script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Calon Pro-M Pilihan Raya Universiti Malaya (UM) Yang 'Di Laporkan Hilang' Petang Sabtu Di Temui Kembali Ke Rumahnya Di Sungai Buloh Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 21 Feb [5.49 pm] - Calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar (foto) yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu kini kembali ke rumah keluarganya di Sungai Buloh. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, Masturah sampai di rumahnya kira-kira pukul 1.30 pagi tadi (Isnin). "Keluarga gadis berkenaan belum memberikan sebarang kerjasama, namun kami berharap untuk merekodkan kenyataannya segera," katanya. Masturah, pro-Mahasiswa dikatakan telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman dari orang tak dikenali sebelum dilaporkan hilang. Sementara itu, Zulkifli turut menasihati calon yang bertanding supaya membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ugutan. "Kami tak boleh ambil tindakan sekiranya pihak yang berkenaan tidak membuat laporan polis dan bekerjasama dengan kami," katanya. Masturah dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu. Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang Sabtu sebelum dia buat laporan di Balai Polis Pantai.

[Kehilangan yang cukup mencurigakan dan penuh dengan misteri sebenarnya. Apapun kita ucapkan syabas dan tahniah kerana kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya telah menang dalam pilihan raya kampus itu biar pun tanpa kelibat Masturah. Malah, beliau turut menang, mungkin akibat undi simpati yang diterimanya selepas berita kehilangan beliau tersebar. Harapan kita agar kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. Pihak pentadbiran universiti sepatutnya tidak campur tangan dengan pilihan raya kampus. Bersikap neutral dan adil kepada semua pihak. Kenapa terikut-ikut budaya di luar. Kenapa perlu melabelkan mahasiwa dengan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, sedangkan mereka itu sama sahaja. Inilah yang menyebabkan kejadian yang tidak diingini itu boleh berlaku sebenarnya].

Share:

5 ulasan:

  1. Jangan nati ada lagi pihak yang terhegeh-hegeh dan terketar-ketar memohon maaf dan tarik balik artikel.

    BalasPadam
  2. CUN juga calon pilihanraya um ni...patut la hilang...di colek org..

    BalasPadam
  3. klu xtipu,xmencarut dan xfitnah bukan PAS.

    BalasPadam
  4. Fitnah dengan spekulasi atau andaian tu lain. Fitnah kalau kata "confirm dia diculik", spekulasi namanya kalau kata "mungkin dia diculik."

    Takkan itu pun tak tahu beza.

    BalasPadam
  5. Andai dia diculik, dibunuh dan diletupkan dengan bom C4 pun, confirm pembunuhnya lepas.

    Apapun, Alhamdulillah dia selamat.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.