KUALA LUMPUR 16 Feb [8.40 am] – Seorang bekas pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya dia telah diliwat walaupun dalam borang protokol perubatan (pro-forma) menyatakan ‘cubaan meliwat’. Dr. Khairul Nizam Hassan (foto) yang kini bertugas di Hospital Putrajaya juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak pada sebarang masa menyatakan bahawa terdapat ‘cubaan seks oral’. Beliau bagaimanapun berkata, pemuda itu ada memberitahu bahawa dia telah diminta untuk melakukan seks oral dan berikutan itu terdapat spesimen diambil daripada mulut pengadu berkenaan. Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam pemeriksaan semula mengenai aduan utama oleh Mohd. Saiful Bukhari, menurut saksi tersebut, aduan utama pemuda itu adalah dia telah diliwat. Nordin: ‘‘Adakah dia menyatakan oleh siapa (melakukannya)?’’ Khairul Nizam: ‘‘Dia cakap oleh orang kenamaan yang dikenali ramai.’’ Nordin: ‘‘Bila dia menyatakan sedemikian?’’ Khairul Nizam: ‘‘Dia memberitahu semasa proses mengambil latar belakang (kejadian).’’ Peguam Karpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pemeriksaan balas terhadap Khairul Nizam sebelum itu menimbulkan isu mengenai kandungan pro-forma yang mencatatkan ‘ya’ bagi soalan-soalan membabitkan ‘cubaan seks oral’ dan ‘cubaan meliwat’. ‘‘Memang dalam borang pro-forma, ia menyatakan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’ tetapi dia (Saiful Bukhari) tidak menyatakan demikian,’’ tegas Dr.Khairul.
Musykil, Doktor Pakar Ubah Fikiran Di Mahkamah
Ketika disoal semula oleh Nordin, saksi itu berkata, pro-forma tersebut telah diisi oleh pakar patologi forensik HKL, Dr. Siew Sheue Feng (foto) tetapi mengubah fikiran kepada tidak pasti mengenainya berikutan terdapat tandatangan seorang lagi doktor, Dr. Razuin Rahimi di bahagian bawah muka surat di borang tersebut. Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Menjawab soalan lain, saksi pendakwa keempat itu berkata, beliau turut mengambil latar belakang Mohd. Saiful Bukhari sebelum melakukan pemeriksaan terhadap pemuda itu bersama Sheue Feng dan pakar bedah am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim. Khairul Nizam juga berkata, beliau telah menerima laporan kimia bertarikh 11 Julai 2008 berhubung kehadiran air mani pada calitan putik kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9 sebelum menyediakan laporan perubatan dua hari kemudiannya. Menurutnya, beliau ketika itu tidak tahu lokasi sebenar calitan putik kapas yang diambil daripada bahagian badan pengadu dan hanya mengetahuinya setelah ditunjukkan senarai lokasi calitan putik kapas (ID24) yang dikemukakan kepadanya semasa memberi keterangan.
Doktor Pakar Akui 'Tidak Isi' Maklumat Penting
Jelasnya lagi, ID24 tidak ada bersamanya ketika beliau menyediakan laporan perubatan tersebut yang mencatatkan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai penetrasi dan tiada kesan luka yang ketara pada badan mangsa. Justeru katanya, beliau hanya mampu mengesahkan berlakunya penetrasi selepas merujuk kepada ID24 yang menunjukkan lokasi sebenar kehadiran air mani pada keempat-empat calitan putik kapas tersebut. Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh Karpal, saksi itu berkata, berdasarkan borang pro-forma, tiada paksaan digunakan tetapi mangsa telah bertindak melawan semasa kejadian itu berlaku. Berdasarkan borang itu juga, katanya, anggaran kejadian liwat tersebut berlaku adalah 30 minit dan tertuduh ketika itu cuba melakukan ejakulasi. Diasak oleh Karpal, saksi itu mengakui bahawa terdapat maklumat-maklumat penting yang tidak diisi dalam borang tersebut membabitkan latar seksual pengadu dan perkara-perkara yang berlaku selepas kejadian. Prosiding perbicaraan bersambung hari ini.
[Nampaknya, kontroversi kes liwat II ini semakin pelik dan mengelirukan sebenarnya. Jika sebelum ini Saiful mengaku diliwat dengan beberapa tusukan menggunakan "jelly", kini nampak sudah bercanggah bilamana "oral seks" pula yang digunakan dan mengaku dia melawan ketika Anwar cuba "memperkosa" dirinya. Malah lebih hairan lagi apabila seorang doktor pakar pula mengaku terdapat maklumat penting tidak diisi dalam borang yang berkaitan. Apa makna semua ini, masakan doktor pakar boleh "careless" dan terlepas pandang terhadap semua ini. Jika begitu adanya, maka doktor terbbait telah gagal menjalankan tugasa dengan penuh tanggungjawab. Prestasi kerjanya amat malang sekali dalam hal ini. Persoalannya sekarang, apakah kes seperti ini wajar diteruskan bila mana terdapat bukti-bukti jelas percanggahan fakta dalam prosiding yang berlangsung semalam. Maka, tidak hairanlah kita bila tiba-tiba saja "blakcout" berlaku. Sungguh memalukan bila ia terjadi ketika perbicaraan penting seperti kes liwat II ini sedang disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia itu].
As Salam
BalasPadamtuan blog boleh ke link yang pakteh nyatakan untuk percambahan fikiran.
