
Susulan pengumuman
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan
Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dijalankan serentak dengan
Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau Mac ini, maka ramai pihak yang keliru SPR ini bekerja untuk siapa sebenarnya. Bayangkan keputusan menetapkan PRK Merlimau telah dibuat agak lama iaitu ketika PRK Tenang lagi, namun
penetapanan tarikh PRK Kerdau dilihat terlalu tergesa-gesa dan boleh memberi kelebihan kepada UMNO BN sebenarnya. Inilah hakikat yang perlu dilalui oleh parti pembangkang di negara ini sebenarnya. Mereka terpaksa berhadapan dengan BN dan SPR sendiri sebagai pihak yang mengendalikan sesuatu pilihan raya itu. Namun, segalanya terpaksa dilalui dan sudah semestinya BN mempunyai banyak kelebihan di Kerdau. Tambahan pula mereka mempunyai segala kelengkapan dan jentera kerajaan untuk di kerah berkempen bagi pihaknya. Semua ini membuktikan memang ada pakatan antara SPR dan BN untuk memastikan parti itu terus menang lagi dalam pilihan raya kecil kali ini. Bayangkan SPR telah berjanji akan membuat pengumuman tarikh pilihan raya kecil Kerdau pada hari ini (20 Feb), namun tiba-tiba dibuat dua awal dari itu. Bukankah terdapat keraguan SPR menambat arahan dari pihak lain sebenarnya. Semua ini mengundang kontroversi dan sudah pastinya menyebabkan persepsi masyarakat terhadap badan bebas itu
semakin merudum sebenarnya.
[Biar pun ada pemimpin UMNO BN yang percaya SPR melakukan kerja dengan jujur dan ikhlas serta bertanggungjawab dalam melaksanakan pilihanraya di negara ini. Kononnya, jika SPR tipu masakan pembangkang boleh menang di banyak kawasan termasuk merampas Kedah, Pula Pinang dan Selangor dalam Pilihan Raya Ke-12 lalu. Malah ada juga alasan, kononnya pemimpin pembangkang marahkan SPR tidak berlaku adil, tetapi mereka menang di kawasan yang ditandingi. Alasan ini membuktikan SPR itu adil. Amat malang sekali jika ada pemimpin yang berfikiran seperti ini sebenarnya. Keadilan dan ketelusan itu haruslah dibuktikan. SPR mesti adil dalam menjalankan pilihanraya. Larangan berkempen menggunakan media arus perdana dan jentera kerajaan kepada UMNO BN perlulah ditetapkan. Jika tidak sampai bila-bila pun pilihanraya itu dilihat tidak adil dan berat sebelah. Cuma kemenangan pembangkang di kawasan yang ditandingi mereka kerana suara rakyat untuk perubahan itu lebih besar dari penipuan yang dilakukan oleh SPR. Maknya, SPR cuba membantu BN menang, tetapi rakyat majoritinya menolak kerajaan UMNO BN dan SPR. Akhirnya pembangkang tetap menang dan berjaya mengatasi penipuan dan penyelewengan yang dibuat oleh SPR itu. Inilah alasan kenapa SPR memang tidak adil dan pembangkang tetap menang akhirnya].
kau ni pun PDO banyak la pulak kau punya spekulasi, serentak ke dua rentak ke, tak de hal untuk Pakatan Rakyat....
BalasPadam