script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengurus Felda Plantations Bukit Sagu 4 Melayan Peserta Dan Buruhnya Seperti Hamba Abdi, Satu Laporan Polis Di Buat Di IPD Kuantan Pagi Tadi !!


KUANTAN, 18 Feb [3.25 pm] - Sekumpulan peserta Felda Plantations Bukit Sagu 4 dekat sini telah membuat laporan polis terhadap beberapa isu yang menghantui mereka selama ini. Laporan telah dibuat sekitar jam 10.00 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Antara lain peneroka terbabit mendakwa Pengurus Felda terbabit iaitu Hj.Kamaruddin Kassim telah mendera secara fizikal dan mental seramai 30 orang peneroka dan 100 tenaga buruh Indonesia yang bekerja di situ. Difahamkan, peserta terbabit kecewa kerana hak dan kebebasan mereka telah dinafikan selama ini. "Kami menerima tekanan yang melampau dalam kerja, diugut untuk diberhentikan dan dihalau dari tempat penginapan. Tidak cukup dengan itu, kami juga dihembur dengan kata-kata kesat seperti anjing jika sesuatu tugas yang diarahkan tidak dilakukan dengan sempurna", kata wakil peserta terbabit. Sementara itu, pihak pengurusan Felda berkenaan juga dipercayai telah menyekat secara melampau dengan larangan yang tidak munasabah terhadap beberapa aktiviti sosial seperti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Malah, urusan keluar masuk ke kawasan penempatan juga dikawal ketat menggunakan polis bantuan Felda. Selain dari itu, segala urusan berkaitan kesihatan peserta serta ahli keluarga mereka ke klinik tidak dibenarkan pada waktu kerja. Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian selepas waktu kerja. Sementara itu, urusan diluar bidang kerja seperti berurusan di pejabat kerajaan untuk urusan peribadi dihalang jika tiada sebarang surat hitam putih dari pihak yang berkenaan. Kegagalan peserta mengikut arahan yang ditetapkan menyebabkan mereka akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau pun pemotongan gaji.


Peserta terbabit bersama Sdra Mazlan Aliman sebelum laporan dibuat
[Dipercayai tindakan mogok telah dilakukan selama empat hari oleh peserta dan buruh Indonesia terbabit untuk membantah tindakan keterlaluan itu. Malangnya mereka pula ditakut-takutkan dengan menggunakan polis bantuan Felda yang ramai. Malahan anjing-anjing pengesan juga digunakan bagi tujuan tersebut. Apakah perbuatan ini wajar dilakukan terhadap peserta terbabit?. Wajarkah mereka dilayan seperti hamba abdi? Tindakan menyekat kebebasan mereka secara melampau menyebabkan kesemua mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya. Justeru itulah laporan polis dibuat agar pihak polis menyiasat segala aduan berkenaan. Soalnya, apakah perkara ini dapat diselesaikan sekiranya siasatan dilakukan. Maka itu, wajarlah pihak atasan Felda mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Pegawai yang bertanggungjawab haruslah diberi amaran keras dan tindakan displin. Apa yang berlaku ini adalah rentetan beberapa insiden memalukan yang berlaku terhadap Felda sebenarnya. Turut hadir dalam laporan polis pagi tadi ialah Presiden ANAK, Saudara Mazlan Aliman].
Share:

22 ulasan:

  1. keh keh..baru kene tocher skit dah merepot..lemahnya manusia..adat la bekerja..kerja mane yang nak mudah..kalau nak nalayan pekerja macam raja silap la bro..ayah aku 35 tahun pengalaman kerja jaga ladang sawit ni..aku tau mcm mane dia handle keje semua tu.aku sdn usahakan tanah 25 ekar tanam sawit.korang tau tak mcm mane nak jayakan ladang tu..ckp senang cuba try keje tgk..kalau tak kene marah ngan ayah aku wat keje semua tu takan aku boleh selesa 10k pendapatan..kalau korang nak ade pekerja mcm raja.tu tak boleh ni tak boleh .alamatnya hutan belantara la jadi ladang korang tu..jgn jadi manja sangat la..nak kene belai sokmo..lu buat lu rajin lu dapat..

