script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Di Gesa Pantau, Projek Kabel Fibre Optik Di "Sepanjang Jalan Lama" Kuantan Ke Gombak !!

KUANTAN, 12 Sept - Orang ramai terutamanya para penduduk yang tinggal di kawasan sepanjang jalan lama Kuantan ke Bentong menggesa kerajaan memantau kerja-kerja projek pemasangan kabel "fibre optik" yang menimbulkan masalah besar kepada mereka. Difahamkan, projek tersebut telah dilakukan oleh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Walau bagaimana pun, kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak terbabit dilihat tidak profesional dan jelas telah melanggar syarat yang telah ditetapkan serta menyusahkan para penduduk terbabit. Tambah mengejutkan terdapat laporan ada beberapa kerja yang dilakukan itu jelas menyalahi undang-undang malah ada kerja-kerja dijalankan itu diragui tidak mendapat kebanaran tidak mendapat permit yang sah daripada pihak berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Keraja Raya (JKR) dan Jabatan Parit & Saliran (JPS). Menurut seorang penduduk yang menghubungi kami berkata antara masalah yang dihadapi mereka ialah kerosakan bahagian pinggir atau tepi jalan menyebabkan kesukaran kepada pengguna jalanraya terutamanya motosikal dan basikal. "Kesan lain pula ialah penempatan barang-barang dan peralatan pihak kontraktor terbabit berselerak dan tidak teratus dibahagian pinggir jalan boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna dan orang kampung. Malah juga didapati pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja pemasangan tidak mengikut peraturan dan prosedur yang telah digariskan contohnya tiada lampu keselamatan untuk kerja-kerja waktu malam, penempatan kon-kon lalulintas tidak mencukupi dan pekerja-pekerja juga terdiri daripada warga negara asing (Bangladesh dan lain-lain negara)", katanya.


Jalan tidak diturap dengan baik selepas kerja tanam saluran kabel dilakukan

Kerja di jambatan lama Temerloh (Sg.Pahang) ini dipercayai tiada kebenaran

Paip fibre optik menumpang di atas jambatan, apakah ia mendapat kebenaran?

Difahamkan melalui pertanyaan yang telah diajukan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab didapati pihak kontraktor terbabit tidak pernah memohon sebarang permit kerja bagi menjalankan operasi terutamanya memalui sungai-sungai utama di Pahang seperti di Temerlog, Bentong dan sebagainya. Malah kerja berkaitan dipercayai tidak mengikut spesifikasi yang sewajar oleh pihak berkaitan termasuk Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Maka itu adalah diharapkan agar pihak bertanggungjawab turun padang memberikan perhatian yang serius ke atas permasalahan ini. Malah, penduduk sememangnya amat mengalukan kerajaan membekalkan sistem telekomunikasi yang tercanggih di abad ini (fibre optik), namun pembangunan itu biarlah tidak memberikan masalah kepada penduduk setempat. Jika tidak ia pasti akan menyebabkan mereka membantah dan ia boleh menyusahkan pihak kontraktor yang berkenaan. Rakyat didahulukan, maka kerajaan digesa mengambil berat isu ini demi keadilan kepada semua pihak hendaknya.

Paip saluran kabel itu menganggu taman permainan kanak-kanak di Mentakab

Pelebaran jalan, kerja tidak wajar dilakukan di jambatan Sg.Bintang (Maran)

[Ramai penduduk kita mengesyaki ada berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa antara pihak kontraktor dan jabatan berkaitan. Ini berdasarkan kepada kerja-kerja yang tidak mengikut spesifikasi dan prosedur yang sepatutnya. Persoalannya, kenapa pihak jabatan terbabit boleh tidak sedar perkara ini. Atau mungkin mereka sengaja pejam mata "tidur" kerana ada "pengeras" sudah masuk ke kantung masing-masing. Pihak berkuasa digesa menyiasat dakwaan ini kerana rakyat melihat dan ingin tahu. Malah, difahamkan ada beberapa orang penduduk mahu membawa kes ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membongkarkan perkara ini. Amatlah tidak wajar, pihak yang bertanggungjawab menjalan kerja sesuka hati mereka tanpa merujuk kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan sendiri. Kita tidak mahu isu ini dijadikan "modal politik" oleh pihak pembangkang yang akhirnya menyebabkan rakyat menolak UMNO BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Harapan kita agar tidak ada unsur-unsur rasuah dan korupsi terhadap projek ini. Namun, segalanya terletak dibahu kerajaan sama ada ingin menyiasat atau tidak (berdiam diri) serta melihat kerakusan pihak terbabit meneruskan projek tersebut].
Share:

3 ulasan:

  1. Terpandang gambar jambatan Kg. Bintang Maran tu.. Cuba amik plak gambar Bulatan pelik kat Tunas manja Maran. Tak sempurna dan menyusahkan. Pengguna ikut suka hati nak masuk dan parking ikut mana sampai atas laluan bulatan pun depa parking. Try le tengok

    BalasPadam
  2. lama2 baisalah dgn bulatan tu, nanti papan tanda pasang kot...kt kl / lembah klang dah byk dah bulatan tu,,tak de masalah pun,,,ok jer,,,ade bulatan lg bagus bro!

    BalasPadam
  3. Anonymous, Thursday, September 20, 2012 10:24:00 AM. Kita buat sesuatu mesti kaji dulu bukan buat dulu baru nak kaji. Kene tgk dulu isunye. Bulatan disebelah ruang parking menyebabkan jalan sesak sampai tengah bulatan. Isu BUlatan Maran ni senyap sunyi takde tindakan susulan. Benteng pembahagi jalan dipasang tinggi melindung penglihatan. Tak sempat siap projek benteng dirobohkan semula.. apa ke halnye Yeop.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.