[Para penduduk Kg.Pagar Sasak dekat Kuala Lipis kecewa dengan sikap Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang masih gagal menyediakan kemudahan air kepada mereka walau pun sudah hampir setahun ia diswastakan. Janhi hanya tinggal janji dan langsung tidak ditepati selepas dengan apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Projek Bekalana Air Luar Bandar (BALB) dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar itu sepatutnya sudah disiapkan, namun hingga kini penduduk masih menagih janji daripada pihak terbabit. Parlimen Lipis diwakili oleh wakil rakyat dari UMNO Barisan Nasional sejak sekian lama, namun ternyata mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad dalam laman sembang sosialnya selepas berkunjung ke lokasi terbabit baru-baru ini. Diharapkan pihak PAIP dapat mengotakan apa yang dijanji dan jangan tunggu sehingga Pilihanraya Umum ke-13 akan datang untuk membuat janji-janji kepada rakyat. Justeru rakyat diminta menilai segala retorik politik yang dimainkan oleh UMNO terhadap isu air di Pahang ini sebelum mereka memberi undi kepada parti terbabit pada PRU-13 nanti. Pahang berbangga untuk menjual air ke Selangor tetapi rakyat sendiri menderita masalah air mereka biarkan tanpa pembelaan. Maka rakyat digesa buat perubahan untuk mengajar BN pada pilihanraya umum nanti. Jom lakukan perubahan demi masa depan anda!].
Navigating healthcare remains a challenge despite wide access, says expert
-
Malaysia’s healthcare system is widely accessible, but many patients are
confused over where to seek treatment and how to make informed decisions.
Sejam yang lalu






gajah depan mata x ..... ini lah akibat nya kalau negeri PR, sampai celah kangkang nak di selak nya.. ini lah manusia umporno, kpd pimpinan PR bongkar dan terus bongkar, negeri yg darul makmur tetapi rakyat nya merana, buktikan bahawa janji mereka telah di capati...
BalasPadamJawapan standard:
BalasPadam(1)kami masih dalam proses melantik kontraktor
(2)peruntukan tahun ini telah habis, kena peruntukan tahun depan
Sebab sebenar
(1) tak dapat kontraktor yang boleh bagi komisyen lebih
(2) lupa nak hantar kertas kerja.
mana-mana daerah dalam pahang ni sama je masalah airnye.. PAIP kan....
BalasPadam