script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim Terpaksa Di Tangguh Sekali Lagi Akibat Berlaku Gangguan Bekalan Elektrik Di Sekitar Kompleks Mahkamah

KUALA LUMPUR, 16 Feb (3.42 pm) - Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terganggu berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini. Bagaimanapun bekalan elektrik pulih pada 11.10 pagi dan perbicaraan disambung semula pada 2 petang. Bekalan elektrik terputus kira-kira 11 pagi sejurus selepas saksi kelima pihak pendakwaan Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia mengangkat sumpah. Terdahulu, Pakar Penjagaan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan semasa memberikan keterangan berkata beliau tidak mengisi beberapa maklumat perubatan penting dalam borang "pro-forma" (laporan protokol perubatan) semasa beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau bersetuju dengan cadangan peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh bahawa antara maklumat yang tidak diisi ialah mengenai sejarah seksual pengadu, pemeriksaan fizikal, keadaan yang membawa kepada insiden itu dan sama ada mangsa telah membasuh mulutnya selepas dakwaan "seks oral". Semasa laporan pro-forma itu dirujuk kepadanya oleh Karpal, Dr Khairul bersetuju bahawa tiada paksaan digunakan semasa perbuatan itu. Bagaimana pun, katanya Saiful telah maklumkan kepadanya bahawa dia telah pun cuba melawan.

[Anwar, 63, anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 6 Jun, 2008. Kepada soalan Karpal seterusnya, Dr Khairul menjelaskan borang laporan itu hanya sebagai panduan dalam merekodkan sejarah daripada pesakit dan menurutnya dalam kes itu, Mohd Saiful dengan jelas memberitahunya yang dirinya telah diliwat dan diminta melakukan seks oral oleh seorang tokoh berprofil tinggi. Kepada soalan lain Karpal, Dr Khairul mengakui sebelum menyediakan laporannya itu pada 13 Julai, 2008, beliau sudah membaca laporan kimia yang diterima jabatannya dua hari sebelum itu. Nampaknya kes ini semakin menimbulkan kontroversi apabila elektrik pun terpaksa menggelapkan diri kerana tidak tahan melihat adengan tersebut].
Share:

1 ulasan:

  1. macam2lah kalau bab kehakiman kita ni..letrik putuslah, aircond rosaklah, tak relevanlah dan sebagainya. trade mark negara kita kot?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.