ALOR STAR, 2 Sept - Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong dekat sini. Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam Masjid Al Husin. Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah. Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato' Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau. Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
[Apa sudah jadi dengan undang-undang negara kita agaknya. Kini, pihak yang bertindak kasar begitu bebas dan sewenang-wenangnya boleh menggunakan kuasa mereka untuk memberi tekanan kepada pihak lain. Semoga insiden ini dapat disiasat oleh pihak polis dan mereka yang sengaja mencetuskan keadaan yang huru-hara seperti ini perlulah dibawa ke muka pengadilan dengan segera, Biar mereka tahu keperluan untuk saling hormat menghormati diantara satu sama lain. Kejadian yang berlaku ini menunjukkan politik negara kita kita sudah semakin tenat. Amalan budaya samseng kini menular dan seolah-olah dibiarkan oleh pihak berkuasa. Justeru, semua pihak digesa lebih berhati-hati mulai sekarang. Kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini akan terjadi kepada mana-mana pihak selepas ini hendaknya. Jadilah kita rakyat Malaysia yang lebih berhemah].






Semakin lama tarikh pilihanraya ke 13 ditunda, semakin tenat hidup pemimpin UMNO Baru dibuatnya. Tiada ada yang menyenangkan melainkan semua yang ditimbulkan menyakitkan hati ramai pihak.
BalasPadamBerita terbaru yang dihidangkan pada kita ialah PERKASA Kedah menjadi penguatkuasa agama mengganggu secara kasar dan biadap terhadap Anwar Ibrahim memberi takzirah dalam masjid.
Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, disamping membaling kasut kedalam masjid. Alasan mereka berbuat demikian kerana Anwar tidak diberi tauliah untuk membuat takzirah dalam masjid itu.
Apakah kita sebagai rakyat yang beragama islam boleh menerima alasan itu yang berupa matlamat menghalalkan cara ?
Kalau Anwar tidak layak memberi takzirah maka orang sepatutnya menghalang perbuatan itu adalah orang dari jabatan agama dalam negeri tersebut kerana mereka yang mengeluarkan surat kebenaran pada individu yang mahu melakukan kerja seperti itu bukan NGO Perkasa.
Persoalannya sejak bila Perkasa Kedah mempunyai surat pengesahan atau tauliah jadi penguatkuasa agama yang kurang ajar mengganggu mangsa sehingga sanggup membaling kasut kedalam masjid ?
Ibrahim Ali patut tampil kehadapan memberi penjelesan mengapa PERKASA berkelakuan seperti samseng seolah-olah kumpulan ini sebagai pemula untuk mencetuskan perang saudara dalam negara, atau ini memang niat sebenar kamu....?
Semuga anggota polis Malaysia tidak makan terlalu banyak rasuah dari pemimpin UMNO Baru sehingga kami melihat kamu sebagai baruah haramjadah.
Anon Monday, September 03, 2012 3:13:00 PM...
BalasPadamKalau ternyata tikus-tikus AMK yang membuat onar dan provok dengan menyamar dan bertujuan untuk MENGKAMBINGHITAMKAN pihak lain, apa anda akan cakap?
Siapa yang berlaku bangsat, biadap dan bacul dengan memijak gambar PM dan menghina JALUR GEMILANG?
Orang macam anda sebaiknya dilahirkan dengan tanduk dan siung biar orang dapat menilai anda siang-siang. Anda umpama ayam jantan yang kokok berderai tapi tak sedar ekor penuh bergelumang tahi.
utk anon, hang ni macam kurang cerdik
BalasPadamada otak tak boleh fikir, cuba tengok perangai budak kencing gambar pemimpin pembangkang apa tu bukan biadap , tu lah asyik dok makan suap pihak umporno bodoh sampai ketua ,he he he he jangan mare nanti kena juai
Itu pijak gambar tue memang biadap..mintak jgn lok gok skali ni..sebab ni maruah..hak civil MU..memperthankan maruah..Dalam Islam ader 3 perkare yg diharamkan sesame Islam as Muslim: pertama darah saudara kamu(membunuh);Kedua maruah saudara kamu(mengaibkan) Dan ketiga : harta benda(mencuri dll)..ader juga yang lebih keras,menyatakan bahawa,Islam atau tidak Islam sesorang itu apabile didasarkan pade perkare diatas..Bergantung kepada anda mentakrifkannya.Nie dah matlamat menghalalkan care..bukan Islamik..ni komunis.
