script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Kosmo: Seorang Lelaki Cedera Parah Di Serang Oleh Gengster Dekat Kuantan Kelmarin !!

KUANTAN, 25 Feb [8.01 am] - Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak. Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya. Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam. Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek. Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.

[Nampaknya kegiatan jenayah terus berleluasa di sana sini sekarang. Kawasan Air Putih Kuantan sememangnya diketahui sebagai lokasi yang sering berlaku kegiatan jenayah di bandar ini sejak sekian lama. Kehidupan rakyat terganggu akibat tindakan mereka yang langsung tidak takut kepada undang-undang itu sebenarnya. Justeru itu, kerajaan diminta bertindak tegas untuk menambahkan lagi anggo0ta polis ronda yang bergerak dalam sesuatu kawasan dengan lebih kerap lagi selepas in. Ia setidak-tidaknya akan memberi harapan baru dan keselamatan kepada orang ramai yang senantiasa hidup dalam ketakutan. Semoga, kegiatan jenayah seperti ini dapat dielakkan pada masa-masa yang akan datang ].
Share:

7 ulasan:

  1. Mungkin apa yang dikatakan oleh menteri dalam negeri Hishamuddin Hussein berkata kerajaan negeri selangor pimpinan Pakatan Pembangkang tidak perlu menubuhkan polis bantuan kerana negeri itu lebih selamat dari Pahang...?.

    BalasPadam
  2. Polis perlu tingkatkan lagi usaha mereka memerangi jenayah termasuk rempit, gangster dan samseng daripada sibuk kacau ceramah PR atau sembur gas pemedih mata kat makcik-pakcik yg berdemonstrasi aman.

    BalasPadam
  3. Kita tak nafikan jasa PDRM dalam menjaga keamanan negara. Tapi kadang2 meluat jugak kat polis ni pasal bersungguh benar kacau ceramah dan demonstrasi pembangkang daripada kerja lain.

    Aku pernah tengok satu van polis dengan 5-6 anggota lalu di jalan Tanjung Lumpur (x jauh dari kompleks YP) tak buat apa2 bila satu Pakcik naik motor dilanggar lori. Akhirnya aku baca dalam Sinar Harian Pakcik tu meninggal dunia on the way ke hospital. Begini ke polis? Orang accident depan mata boleh 'tengok saja' dan berlalu gitu saja meneruskan perjalanan menghala ke arah Pekan.

    BalasPadam
  4. Cadangan saya: Jenayah sudah tidak terkawal? Adakan sistem pengesan yang merekod nombor kenderaan keluar masuk secara otomatik. Caranya ialah semua kenderaan berdaftar dilekat dengan pengesan pendaftaran yang boleh diimbas tanpa disedari oleh pemiliknya contohnya dicukai jalan atau selepas pembelian kenderaan. Sekiranya berlaku jenayah
    pengimbas yang terletak dilokasi strategik akan mengesan anggaran masa penjenayah keluar dari sesuatu kawasan.Rasanya Ini pasti akan memudahkan kerja penguatkuasa yang memang tak mencukupi.

    BalasPadam
  5. buat Polis sendirilah...pakai kopiah semua dan tak payah pakai seluar dalam...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.