script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu 'Bayaran Kembali' Potongan Bantuan Tanam Semula Getah (SES) Kerajaan Akhirnya Bersetuju Timbang Tiga Pilihan Buat Para Peneroka Felda !!

JENGKA, 27 Feb [9.46 pm] - Kerajaan akhirnya bersetuju memberikan pertimbangan khas berhubung pembayaran balik wang potongan bantuan tanam semula getah (SES) kepada 7,800 peneroka yang melibatkan 28 Felda di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (foto) berkata, peneroka diberi tiga pilihan berhubung pembayaran balik wang SES berkenaan. "Berdasarkan kepada rayuan yang dibuat oleh mereka, maka setelah berbincang mengenai perkara ini, kita ambil keputusan untuk beri mereka tiga pilihan. "Pada masa ini memang tak ada bayaran SES yang kita beri kepada mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi Felda Jengka 25, hari ini. Menurut Najib, tiga pilihan berkenaan ialah pertamanya peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan. Sementara pilihan kedua ialah peneroka akan mendapat separuh iaitu sebanyak RM6,500 manakala jumlah BK ialah RM500 sebulan. "Kalau mereka tak nak tuntut apa-apa, mereka hanya bayar balik BK mereka RM400. Saya fikir inilah bentuk penyelesaian yang sebaik-baiknya. Kita serah kepada peneroka untuk buat keputusan," katanya. Kutipan wang SES diurus oleh Risda melalui jualan hasil getah. Ia digunakan untuk biayai kos pembangunan tanam semula yang didahulukan oleh Felda, sama ada tanaman dari getah ke getah atau pun getah ke sawit.


[Satu tindakan yang dilihat agak terdesak dalam mengambil semula hati para peneroka agar menyokong kerajaan UMNO BN sekarang ini. Isu bayaran kembali ini sudah berlarutan agak lama dan sepatutnya Felda sudah membuat tindakan sejak awal-awal lagi, terutamanya kepada mereka yang taman semula sendiri. Tapi anehnya ia ditahan, sedangkan potongan tersebut telah dibuat setiap bulan daripada hasil pendapatan peneroka sendiri. Kini, apakah wajar Najib membuat pengumuman tersebut ketika Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Kita takut, peneroka memberontak dan mengatakan ia hanya satu
"trick" untuk memancing undi mereka. Apapun, tawaran tersebut wajar disambut baik juga oleh peneroka. Lebih elok dapat daripada terus menunggu "bulan jatuh ke riba". Tahniah ANAK kerana turut memperjuangkan isu ini. Akhirnya ia menjadi isu pilihanraya yang perlu ditangani oleh kerajaan itu sendiri. Cuma, harapannya agar peneroka membuat keputusan bijak dan pilihan yang tepat. Janganlah terpengaruh dengan dakyah atau hasutan yang boleh membawa keburukan kepada diri sendiri. Buatlah perubahan mulai sekarang untuk kebahagiaan hari esok].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.