KUANTAN, 3 Sept - Polis telah mengenal pasti salah seorang daripada dua suspek yang terlibat dalam kes samun empat kedai serbaneka di Semambu Baru, Bukit Pelindung, Setali dan Kubang Buaya di sini pada Selasa lalu. Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff (foto), lelaki berusia 22 tahun dan berasal dari Taman Balok Makmur di sini, dipercayai masih berada di bandar ini. Katanya, polis memperoleh maklumat identiti mengenai suspek selepas menemui beg pinggang yang tercicir di tempat kejadian ketika dia bersama seorang rakannya terperangkap di jalan mati ketika melarikan diri daripada polis. "Dalam kejadian di Semambu Baru, suspek melarikan rokok dan wang manakala di Bukit Pelindung mereka melarikan wang bersama dua telefon bimbit milik pekerja kedai serbaneka. "Kes samun di kedai serbaneka di Setali dan Kubang Buaya pula, suspek melarikan wang sebanyak RM109.95 bersama telefon bimbit dan kad tambah nilai RM60," katanya di sini kelmarin. Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Akhbar sebelum ini melaporkan dua lelaki bersenjatakan pisau Rambo dan pisau pemotong sayur bertindak menyamun empat kedai serbaneka pada Selasa lalu antara pukul 5.00 hingga 6.30 pagi. Dalam kejadian itu, suspek melarikan wang tunai, dua telefon bimbit dan sebungkus coklat mengakibatkan kerugian RM500.
[Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak polis Kuantan kerana berjaya mengesan penjenayah yang kini semakin terdesak untuk melakukan kegiatan tersebut. Orang ramai perlu lebih berhati-hati dengan penjenayah yang kini seolah-olah sudah tidak takut lagi kepada undang-undang. Bayangkan mereka sanggup menyamun dan merompak hanya untuk mendapatkan wang yang kecil jumlahnya. Bila dalam keadaan terdesak, apa saja boleh berlaku. Harapan kita agar pihak polis dapat mengesan penjenayah terbabit dengan segera untuk dibawa ke muka pengadilan. Rakyat perlukan kerjasama polis dalam menangani jenayah yang kini semakin berleluasa sebenarnya. Semoga kita dapat terus hidup dalam keadaan aman dan selesa hendaknya. Hapuskan jenayah demi masa depan].






Agak-agak kalau beg pinggang tu tak tercicir, boleh sesenang itu ke polis mengesan si budak celaka tu! Sdr PDO, tak perlu lah nak bodek dengan ucapan tahniah.
BalasPadam