    BalasPadam
  2. u all tau tak kalau seorang sahaja buruh tu cabot lari ape prosedurnya??ingt senang ker??mcm2 nak kene buat sheikh..bg aku baik aku gertak awal,marah maki hamun(jika perlu)..takut kesudahan menyusahkan kita..tuan2 semua pikir la nak jaga anak seorang pon susah kan,kalau anak tu liar lagi la bapak susah..apatah lagi nak jaga buruh beratus2..bukan nak suruh jadi hamba abdi..u nak kerja u datang sini bukan free la..berapa banayk felda habis duit semua tu..kalau rasa tak tahan kena maki..suh balik je la..

    BalasPadam
  3. .ckp mmg la senang.. Xkene pd diri sndri.. Mcm mane klu tuan brada di pihak mereka..bru tuan taw..langit tu tnggi ke rendah.. Org melayu memang mcm nie..hanya taw meng0mplen je.. Jarang yg bg s0k0ng... Perlu kah dlm situasi keje harus dimaki, dicaci.. Diorg pn manusia cptaan Allah S.W.T jgk.. Xde bezenye.. Yg beze hati dan perasaan.. Jd b.tmbng rase lah sikit.. Jgn ada perasaan dgki dgn org laen, yg dpt memecah belah kan umat islam.... Salam..

    BalasPadam
  4. anon 11.52 am, bapak kau dungu sanggup jadi lembu dicucuk hidung sebab tu tak kisah org buat mcm hamba abdi... tolol punya statement...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. kalau kerja bwh cine jd hamba abdi,sembahyang pon ntah kemane..kene maki tahan plak..tgk nt cine memerintah baru taw,cermin diri sendiri..ni la org yg xtaw syukur...kalo xbuat cmni cmne nk dpt duit?mn ade keje yg senang bro..renung2 daN SELAMAT BERAMAL....

    BalasPadam
  7. kadang2 manusia ni da bg akal fikiran die tak nk guna..biasa lah manusia tak pernah puas dgn ape yg ade dpn mata..salah org semua nmpk tp salah sendiri tak mengaku..kalau org bg muke pijak kepala..tp klu yg garang,strict,tegas itu yg org tak suke.mendera fizikal dan mental tak tahan tu.lain kali klu ye pn da desperate nk msk paper jgn lah buat cerita yg tak msk akal..buat cerita mcm tak msk skolah!!!

    BalasPadam
  8. kdg2 cerite ditokok tmbh..bnd yg xde ckp ade...cube la pikir secare logik menggunakan akal pikiran,,ade lg ke org nk dera secare fizikal..sdgkn org 2 pon da berusia..xlarat da nk mendera ni..len la kalo org mude,,tenage byk...ish2...org bg paha nk betis...xkadar ke diri....cmne la org kite nk maju..merosakkan bangsa sndiri lg ade la..

    BalasPadam
  9. Salam semua,

    Pertamanya, ingin saya katakan yang saya tidak mahu merungkai hal di atas secara membuta tuli kerana saya tidak tahu hujung pangkalnya apatah lagi kesahihannya.

    Namun, setakat pengetahuan saya ladang yang dimaksudkan di atas tidak ada peneroka kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh Felda Plantation Sdn. Bhd. Kerana itu, saya sangat musykil kenapa terdapat banyak perkataan "peneroka" dan "peserta" dalam blog di atas. Semestinya, saya amat yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan blog ini umumnya dan apatah lagi laporan polis yang dibuat khususnya.

    Setakat pengetahuan saya juga, syarikat milik Felda Holdings Berhad yang menguruselia peserta/peneroka adalah Felda Technoplant Sdn. Bhd. Jadi, apakah semua ini?

    BalasPadam
  10. salam..

    blogger ni die xtau sejarah felda sy rasa..felda kn byk ank syarikat..setahu sy felda plantation ni xde kene mengena pon dgn "peneroka"...yg ade dlm ladang tersebut mgkin pekerja warga asing dan pekerja tempatan....sebelum mengeluarkn sesuatu statement,pikir dahulu...

