script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tuan Ibrahim, Kerjasama Pakatan Rakyat Pahang Kondusif Dan Padu Hadapi Pilihanraya Umum Ini

TEMERLOH, 5 Sept - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang (MPPRN) menegaskan bahawa kerjasama di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang berada dalam suasana sangat kondusif dan padu. Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, penegasan tersebut dibuat ekoran cubaan beberapa media yang cuba memesongkan persepsi awam bahawa kononnya hubungan di antara parti komponen PR Pahang berantakan ekoran beberapa isu dalaman khasnya berkaitan pembahagian kerusi di peringkat negeri. “Sehubungan dengan itu MPPRN Pahang menyeru dan menasihatkan semua kepimpinan mahupun ahli-ahli daripada PAS, DAP dan PKR tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara berbangkit khususnya mengenai proses pembahagian kerusi. “Sebagai petugas parti kita akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat pimpinan tertinggi,” katanya semasa sidang media khas melibatkan pemimpin tertinggi PR Pahang di bangunan PAS Pahang di sini. Berikutan itu Tuan Ibrahim menyeru semua ahli memberikan mandat dan keyakinan penuh kepada kepimpinan PR untuk menyelesaikan perundingan kerusi dengan semangat muafakat yang telah terjalin baik. Berkenaan pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, beliau menyeru kepimpinan dan ahli-ahli PR di semua peringkat berusaha bersungguh-sungguh di semua kawasan bagi tingkatkan sokongan dan keyakinan daripada semua lapisan masyarakat.


Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang bergambar selepas sidang media selesai
[Turut hadir Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha DAP negeri Choong Siew Onn serta anggota harian Badan Perhubungan PAS Pahang. Sidang media khas diadakan berikutan laporan negatif beberapa media yang cuba melaga-lagakan kenyataan pemimpin PKR dan DAP negeri ini berkaitan tuntutan bertindih beberapa kerusi negeri ini yang diserahkan keputusannya kepada Majlis Presiden PR. Negeri Pahang sebelum ini dianggap penganalisis politik antara tiga negeri kubu kuat BN dan kekal kepada parti itu selain Johor dan Melaka, namun berdasarkan senario terbaru keputusan tersebut boleh berubah pada PRU akan datang]. sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.