BalasPadamTapi Di zaman Rasulullah dahulu,dikisahkan searing perempuan yahudi yang selalu melayakkan kace atau halangan pada Laluan Baginde ke masjid..kemudian bile orang itu sakit,Rasulullah melawat perempuan itu.Itulah contoh.
pasal cynide tue,Orang melayu Islam Pas tu ikut jer la DAP buat Mende..kalu yer bowok Babi sekor,mesti gi amik gambor tepi..buat jari peace (v).Kalu pokcik2 tu habis nafas situ..agok2 set DAP tu leh sila buat tahlil or sedekah alfatihah..tok kang tadok pemimpin Islam yang boleh memimpin orang melayu Islam ini..Agok2,kalu malaikat tanyer."MU mati maner?,yer jawab" saye tengah berjihad dgn DAP pasal cynide..bahayer boh"..
Kiter ader ilmu,akal,waras Dan Al Quran as guidance.Tak perlu ahli politik or saper2 nak suruh kiter buat aper or control kiter..kiter boleh buat keputusan dalam hidup kiter.Contoh Rasulullah dah ader..Sapa yang ader sifat siddiq,Amanah ,tabligh Dan Fatanah..bole kiter sokong..peduli aper party..
Yang umno punyer penasihat media pun bodo,2 hari takdok beriter dalam tv pasal opponent party..kan best..pasal merdeka Dan good economy and more investment.kan bagus.TuTUP terus pasal pembangkang nie.THE MORE U SEE,The eyes will believe.Biar jer lah org bace blog jer kalu dia nak tau..paling kuat 1000 org bace bloq.100000 or million people watching tv..MU nak citer pasal org pijak gambar,but the citer org kampong.."tengok orang benci belake ke najib,".Mu ceritalah guane pung,akhir zaman ini fitnah itu adalah kebenaran..Bukan fakta..Islam is pada name and pioh ..Ceritakan kebaikan yang yang MU bole bagi aktiviti politik,social,economy..spoil u punyer campaign.
Tengok zaman mahadir dulu,jangan harap beriter pembangkang kuar tv ker suratkabor utama.For 30 years he is stick as pm..kalu org pandai cakap,memang Dok pandai buat keje..penasihat mesti bijak,bukan hire unta padang passer..ente dapat najis la..
kalu ok nahan ikan kat jerantut lipih nun,orang tahan buluh,susun rapat2..ikan tu menyusur ikut buluh menghale ke jaring..masuk ke Sauk belake..ader ok buat platform terus,ikan meluncur jer naik..kutip ngan tangan teruih...kan senang..unta betul itu penasihat.
-IM-
Konfius aku dengan puak polis nih. Depa tuh Polis Negara Malaysia ke atau polis Kerajaan UMNO..?
BalasPadamTolong bagi jawab sape-sape yang arif bab nih...
Selamat Hari Raya kepada Penyokong Pakatan Rakyat hususnya para pemimpin mereka dari PAS, DAP dan PKR. Aku dah jatuh simpati pula kepada DSAI yang sentiasa gigih menongkah arus perjuangan mengembalikan maruah rakyat dan negara.
Aku sedang pertimbang secara serius nih, pihak paling layak perintah negara. Bagi aku UMNO dan BN makin kabur dan celaru.
Apapun tunggulah bubar parlimen dulu.
Anon Monday, September 03, 2012 8:50:00 PM...
BalasPadamOrang kencing gambar ngko marah. Tapi DAP siang-siang kencing muka pemimpin pujaan hati engko Nik Aziz, Hadi Awang dan Mat Sabu kenapa ngko orang buat senyap je?