KOTA SAMARAHAN, 16 Feb - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (foto) berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri. Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat pada Julai ini. "Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Februari sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu. "Berita adalah berita. Betul atau tidak betul, lihat dulu lah," kata Taib, yang juga menafikan yang beliau telah menghubungi Abang Muhammad Salahuddin dua hari lalu kerana seharian beliau tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancang.
[Sementara itu, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac, dijadual menyampaikan ucaptama di Konvensyen BN Sarawak di sini pada 5 Mac yang akan dihadiri 5,000 perwakilan dari semua parti komponen BN negeri. BN kini menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib mempunyai 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 12 dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi. Enam lagi baki kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), melalui wakil rakyat Bebas, masing-masing satu kerusi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disyaratkan mengadakan pilihan raya 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak itu dibubarkan].
Beberapa siri perbincangan diantara Anwar dan pemimpin PAS berlaku sejak akhir akhir ini.Perbincangan berlegar mengenai isu rusuhan di Mesir.Impak dan kesan daripada rusuhan tersebut dikaji.
BalasPadamCadangan turut dibangkitkan agar di Malaysia perkara sama patut dilakukan.Dalam perbincangan tersebut Anwar mahu PAS mengunakan atas nama Islam untuk menjatuhkan kerajaan.Menurut sumber usaha ini harus dilaksanakan memandangkan Tunisia dan Mesir berjaya menjatuhkan pemimpin kerajaan.
Mereka berpendapat jika modus operandi yang sama dilaksanakan pasti akan berjaya.Menimbulkan kekacauan,rusuhan dan pertumpahan darah pasti akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Inilah saja cara untuk menjatuhkan kerajaan kerana dikalangan pemimpin pakatan tidak yakin mampu menumbangkan kerajaan BN semasa PRU13 nanti memandangkan statistik terbaru pakatan telah kehilangan sokongan dan momentum apabila kalah 3 kali berturut turut semasa PRK.
PRK Merlimau dan Kerdau akan menjadi platform membangkitkan kemarahan rakyat dan menjadi keutamaan agar tersebarnya sentimen ini keseluruh negara.
Kita harus berhati hati dengan rancangan jahat Anwar dan pemimpin pakatan yang mahu menimbulkan kekacauan semata mata mahukan Anwar terlepas daripada hukuman liwat yang sedang dibicarakan dimakhamah ketika ini.
Salam
BalasPadamTerdapat kesilapan fakta dalam ulasan anda ttg kerusi DUN Sarawak.
BN menang 62 kerusi dan ikut parti ialah PBB (35), SUPP (11), PRS (8) dan SPDP (8) dan selebihnya ialah DAP (6), PKR (1), SNAP (1) dan Bebas (1).
kesilapan berlaku di SUPP yang anda tulis 12 dan anda tertinggal kerusi di menangi SNAP.
Sumber: Buku Laporan Pilihan raya Negeri Sarawak 2006 oleh SPR.