Maklumat yang lebih banyak diperlukan apabila mengulas melibatkan teknikal...apatah lagi prosedur perubatan
http://novandri.blogspot.com/2011/02/prespektif-perubatan-medical-proforma.html
Wahai tuan punya blog,
BalasPadamINI NAK BAGI SEMUA FIKIR.
Benar kata Pak Teh, pi tengok Dr. Novandri punye blog. Sebagai Dr., dia da terangkan benda2 alah tu secara saintifik dan detail akan maksud sebenar istilah2 tersebut, khusus untuk orang2 yang bengap dengan ilmu perubatan dan ilmu perundangan yang asyik nak confuse je.
Nak isi borang tu ade proses nya, mula2 borang proforma, then borang yang next untuk confirmation.
Statement mangsa adalah konsisten, tak berubah2 pn. mslhnya puak pguam tertuduh yang da kering idea, so terpaksa la korek2 kesilapan teknikal. FAHAM??
Bukti ketara adalah kehdirn air mani kotor tu dalam dubur si mangsa, dalam punya..buka setakat luar2 je..tau tak!! then tengok gak lain2 bukti DNA sebagai pengukuh bukti utama.
Bese la kalu tgh 'buat' tu, mcm2 aksi manusia boley buatkan..maybe mula2 si mangsa melawan dan mcm tak nak, then bile sndiri da rase bernafsu, so bagi la 'green light'pada trtuduh..lebih2 lagi kalu gune pelincir, so mudah lah kan.Itu pun tak boleh fikir ke??
Then, dlm aksi hangat tu, mustahil ke berlaku oral sex setelah anal sex??dah tentu, tak mustahil kan coz nfsu tengah memuncak, pale otak pun digayut setan, so ape lagi..!!
U all sndiri bile 'beraksi', takkan gune one way je kot!!haaa..
Nk bagi komen tu jgn lak smpai membodohkan diri sendiri, then mengharu birukan minda penyokong2 trtuduh yang memang mls nk berfikir dan gune otak yang ALLAH da bagi. Jangan lak sekali lagi u all kena mohon maaf dan tarik balik artikel berunsur fitnah.Huhu..HARU..HARU..
@aku bernama GENIUS
Setuju. Sokong 100%! Kalau memang sudah minda pembangkang, sampai bilapun dia akan bangkang tak kira bukti sudah tersaji depan mata. Tak heran kalau dalam hati dorang ni ada keraguan sama ada sah atau tidak akad nikah mak bapa dorang.
BalasPadamDr.Novandri itu Dr.UMNO yang buka klinik kat Gelugor.P.Pinang. Dia adalah AJK Pemuda UMNO. Tak kan Dr.Novandri nak sokong Anwar kot?
BalasPadamIkan membusuk dari kepala. Tamaddun bermula dari minda rakyatnya. Ada satu kata-kata : Umat yg terlalu lama dibodohkan tak memahami apa itu kebodohan.
BalasPadamTerima kasih kepada semua kepala yg menunjukkan tahap minda masing-masing !!
Yang pasti kita beserah kepada Allah s.w.t jika DSAI bersalah, beliau patut menerima hukuman, kalau tidak bersalah biarlah Allah yg menentukanya kedudukannya diMahsyar Kelak, sebagai penganut ugama Islam yang menuduh tampa bukti dgn mata kepala, mereka jugak akan menjadi saksi diatas tuduhan dan sumpah mereka.
BalasPadamMahkamah Mahsyar adalah keadilah yg pasti bagi kita semua, InsyaAllah kita pasti menghadapinya.
hendak dunia perlu kpd ilmu, nak akhirat jugak perlu kpd ilmu, nak kedua2anya jugak perlu kpd ilmu.
ilmu biarlah yang benar dan sebenar2nya.
kalau nak cakap, cakaplah sepuas2nya ikut akal, ikut nafsu, ikuat hati, ikut perasaan, pastinya mulut kita tak mampu lagi untuk berkata2 dihadapan Allah s.w.t diMahsyar kelak.
bersama2 kita bertaubat kepada Allah kalau kita rasa bersalah. tak payah kita campur, kalau bukan urusan kita.
Mahkamah mana mana pun usah pertikai, yang penting kalau kita umur panjang boleh lihat apa jadi kepada pembuat fitnah dan penzalim semasa hidup lagi.Kalau kita lihat sejarah memang telah terbukti bahawa pambuat fitnah dan penzalim telah menrima hukuman semasa masih hidup lagi.Doa orang dizalimi tiada hijabnya..melainkan termakbul tidak kira agama apapun kerana yang teraniaya adalah manusia hatta makhluk lain juga. Apa yang paling kita takuti ialah turun bala Allah dari dalam bumi,laut dan langit terkena kepada semua kaum kerana tidak saling ingat mengingati, melainkan terus mengikut nafsu melampau batas.
BalasPadamOh tidak....
BalasPadamMahkamah Malaysia/dunia dan mahkamah Mashyar hanya hanya untuk oraanng2 biasa..
Insan Istimewa anugerah Tuhan sepatutnya dan seharusnya terkecuali drpd pengadilan/hukuman
Kenapa?
Sebab insan istimewa anugerah Tuhan itu tidak pernah buat salah apa tah lagi dosa!!
Akhir zaman ni kita kena ingat. Benda betul nampak macam tak betul, benda tak betul nampak macam betul.
BalasPadamPihak yang baik nampak macam jahat, pihak yang jahat nampak macam baik.
Fikir bukan semata-mata guna otak, tapi guna otak berpandukan wahyu.
Wahyu apa? Wahyu spesis fatwa songsang?
BalasPadam