
Rakyat Pahang digemparkan dengan berita beberapa orang pemimpin UMNO dari negeri ini yang dikatakan akan bertindak menyertai
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat. Khabarnya pengumuman rasmi akan dibuat ketika kunjungan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim ke
Temerloh pada 20 Februari ini. Soalnya, siapakah pemimpin terbabit dan kenapakah beliau bertindak mahu meninggalkan UMNO sedangkan parti itu dikatakan semakin diterima oleh rakyat sekarang ini. Krew kami di Temerloh cuba menyiasat maklumat tersebut bagi memastikan siapakah individu yang dimaksudkan itu dan apakah berbaloi PKR menerimanya sekiranya benar dia berhasrat untuk bersama parti itu. Sumber yang diperoleh menyatakan pemimpin terbabit adalah merupakan bekas orang kanan pemimpin UMNO Temerloh,
Dato' Sabaruddin Chik ketika di zaman mudanya. Selepas, Parlimen Bera diwujudkan beliau dipercayai aktif di situ hingga ke hari ini. Pernah berkhidmat di Ibu Pejabat UMNO dan juga Kementerian Belia Dan Sukan ketika
Azahlina Othman menerajuinya dulu. Maknanya individu tersebut bukanlah calang-calang orang sebenarnya, malah beliau juga mempunyai jawatan penting di peringkat
UMNO Bahagian Bera. Difahamkan juga, beliau agak kecewa dengan perkembangan terkini UMNO dan sikap
Datuk Ismail Sabri Yaakob iaitu
Ahli Parlimen Bera sendiri. Ini kerana, sepatutnya tempoh Ismail Sabri menjadi wakil rakyat sudah berakhir sebelum
Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dan kerusi tersebut sepatutnya diserahkan kepadanya. Namun, itu tidak berlaku dan kini dia terus disisihkan daripada parti itu sendiri. Andaian menjangkakan dia mungkin
tidak berpeluang lagi untuk naik dalam hairaki kepimpinan UMNO menyebabkan beliau akhir terpaksa mengambil keputusan untuk berhijrah. Soalnya,
apakah berbaloi PKR menerima kehadiran pemimpin berkenaan dalam keadaan parti itu kini yang semakin disisihkan oleh para penyokong mereka sendiri sekarang?.
[PKR perlu berhati-hati untuk menerima kemasukan lebih ramai pemimpin UMNO yang sudah ditolak oleh parti itu sebenarnya. Rakyat gusar, andai perkara ini tidak diambil perhatian maka kemungkinan besar sejarah lama akan berukang kembali sebenarnya. PKR yang cukup terkenal dengan "Wakil Rakyat Lompat" wajar memikirkan hal ini. Adalah lebih elok parti itu mencari jalan untuk menarik seberapa ramai ahli baru sertai parti tersebut daripada menarik pemimpin yang sudah tidak diterima lagi dalam UMNO itu sendiri. Kita takut, pemimpin seperti itu akan mencari kesempatan untuk naik dalam politik dan menjadi pemimpin suatu hari nanti. Akhirnya mereka akan kembali kepada parti lama selepas melihat pengaruhnya masih ada. Inilah yang berlaku dalam parti itu sejak sekian lama sebenarnya. Orang mengantuk kalau dihulurkan bantal maka lain pula jadinya nanti. Beringat sebelum terkena].
kenapalah ramai pemimpin yg myertai PR ni dr kalangan yg gagal mdpt tmpt yg tertinggi dan baik dlm parti yg di sertainya sebelum ini..PR perlu bhati2 dgn individu merajuk spt ini..
BalasPadamSusah nak cakap. Pemimpin UMNO / BN biasanya ada salah laku yg dicover selagi mereka masih setia dlm UMNO / BN. Jika ada ura2 mereka nak lompat parti mereka akan diugut utk didedahkan segala bukti salahlaku (rasuah, penyelewengan, seks dll). Akhirnya tak jadi lompat parti. Gitulah yg berlaku sejak zaman Tun Mahathir dulu lagi. Org dlm dia mesti tahu punya menda ni.
BalasPadamxkan PDO dah lupa kot org yg nak masok PKR tu kalah jd calon DUN Guai kampong sendiri disebabkan kes totey basah.
BalasPadamJangan silap perhitungan sudah la... Takut nanti yang terjadi adalah sebaliknya orang Pakatan yang masuk BN.
BalasPadamXpayah terima..buat ngabiskan beras je..Org kecewa begitulaa..Bila dah hilang kecewa kelak, dia buat onar plak dlm PR..
BalasPadammasuk PAS lg baik drpd masuk PKR, biar otak dia dicuci...
BalasPadamMasuk PAS untuk 'ditarbiah' guna fatwa songsang? Hahahahaha...!
BalasPadamblh msk tp bkn krn nk jawatan, biar dia msk sbg ahli biasa mcm org2 lain..kalo br je msk dh nk bg jawtan, maka dgn senang'a rahsia parti akan bocor..
BalasPadam