    BalasPadam
  11. salam..

    blogger ni die xtau sejarah felda sy rasa..felda kn byk ank syarikat..setahu sy felda plantation ni xde kene mengena pon dgn "peneroka"...yg ade dlm ladang tersebut mgkin pekerja warga asing dan pekerja tempatan....sebelum mengeluarkn sesuatu statement,pikir dahulu...

    BalasPadam
  12. YANG DOK TUBUH MACAM2 DALAM FELDA OARANG ADA KEPENTINGAN DIRI.

    KAFIR HARBI BAGI CADANGAN BARUA NI YANG BAWA MASUK KABINET UNTUK LULUS PELBAGAI SYARIKAT DALAM FELDA.

    LEPAS TU BARUA NI DAPAT LA KOMISEN. PENEROKA FELDA X ADA APA PUN.

    KALU DAPAT BONOS 20 PERSEN 1 TAHUN OK JUGA.
    INI ABUK PUN TARAK SEMUA RUGI.
    YANG UNTUNG BARUA2 NI SAJA.

    INI LAH PENGKIANAT BANGSA.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum W.B.T

    Saya nak tanya,nama blogger ini Pahang Daily,tetapi,mengapa isi kandungan dalam blog ini semuanya di dalam bahasa malaysia?Nama blog bukan main sedap lagi,tetapi indah kata dari rupa.....
    Saya bertanggapan bahawa blog ini mengunakan Bahasa inggeris 100%..tetapi,tiada langsung...adakah saudara ini tidak pandai untuk berbahasa inggeris?Kalau tidak pandai,baik saudara tidak peru menggunakan 'PAHANG DAILY'kerana saudara seperti membuka pekong di dada...

    Saya juga ingin mengetahui,apa kaitan Persatuan ANAK dengan FELDA Plantation Sdn.Bhd?Sejak membaca petikan ini,baru saya mengetahui bahawa,wujudnya Persatuan ANAK.....
    Nampaknya,FELDA Plantation lebih terkenal daripada Persatuan ANAK...
    Owh saya lupa,Persatuan ANAK terkenal juga,tetapi apabila nak menuntut hak,menjatuhkan bangsa melayu sendiri, dan meracuni fikiran pekerja ladang yang kurang ilmu pengetahuannya......
    Daripada gambar yang di tunjukan
    melambangkan bahawa pekerja ladang ini,seperti di racuni di sebabkan cara mereka berpakaian apabila ingin membuat aduan kepada pihak Polis

    BalasPadam
  14. berdasarkan petikan yang saya baca di Pahang Daily,saya sebagai salah seorang daripada pengurus dari sebuah ladang private..ingin menyatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh pengurus tersebut adalah satu tindakan yang betol berdasarkan tanngungjawab yang harus dipikul oleh seorang pengurus ladang untuk menguruskan sebuah ladang yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai.
    dalam hal ini..jika seseorang ketua itu tidak tegas dalam menjalankn tugasnya maka saya berasakan bahawa,tidak mungkin pengurus berkenaan dapat menguruskan ladang itu dengan betul dan kemungkinan besar ialah,pekerjanya akan memijak kepalanya dan tidak melakukan kerja dengan betul dan pada masa yang ditetapkan.
    dalam situasi pada hari ini,kita dapat lihat bahawa kebanyakan pekerja tidak mngikut peraturan atau perintah yang dikeluarkan oleh seseorang pengurus.
    Selain itu,saya ingin menyatakan bahawa,mengikut pengalaman saya dan pengetahuan saya,bekerja di syarikat perladangan seperti IOI,CHIN TECK PLANTATIONS,KLK adalah lagi sukar dan lagi banyak tekanan yang harus dilalui. bagi saya,apa yang telah dinyatakan di Pahang Daily itu adalah hanya 1/10 daripada apa yang dilakukan dan dilalui pekerja2 di plantation berkenaan.

    orang melayu sekarang tidak maju kerana bersikap negatif dan malas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
    Itulah sebab mengapa kita dijajah dahulu. Kerja yang tidak mempunyai tekanan adalah MENGANGGUR.

