KUALA LUMPUR, 10 Sept - Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat malam tadi tidak membincangkan tentang kedudukan bekas Timbalan Presiden parti, Nasharudin Mat Isa. Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) berkata isu berkenaan tidak terdapat dalam agenda mesyuarat dan Nasharudin kekal dengan kedudukannya dalam PAS dan Majlis Syura. "Tak ada dalam agenda mesyuarat. Dia (Nasharudin) hadir mesyuarat dan masih jadi ahli Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat PAS, dekat sini. Hadi berkata tidak timbul persoalan atau masalah mengenai kedudukan Nasharudin dalam PAS atau Majlis Syura. "Tak timbul masalah...siapa yang timbulkan masalahnya," katanya. Menurut Hadi mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat biasa yang diadakan dua kali dalam sebulan oleh Majlis Syura. Mengulas lanjut beliau berkata mesyuarat pada kali ini adalah khusus bagi membincangkan tentang calon-calon pilihan raya yang wajib diluluskan Majlis Syura untuk memastikan setiap calon adalah berwibawa dalam Islam. Ditanya apakah Nasharudin akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau berkata: "Itu kena tunggu pilihan raya...termasuk saya sendiri tak tahu sama ada tercalon atau tidak. Beliau berkata mesyuarat kali ini juga memperlihatkan pihaknya menerima banyak calon-calon yang disenarai untuk bertanding. "Kita terima seberapa banyak calon..satu kawasan sampai tiga-empat calon pun ada tapi kita terima semua. "Itu terpulang kepada budi bicara PAS Pusat, negeri dan kawasan," katanya. Katanya, semua ahli Majlis Syura hadir ke mesyuarat yang selesai kira-kira pukul 11.00 malam itu kecuali yang uzur. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS lebih awal kira-kira pukul 9.15 malam. Isu kedudukan Nasharudin dalam PAS timbul apabila beliau meminta supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat itu dikaji semula.
[Satu tindakan bijak yang dilakukan oleh PAS terhadap kemelut yang melanda bekas Timbalan Presidennya itu. Keputusan yang dianggap sungguh mengejutkan dan pasti membuatkan mereka yang mahu Nasharuddin Mat Isa tinggalkan parti selepas dipecat seperti Dr.Hassan Ali nampaknya tidak kesampaian sekarang. PAS wajar menangani isu Nasharuddin ini dengan berhemah jika tidak mahu ia dijadikan modal pilihanraya kepada UMNO BN pada Pilihanraya umum ke ke-13 akan datang. Kini, segalanya terletak ditangan Nasharuddin sama ada mahu kekal berjuang dalam PAS atau sertai UMNO dan NGO berkaitan bagi meneruskan agenda perjuangannya untuk memartabatkan Islam dan Melayu di negara ini. Apa yang pasti tindakan PAS ini mengecewakan beberapa kerat penyokong UMNO yang sedang menunggu untuk menganggap Nasharuddin sebagai pemimpin hebar parti itu. Apapun, segalanya berkemungkinan dan sama-sama kita tunggu episod seterusnya].






pas pecat ust nasha- pengaruh ust nasha jd lebih kuat.
BalasPadamkalau ust nasha keluar pas join umno- otomatik
pengruh dia kurang la
Tak kira apa atau siapa, PAS tetap PAS (Parti Angguk Saja). DAP yang lebih berhak dan berkuasa tentukan halatuju PAS;.
BalasPadamTak begitu...?
Ust Nasha seorang yg tinggi ilmunya,sederhana dan berprinsip,jauh bezanya dari Mat Sabu, Mahfuz, Aby dan Aisyah.Sebagia seorang yg berilmu dan berprinsip sepeti Ust Nasha,biasanya mereka ini tidak megikut sesuatu itu secara membuta tuli seperti sebahgian ahli Pas yg lain.
BalasPadamAlhamdulillah,nampaknya pengaruh Ust Nasah tidak boleh di perkecilkan,itu lah sebabnya beliau kelihatan agak 'kebal'.Atau mungkin juga kes Dr. Hassan Ali sudah memberi pengajaran yg berguna kepada Pas.Ertinya bukan semua para ulamak dan cerdik pandai dalam Pas mengikut telunjuk Anwar dan Nik Aziz.
Ustaz Nasha tidak berani di sentuh,tetapi beliau agak rapat dengan kepimpinan negara kini terutamanya Najib dan Mahyuddin,mengapa beliau tidak di pecat seperti Dr.Hassan Ali,sedangkan Dr.Hassan tidak pernah pun bersama Najib di Maskkah dan tidak pernah juga menhadiri forum dan memberu ucaputama dalam forum yg secara indirectnya menentang Anwar.
