sangat wahai pihak lynas...

    BalasPadam
  9. Apa2 cerita pun... LYNAS memang selamat, diulang SELAMAT (S E L A M A T) Yang tak selamat ialah apabila ada makhluk2 durjana berwajah manusia seperti Anwar Ibrahim dan yang sewaktu dan seirama dengannya terus bermaharajalela dan berbuat onar di bumi Malaysia ini.

    Tak begitu?

    BalasPadam
  10. ish.. ramai lah penduduk tempatan yg bekerja dan dpt kontrak dgn lynas.. saya salah seorang dari nya.. org balok..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.