    BalasPadam
  15. setau saya sekatan msk mmg ade kt mn2..even ddk kampung or bandar pn..korang mmg la byk bunyi..tp kalau ape2 jd bkn korang yg kene..pengurus tu jugak kena..org da provide safety pn tak bersyukur.kalau nk keluar mmg kna mohon kan..klu kite kt skolah dlu pn nk keluar keluar kna mintak kt cikgu bila da kerja kna la mintak dgn ketua..fyi bkn senang nk jd pengurus n handle beratus2 org dgn mcm2 ragam dan mcm2 bangsa.klu da setiap hr mintak keluar mmg la org bengang..tu bkn urusan keluarga tp nk escape..
    GTH dgn korang pnye hidup dlm ketakutan!!!

    BalasPadam
  16. saya rasa tiada kaitan lgsg dgn PENEROKA dalam hal ini...tp saya hairan kenapa persatuan ANAK tiba2 msk cmpur???kalo nk menuntut hak,menjatuhkn bangsa melayu sendiri mmg suka...cmna bangsa sendiri nk maju?...

    cube kerja kt ldg lain?private company...ade ke management nk belai2 pekerja dieorg??lg straight ade la...

    ni semua kerja2 org malas,kaki tipu dan tdk reti terime kasih,org ni ptot tgk diri 2 dulu.cermin diri dulu agak dah merempat kt ladang buat hal plak..kerja la elok2 dpt gaji bgus sara ank isteri..sape jgk yg senang????diri sendiri gk,,,....

    BalasPadam
  17. yang komen semua nih tak tau cerita sebenar ...

    ikut pandai nak momen jerk nak pertahankan felda la konon ...

    yang buat report polis tu dah belasan tahun duk dalam felda plantation .... selame nih tak ada masalah pun .. semenjak pengeurus baru yang dinamakan tu masuk sejak 2 tahun lepas .. bermula episod sengsara pekerja felda plantation nih semua ...

    baca semula laporan polis yang dah di edit sikit sikit oleh cmk tu ... tak ada langsung rungutan pasal kerja .. yang jadi rungutan pasal layanan dan kebajikan mereka sebagai pekerja ...

    dilayan sebagai anjing ... di hina dan di herdik seperti hamba abdi .. semua mereka nih dah berkahwin dan punye anak kecik .. ape kesan pada anak anak mereka yang melihat dengan mata dan kepale mereka apabila melihat bapa bapa mereka dieprlakukan sebegini rupa .. di acu senapang oleh polis bantuan. di panggil lembu, dan dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan dan aktiviti sosial serta kebajikan ..

    aktiviti bermasyarakat dinafikan .. sampai org luar nak masuk pun payah ... terpaksa mereka nih keluar untuk mendapatkan bantuan bagi membela nasib mereka .. kepada adun minta bantuan masih tak dapat di selesaikan ...

    kepada pihak atasan pengurusan felda di adu pun dah lebih 2 tahun masih belum dapat kata putus ...

    terpaksa panggil mazlan aliman membincangkan langkah yang harus di ambil ..

    report polis ini hanya sebagai langkah awal ... dengan report polis nih mereka akan bawa perkara nih kepada jabatan tenaga kerja dan pihak felda untuk mereka memperolehi kembali hak mereka yang dah di ragut ...

    ingat doa oerg teraniaya tiada hijab dengan Allah s.w.t .... korang fikirlah apa perasaan mereka bile baca komen korang yang tak tau cerita tapi memandai nak komen ikut suke ....

    semoga Allah s.w.t mengampuni dosa kalian ....

    aku: sebagai membantu mereka pekerja felda plantation bukit sagu 4 menyediakan laporan polis.

    jika korang boleh delete balik post korang yang memperkecilkan penderitaan mereka .. delete laa ... fikirlah nasib org lain ...