BalasPadamIni tentu ada sesuatu yg tak kena.Mungkin majlis Syura ramai yg sealiran dgn Ust Nasha,hanya di luar majlis Syura saja yg sealiran dgn Anwar dan Nik Aziz.Dalam majlis syura ini di penuhi oleh mereka yg arif mengenai Islam.Jadi siap yg cinta kepada Islam fikir-fikirkan lah.
Saya tak pasti sama ada dua post di atas itu daripada ahli PAS atau sebaliknya. Namun kalaulah semua ahli PAS perpandangan terbuka dan lojik seperti itu InsyaAllah PAS akan lebih diterima.
BalasPadamDalam politik apa saja boleh berlaku, tiada pekara mustahil. Hari ini berkawan, esok boleh jadi musuh. Semalam jadi musuh, tapi hari ini jadi kawan.
BalasPadamIsu Nasharuddin Mat Isa jika dikekalkan bukan pekara pelik. Dalam sejarah parti PAS, ada beberapa pemimpin jadi pengkhianat ikut UMNO seperti Zul Kulim, Nakaie, Hassan Ali.... Ahli yang tinggal selamba saja tak ada yang nak bunuh diri kerana pemimpin mereka bersekongkol dengan parti UMNO.
Ahli PAS masih sayangkan Nasharuddin Mat Isa agar jangan jadi seperti pemimpin terdahulu yang dihalau dari parti. Tapi kalau perangai tak berubah, lepas pilihanraya nanti boleh dibicarakan lagi.
PAS memang berhak untuk melebel Zul Kulim, Nakaie, Hassan Ali sebagai PENGKHIANAT, tapi di mata majoriti rakyat Malaysia, mereka bukan PENGKHIANAT, malah PEMBELA AGAMA! Lagi satu, memperkecilkan kemampuan nama-nama seperti Zul Kulim, Nakaie dan Hassan Ali adalah satu kesilapan FATAL. Sendiri mau fikir la...
BalasPadamumporno ternganga..melopong tak ada isu nak di create, tetapi jenis busuk dah sampai kepala dan usus pun juga membusuk..sementelah lagi tiada pengikut yg cerdik maka mana mana yg boleh bersuara walaupun sumbang tetap mereka mencacai, mengampu membodek, memfitnah...darah daging katakan..tunggu lain isu takut PAS nak singkir mana2pemimpin mereka lagi. boleh buat isu..ABU!!!!!!!>
BalasPadamKalaulah PAS kua pakatan Dan bertanding Atas kapasiti parti PAS sendiri,utk bukan Islam kelab penyokong pas bole masuk bertanding..insya Allah sokongan utk PAS boleh diselamatkan..Pakatan itu dipayungi Zionist soros dan sbgnya..Mungkinkah Islam yg dipromosi PAS itu Akan Lebih baik?..Maka benarlah kate yahudi Zionist itu,Biarla org Islam yang membunuh Dan merosakkan agame mereka sendiri..tengoklah dunia sekeliling mesir: ikhwan vs military;Afghanistan : Taliban vs Kurdish;southern thai : pulo messacre( dah tak tau saper Islam,cikgu ,tok imam pun kene BOM)..semua islam same islam..lagi lame Dok situ,lg berat PAS..jangan tunggu anwar jadi mursyidul...:)
BalasPadam-IM-
Awang Luku cakap..
BalasPadamanon Monday September, 2012 11.07.00 am...
Ya! aku setuju sangat 1,000% cakap
otak kau.. lagi2 lah umno bn dengan
mca dan gerakan. Dulu di Pinang
umno menang 10 kerusi dan gerakan menang 8 kerusi.... umno kena jentik telor dgn gerakan terus sujud kpd gerakan bagi terus
kerusi KM P.Pinang!!
Ini kenyataan ... tak gitu?
Anon Thursday, September 13, 2012 4:14:00 PM
BalasPadamYa aku setuju 1000% cakap otak kau...
Tapi PAS kata UMNO tak baik... Kalau tak baik kenapa PAS pula terhegeh-hegeh ikut rentak UMNO.
PAS sah memang Parti Angguk Saja.]
Tak gitu?
Orang yg diluar jemaah PAS terlalu berlebihan dalam mengkritik sesuatu isu, sedangkan mereka tidak mengetahui perkara asas dan hanya mengkritik atas kapasiti menunjukkan mereka mampu bersuara.
BalasPadamInshaAllah mereka yg lebih dekat dgn Allah s.w.t akan terus dibantu.
Asas perjuangan pas bukanlah menerajui pemerintahan semata2. tetapi ia adalah suatu tuntutan dalam agama. Perjuangan mesti diteruskan walaupun sesusah mana pun, walau dikritik, dimaki hamun dan sebagainya syariat agama mesti ditegakkan.
-i love islam-