script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Penduduk Dapat "Kebenaran Cabar Keputusan" TOL Lynas!

KUANTAN, 11 Sept - Sepuluh penduduk Gebeng dan Kuantan gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Bhd di Gebeng, Pahang. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, mempengerusi panel tiga anggota, memutuskan penduduk berkenaan perlu terlebih dahulu merayu kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung pemberian TOL kepada kilang Lynas sebelum membawanya ke mahkamah untuk memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar pemberian TOL. Beliau berkata, tiada peraturan tetap berhubung bila penduduk berkenaan perlu berbuat sedemikian (merayu kepada menteri). Katanya, Mahkamah Rayuan tidak terpengaruh dengan keadaan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rohana Yusof telah terkhilaf semasa memutuskan menolak permohonan kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar pemberian TOL yang dikemukakan oleh penduduk berkenaan. "Selepas membaca Seksyen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984, Mahkamah Rayuan berhak untuk menentukan bahawa perayu-perayu (penduduk) perlu terlebih dahulu merayu (kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)," kata Ramly semasa menolak rayuan penduduk atas satu-satunya alasan iaitu mereka perlu terlebih dahulu mengemukakan rayuan kepada menteri berkenaan. Beliau berkata, terdapat fakta tertentu yang perlu disahkan oleh pihak-pihak yang hanya boleh dilakukan oleh penduduk dengan mengemukakan rayuan kepada menteri. "Ini bagi memastikan isu-isu dijelaskan dan boleh diselesaikan secara muktamad dalam semakan kehakiman dan bukannya berupa pertikaian fakta dan dakwaan," kata Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Anantham Kasinater.

Panel itu memerintahkan kedua-dua pihak menanggung kos perundangan masing-masing. Penduduk terbabit merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang pada 12 April tahun ini menolak permohonan mereka untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan AELB memberikan TOL kepada Lynas pada 30 Januari tahun ini. Hakim Rohana memutuskan permohonan penduduk berkenaan bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman masih terlalu awal kerana mereka masih belum menggunakan sepenuhnya hak mereka termasuk merayu kepada menteri sebelum mereka memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman. Dalam permohonan kebenaran mereka, penduduk berkenaan menamakan AELB yang memantau pengeluaran, aplikasi dan penggunaan bahan tenaga atom dan radioaktif, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai responden. Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan AELB mengeluarkan TOL kepada Lynas. Mereka juga memohon perintah injunksi melarang AELB daripada keluarkan sebarang lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan kilang itu terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan sehingga laporan diluluskan.

[Kesemua 10 penduduk itu diwakili peguam Tommy Thomas dan K. Shanmuga. AELB dan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar diwakil Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail manakala Lynas diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Thomas, dalam hujahannya di mahkamah sebelum itu berkata Hakim Rohana telah membuat keputusan peringkat lebih tinggi apabila tidak membenarkan permohonan kebenaran itu. Abraham, dalam hujahnya pula berkata, permohonan penduduk berkenaan boleh bersifat akademik atas hakikat mereka masih belum menggunakan hak mereka untuk merayu kepada menteri. Di luar mahkamah, Shanmuga memberitahu pemberita yang beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan. Keputusan yang memang di duga!].

Share:

4 ulasan:

  1. dah takde bukti puak anti lynas ni..nak kata tak selamat takde plak yang puak anti lynas ni bukti kan..sekadar cakap jer boleh la..kalau kandang babi cina buat takde plak orang nak bantah..

    BalasPadam
  2. bukti hanya akan ada selepas kilang tu beroperasi. masa tu dah bukan beras lagi, tapi dah jadi bubur...

    BalasPadam
  3. ape ler lu bro Anon 1:35.. kalau gitu satu benda tak leh buat kat dunia ni..

    BalasPadam
  4. Anon, Wednesday, September 12, 2012 1:41:00 PM

    Fakta dah banyak yang diberi. Contoh pun dah banyak. Tidak kurang juga case study. Termasuk juga dengan pendirian kerajaan Australia berhubung sisa dari LAMPS. Kenapa kita tak nak buka minda, fikir diluar rangkuman politik. Apa akan jadi pada anak cucu kita nanti. Contoh terdekat Bukit Merah. Kemana janji2 yang ditabur pengeusaha kilang terbabit? Dimana SOP yang mengatakan tidak akan memudaratkan kawasan sekitar dan penduduk setempat? Apa pampasan yang diterima oleh mereka yang terjejas? Berbaloikah pampasan tu berbanding dgn apa yang telah mereka alami? Banyak yang perlu kita rungkaikan. 1 perkara yang paling aku tak puas hati, bila kerajaan Australia sendiri tak mahu menerima sisa dari LAMPS..! Kenapa..?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.