    BalasPadam
  18. ehem2.....

    berikutan dgn komen yg trbaru....
    adkah anda pasti bhwa pngurus dmikian adlah bru 2 tahun di namakan?
    adkah anda sahabat yg bgtu akrab dgn beliau se hinggakan anda kompem2 je beliau baru dnamakan.....bang,check la dlu laar blakang dia......silap2,dia dia lg lma memegang jawatan di Felda Plantation...okea la,jika saudara mnyatakan bhwa yg 'saudara' or pkrja yg membuat aduan itu sdah ad belasan tahun brsma Felda Plantation....mngapa kalian tdak mnjawat pngkat yg tggi utk di sesebuah ladang?sbgai contoh,pengurus or pnolong pngurus?

    dr pmerhatian sya trhadap komen yg trbaru ini,sya brpendapat bhwa anda adlah slah seorg drpd pertugas di Ladang Felda Plantation Bukit Sagu....btol x saudara?sya prcaya,bhwa saudara jgak mmpnyai ddikan agama yg boleh than tgginya shinggakan saudara mcm telah memberi ceramah agma di ruangan ini....kot ye pon ad ddikan agma yg tggi,xkan la smpai nk mnjatuhkan saudara sesma islam?
    adkah ini yg encik amalkan di dlam khdupan sharian encik?
    mngapa kalian tdak mnyelesaikan mslah di dlam estate itu dgn pngurusan ldang shaja?shnggakan mlibatkan org luar?sya rsa,kalian yg sudah berada 'belasan' tahun di dalam Felda Plantation ckup matang bg mnyelesaikan msalah trsebut.....
    ap yg sya hairan lg,bgaimnakah pkerja yg sudah 'belasan' tahun di dalam Felda Plantation berpakaian sbgai seorg yg 'telah lama berkhidmat' di sesuatu syarikat brpakaian apbila mmbuat laporan polis?ini amat memalukan la...
    plajar yg habis SPM pun tahu bgaimana brpakian utk mnghadiri sesuatu event yg pnting,cntohnya mngambil kputusan SPM bg plajar brprestasi tggi la ann???

    cuba kalian fkir scara nasional,mngapa pngurus dmkian brbuat tndakan yg dmkian?mst ad sbb kan?bg mreka sperti tin kosong itu byk mngeluarkan bnyi sbb itu bkn tnggungjwab mereka....
    ckap mmg la sng abg oii.....cbe abg plak yg handle ldang yg bribu2 hekarnya......tension kot....

    knpa encik nk komen2 di atas komen encik dpdam?sbb encik takut ekk?
    bnde tu btol an??ngaku jela.....
    betol an?komen2 yg di atas adlah bnar n takut bhawa pmbaca lain percayakan?bang,berani kerana bnar,TAKUT kerana SALAH!

    lg stu,nk short form pun bg la org lain pham...sya pon x pham ap yg saudara cba sampaikan ni

    BalasPadam
  19. Sunday, February 20, 2011 4:45:00 PM...komen dari sape ntah..

    sy rasa kalian ni tokok tambah cerita saje....

    BalasPadam
  20. anda yakin ke pengurus bkt sagu 4 br 2 thn dinamakan sebagai pengurus..??lain kali sebelum menulis buat research..buat ape nk delete comment di atas utk menjaga hati org lain sedang kan mereka sendiri tidak menghormati ketua mereka..ape pulak kesan utk family pengurus itu sendiri bile anak2 die membaca artikel yg mengenai bapa mereka..pernah tak terfikir??bg pendapat sya anda semua terlalu selesa dlm zone anda..so this is the right time to change..klu dgn private estate lain lg teruk..klu tak nk ssh bukak kebun sendiri..tak payah la korang mengadu domba mengenai hak..adakah tanggungjawab anda sebagai pekerja btl2 dilaksanakan atau anda hanya melakukan tugas setengah jalan..???
    pengurus mempunyai tanggungjawab yg besar ye..klu takde tak dpt bg full commitment mmg ladang jd semak la jawab nye..so bile ape2 jd sape kene sembur dgn mgmt??ada kah anda atau pengurus yg kene..so korang penah fikir sume tu???

    BalasPadam
  21. ckp biar ada fact..jgn ckp kosong..ni la puncenye cerita ditokok tambah,..

    kalo bukak kebun sndiri pon blm tentu lps kalo da perangai cmni..

    BalasPadam
  22. CEO Felda Plantations kena turun padang...siasat seadilnya. Tk

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.