script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Lynas Corporation Mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom AELB Mengeluarkan TOL!

PETALING JAYA, 5 Jun - Lynas Corporation pada Rabu mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk Lynas Advanced Materials Plant (LAMP). Kilang menapis nadir bumi yang terletak di Gebeng, Kuantan dijangka memulakan operasi pada Oktober ini. “Menerima lesen daripada AELB merupakan satu kejayaan signifikan untuk Lynas,” kata Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis (foto). “TOL tersebut menyediakan pengesahan tambahan untuk keselamatan dalam operasi Lynas di Malaysia dan menyokong penilaian awal sebelum ini oleh pihak berkuasa untuk keselamatan radiasi, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bahawa LAMP adalah selamat dan mematuhi standard antarabangsa sepenuhnya", dakwanya. Curtis berkata, pengesahan kelulusan itu menunjukkan komitmen Lynas secara kuat terhadap keselamatan, kesihatan, persekitaran dan nilai kemasyarakatan. “Seperti semua pihak di Lynas, saya akhirnya dapat menjangkakan tentang keselamatan operasi di LAMP dan boleh untuk membekalkan produk kepada pelanggan kami", kata beliau lagi.

Lynas Di Beri TOL Andai Patuhi Syarat Tambahan


Sementara itu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengesahkan telah memutuskan untuk mengeluarkan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Lynas bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa dari 3 September 2012. Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat AELB dalam Isnin lalu. "TOL ini akan membolehkan Lynas sebagai percubaan mengilang bahan mentah pekatan lanthanid secara berperingkat dan terhad serta dikawalselia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa AELB," kata kenyataan Setiausaha Eksekutif AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (foto) hari ini. Menurutnya, AELB dalam mesyuaratnya pada 30 Januari 2012 telah memutuskan agar permohonan TOL syarikat Lynas (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lynas), diluluskan tertakluk kepada beberapa syarat. "Walau bagaimanapun, TOL tidak dikeluarkan kerana Lynas perlu mematuhi syarat tambahan yang dibuat di bawah Akta 304 dan perundangan subsidiarinya," tambahnya. Menurutnya, AELB dalam mesyuaratnya pada hari Isnin lalu, telah berpuashati bahawa Lynas telah mematuhi semua aspek teknikal, termasuk kaedah kawalan debu serta imobilisasi bahan radioaktif dalam residu, dan keperluan perundangan yang ditetapkan. "Lembaga juga mengambil maklum bahawa Lynas telah membuat komitmen untuk membawa residu Water Leach Purification (WLP) yang terhasil dalam projek LAMP keluar daripada Malaysia dalam bentuk produk komersial. "Sehubungan itu, Lembaga telah memutuskan untuk keluarkan TOL kepada Lynas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa dari 3 Sept 2012 sehingga 2 Sept 2014," katanya.

Ramai Pihak Persoal Tindakan AELB Lulus Lesen


Susulan kejutan drastik yang dibuat oleh AELB ini maka kini ramai pihak yang kecewa sebenarnya. Malah ada diantara mereka yang mempersoalkan keputusan tersebut dengan mengatakan AELB tidak mengambilkira pandangan rakyat dalam meluluskan TOL tersebut. "Adoiii benggongnya la...orang bukan duk pertikaikan operasi tu...keselamatan operasi tu boleh dikawal...orang pertikai sisa buangan tu..adakah lynas sanggup bawak keluar sisa tu dari malaysia dan ianya termasuk dalam syarat-syarat kelulusan lesen tu? Setakat komitment sape boleh cakap bro, Ada black n white ke tak? Kalau tak ada jangan nak tipulah bro...ini bukan zaman dukun tonggek lagi bro", kata Almizar Ar pada ruangan komentar di Malaysikini tentang isu berkenaan. Bagi Raja Mohd Shahrin pula beliau mendakwa "Kalau baca statement dari AELB tu cukup sempurna..siap dgn hujah rekaan sendiri yg cuba menyakinkan keputusan utk meluluskan lesen sementara setelah mengambilkira semua aspek.... kecuali bantahan rakyat..... pada aku apa-apa tindakan atau keputusan.. yg paling penting sekali adalah pandangan dari rakyat... dan jika membelakangi suara rakyat itu, maka kerajaan mendengar suara siapa.. anda boleh fikir-fikirkan.......". Mahathir Razak pula berkata "buat masa ini kita tak boleh buat apa2 tindakan tapi kita boleh fokus kepada individu2 terlibat seperti pegawai yang beri lesen, pegawai polis yg beri arahan terhadap sesuatu yang dianggap salah dari tata tertib dan sebagainya". sumber

[Keputusan yang pasti mengecewakan majoriti besar rakyat Kuantan yang membantah projek ini sebenarnya. Namun, sudah pasti AELB punyai alasan tersendiri untuk mengatakan loji tersebut selamat. Persoalannya, apakah rakyat boleh terima masa depan anak cucu mereka berada dalam risiko akibat kilang tersebut?. Selamat bukan bererti tiada risiko yang akan berlaku. Banyak projek-projek kerajaan termasuk bangunan, jambatan, jalanraya dan sebagainya mengalami masalah selepas beberapa tahun ia disiapkan atau pun digunakan. Pada awalnya memang benar keselamatan telah dikaji oleh pakar-pakar yang berkaitan. Namun, akhirnya risiko tetap akan berlaku. Itu kepada projek yang jelas tiada risiko dipermulaannya. Namun, projek Lynas diketahui akan membawa masuk bahan mentah rare earth yang sudah termaktub dalam sejarah dan diakui oleh masyarakat antarabangsa sebagai bahan berbahaya untuk kesihatan manusia. Sisa buangan bahan tersebut sukar untuk dihapus dalam tempoh yang lama dan sudah pasti ada risiko akan ditanggung oleh anak cucu kita. Oleh itulah rakyat bangkit menghalang projek berkenaan. Namun, kini TOL sudah diluluskan dan apakah rakyat akan berdiam diri melihat risiko yang berada dihadapan mereka?. Sanggupkan sebuah kerajaan yang dahulukan rakyat biarkan mereka itu hidup dalam risiko?. Inilah yang dipertikaikan rakyat!].
Share:

2 ulasan:

  1. INI LAH PADAH NYA KALAU , TANGAN KANAN DAH TERAMBIK DUIT...GAKNYA!!
    MINTA SIASAT BETUL2... ADE KE UNSUR2 RASUAH.. KALU DESAK SANGAT NAK OPERASI NIE, SUSAH TENTU ADE UNSUR2 RASUAH..!!
    DUIT DAH KEBAS..
    PROJEK MESTI JALAN LA....
    KUASA RAKYAT PENTING.. RAKYAT DIDAHULUKAN... KALU RAKYAT TAK SUKA, TUTUP LA...

    BalasPadam
  2. maklum kan kpd org yg tak kisah ke kesejahteraan ummah. meraung lah mcmana pun kalu jenis pekak berhasil inilah contoh nya..dengar lah keluhan org ramai, jgn dok pikir pitis je..ini bukan masaalah parti, nanti yg merana bukan PR je umporno yg banyak di balok dan kuantan ni.. akhirnya yan merana awak me.. juga, sesal dahulu banyak dapat sesal kemudian nanti merempat.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.