script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Tabung Budi, Kerajaan Negeri Selangor Gesa Kerajaan Pusat Wajar 'Tarik Balik Lesen' Konsesi Pembekalan Air Selangor Kepada Pihak Syabas !!

SHAH ALAM, 16 Feb [7.15 am] - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto) berkata, Kerajaan Persekutuan perlu menarik balik lesen konsesi pembekalan air di Selangor oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana syarikat itu didakwa melanggar perjanjian konsesi. Beliau berkata, Pengawal Selia Air Selangor iaitu Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Nordin Sulaiman telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan dan Syabas bahawa tindakan syarikat itu mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya untuk Tabung Budi adalah menyalahi perjanjian konsesi. "Jadi ini (tarik balik konsesi pembekalan air) telah ditulis surat oleh Pengawal Selia Air, kita masih menunggu jawapan daripada kerajaan Persekutuan," katanya. Syabas telah menubuhkan Tabung Budi pada 24 Ogos 2009 melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas untuk dimasukkan ke dalam tabung itu. Wang kutipan itu akan disalurkan kepada golongan kurang kemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. Abdul Khalid berkata Pengawal Selia Air Selangor adalah satu lantikan pegawai kerajaan negeri untuk memantau perjalanan penswastaan bekalan air di Selangor semasa perjanjian konsesi bekalan air ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan serta Syabas pada tahun 2004. Dipercayai Nordin telah mengutus surat itu kepada kerajaan Persekutuan dua minggu lepas. Ketika ditanya jika kerajaan Persekutuan tidak setuju untuk menarik balik lesen konsesi air Syabas, beliau berkata:"Kita akan bawa ke mahkamah.". Syabas juga khabarnya telah memfailkan saman terhadap beliau kerana mengeluarkan kenyataan mengenai Tabung Budi dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kenyataan supaya pemegang konsesi air di Selangor memulangkan pegangan konsesi mereka itu.

[Terkadang rakyat jadi hairan apabila sebuah agensi swasta seperti Syabas ini bertindak keterlaluan dan sengaja mencari kontroversi dengan Kerajaan Negeri Selangor. Tindakan membuat Tabung Budi adalah satu strategi untuk menidakkan usaha Tan Sri Khalid memberi keselesaan air percuma kepada rakyat. Soalnya, kenapa isu seperti ini dipolitikkan oleh pihak terbabit, sedangkan mereka sepatutnya menyokong agenda kerajaan negeri itu sendiri. Mungkin juga benar kata ramai pihak, Syabas ini menjadi alat UMNO BN untuk menyusahkan pentadbiran kerajaan negeri itu. Tambahan pula pengerusinya ialah Tan Sri Rozali yang merupakan anak Felda dan banyak mendapat habuan projek daripada kerajaan itu sendiri. Makanya, kita tidak hairan masalah seperti ini akan terus berlarutan kerana ia sengaja direka cipta oleh mereka untuk menimbulkan kemarahan kepada pemimpin negeri itu sebenarnya]

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.