script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Parti KITA Pimpinan Datuk Zaid Ibrahim Berjaya Lulus Pendaftaran Sebagai Parti Politik Yang Sah Dan Bakal Bertanding Dalam Pilihan Raya Umum

PETALING JAYA, 16 Feb [10.10 pm] - Presiden KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) Datuk Zaid Ibrahim (foto), hari ini mengesahkan bahawa parti itu telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). "Saya diberitahu oleh pegawai saya bahawa mereka telah terima surat kelulusan semalam," katanya. Zaid berkata bagaimanapun beliau belum berkesempatan melihat sendiri surat tersebut. Katanya, kelulusan itu melibatkan beberapa perkara dan perlembagaan termasuklah penukaran nama “Kita” yang sebelum ini didaftar sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim). Menurut Zaid, kelulusan yang diperolehi itu akan membolehkan parti berkenaan bergerak seratus peratus sebagai sebuah entiti yang baru dan sah serta boleh merancang strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Saya rasa lega...Selepas ini Kita akan tumpu ke kawasan-kawasan yang ingin kita tandingi. "Parti Kita akan buat persiapan dari segi pemilihan calon-calon, dasar-dasar dan isu-isu yang nak diketengahkan kepada rakyat," katanya. Menurut beliau, Kita akan bertindak sebagai parti yang melihat isu untuk kepentingan rakyat. "Kalau Barisan Nasional (BN) betul pun kita sokong, kalau tak betul kita akan kritik. Tengoklah yang mana bagus untuk rakyat," ujarnya. Jelas Zaid lagi, sebagai parti baru yang ingin bertanding dalam pilihan raya, Kita akan lebih menumpukan perhatian kepada soal pemilihan calon yang tepat untuk bertanding berbanding ahli yang ramai. Bagaimanapun beliau yakin parti itu tidak menghadapi masalah mendapatkan sokongan daripada rakyat. Zaid berkata, kelulusan itu juga membolehkan Kita mengadakan 'roadshow’ sebagaimana dijanjikan dulu.

"Tapi 'roadshow' kita kecil-kecilan sajalah. Taklah macam parti lain," katanya merendah diri. Mengulas tentang kawasan tumpuan pada PRU akan datang, Zaid tidak menafikan yang partinya akan memberi fokus kepada beberapa negeri termasuklah Selangor. "Kita mungkin akan banyak bertanding untuk kerusi di Selangor. Kemudian di Perak sikit dan Kedah sikit," katanya. Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah memberi kenyataan bahawa beliau sendiri akan bertanding di kawasan parlimen dalam Petaling Jaya pada PRU akan datang. "Saya kata boleh jadi saya bertanding di PJ. Saya cari tempat yang saya sudah biasalah," katanya. Pada 15 Disember lalu, Zaid dipilih sebagai Presiden Akim dalam mesyuarat agung parti itu sebelum dinamakan semula sebagai KITA (parti politik berasaskan pelbagai kaum).

[Nampaknya impian Datuk Zaid Ibrahim untuk memimpin sebuah parti politik terlaksana jua akhirnya. Namun, hala tuju dan matlamat KITA perlulah jelas supaya rakyat boleh menerimanya. Mungkin Zaid boleh mendapat kepercayaan rakyat jika ia berada di landasan perjuangan yang betul. Tapi apakah KITA boleh yakin yang adengan "lompat-lompat" tidak berlaku dalam parti itu nanti. Maka langkah bijak perlu dilakukan untuk menangani isu tersebut. Apapun syabas dan tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana berani mengotakan apa yang dikata. Semoga parti yang dipimpinnya akan terus cemerlang berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Perjuangan harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan].

Share:

5 ulasan:

  1. Bila le Ibrahim katak, zul kodok dan geng2 katak nak umum masuk UMNO atau parti KITA pimpinan Zaid si katak puru ni, lambat wehhh..

    BalasPadam
  2. YB Zul Nordin pejuang Melayu dan Islam..!

    YB Gobala pejuang kaum INDIA..!

    Difahamkan KITA pun tak sanggup nak terima mereka..!

    BalasPadam
  3. em ini lah contoh trojan horse yang nyata sebenarnya, kalau sesiapa tau asal usul parti BERSEKUTU sabah dulu dan apa tujuan pembentukanya pasti akan tau modus operandi kita nie, tujuan utama pecah undi tu jerk,,,utk memastikan BN kekal memerintah kalau tgk sasaran selangor, perak dan kedah kenapa????

    BalasPadam
  4. Zaid orang Kelantan,ngapa KITA tak fokus ke sana?.Apakah orang Kelantan tak minat nak sokong KITA?

    BalasPadam
  5. jangan jadi macam 46 dah le, KITA adalah dari perut yg dibuntingkan olih umno jugak, jgn jadi macam pkr yang meludah kelantai dan akhirnya jilat kembali, pkr dan kita adalah sama, lahir dari kekecewan dan rasa tidak puas hati kpd pemimpim umno.

    tahniah kpd yang sentiasa susah dan senang bersama umno dan pas, mereka punya jati diri dan harga diri yang tak ternilai.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.