script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Siapakah Agaknya 'Pemimpin' UMNO Pahang Yang Bakal Sertai PKR Ketika Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ke Temerloh 20 Feb Ini

Rakyat Pahang digemparkan dengan berita beberapa orang pemimpin UMNO dari negeri ini yang dikatakan akan bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat. Khabarnya pengumuman rasmi akan dibuat ketika kunjungan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Temerloh pada 20 Februari ini. Soalnya, siapakah pemimpin terbabit dan kenapakah beliau bertindak mahu meninggalkan UMNO sedangkan parti itu dikatakan semakin diterima oleh rakyat sekarang ini. Krew kami di Temerloh cuba menyiasat maklumat tersebut bagi memastikan siapakah individu yang dimaksudkan itu dan apakah berbaloi PKR menerimanya sekiranya benar dia berhasrat untuk bersama parti itu. Sumber yang diperoleh menyatakan pemimpin terbabit adalah merupakan bekas orang kanan pemimpin UMNO Temerloh, Dato' Sabaruddin Chik ketika di zaman mudanya. Selepas, Parlimen Bera diwujudkan beliau dipercayai aktif di situ hingga ke hari ini. Pernah berkhidmat di Ibu Pejabat UMNO dan juga Kementerian Belia Dan Sukan ketika Azahlina Othman menerajuinya dulu. Maknanya individu tersebut bukanlah calang-calang orang sebenarnya, malah beliau juga mempunyai jawatan penting di peringkat UMNO Bahagian Bera. Difahamkan juga, beliau agak kecewa dengan perkembangan terkini UMNO dan sikap Datuk Ismail Sabri Yaakob iaitu Ahli Parlimen Bera sendiri. Ini kerana, sepatutnya tempoh Ismail Sabri menjadi wakil rakyat sudah berakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dan kerusi tersebut sepatutnya diserahkan kepadanya. Namun, itu tidak berlaku dan kini dia terus disisihkan daripada parti itu sendiri. Andaian menjangkakan dia mungkin tidak berpeluang lagi untuk naik dalam hairaki kepimpinan UMNO menyebabkan beliau akhir terpaksa mengambil keputusan untuk berhijrah. Soalnya, apakah berbaloi PKR menerima kehadiran pemimpin berkenaan dalam keadaan parti itu kini yang semakin disisihkan oleh para penyokong mereka sendiri sekarang?.

[PKR perlu berhati-hati untuk menerima kemasukan lebih ramai pemimpin UMNO yang sudah ditolak oleh parti itu sebenarnya. Rakyat gusar, andai perkara ini tidak diambil perhatian maka kemungkinan besar sejarah lama akan berukang kembali sebenarnya. PKR yang cukup terkenal dengan "Wakil Rakyat Lompat" wajar memikirkan hal ini. Adalah lebih elok parti itu mencari jalan untuk menarik seberapa ramai ahli baru sertai parti tersebut daripada menarik pemimpin yang sudah tidak diterima lagi dalam UMNO itu sendiri. Kita takut, pemimpin seperti itu akan mencari kesempatan untuk naik dalam politik dan menjadi pemimpin suatu hari nanti. Akhirnya mereka akan kembali kepada parti lama selepas melihat pengaruhnya masih ada. Inilah yang berlaku dalam parti itu sejak sekian lama sebenarnya. Orang mengantuk kalau dihulurkan bantal maka lain pula jadinya nanti. Beringat sebelum terkena].
Share:

8 ulasan:

  1. kenapalah ramai pemimpin yg myertai PR ni dr kalangan yg gagal mdpt tmpt yg tertinggi dan baik dlm parti yg di sertainya sebelum ini..PR perlu bhati2 dgn individu merajuk spt ini..

    BalasPadam
  2. Susah nak cakap. Pemimpin UMNO / BN biasanya ada salah laku yg dicover selagi mereka masih setia dlm UMNO / BN. Jika ada ura2 mereka nak lompat parti mereka akan diugut utk didedahkan segala bukti salahlaku (rasuah, penyelewengan, seks dll). Akhirnya tak jadi lompat parti. Gitulah yg berlaku sejak zaman Tun Mahathir dulu lagi. Org dlm dia mesti tahu punya menda ni.

    BalasPadam
  3. xkan PDO dah lupa kot org yg nak masok PKR tu kalah jd calon DUN Guai kampong sendiri disebabkan kes totey basah.

    BalasPadam
  4. Jangan silap perhitungan sudah la... Takut nanti yang terjadi adalah sebaliknya orang Pakatan yang masuk BN.

    BalasPadam
  5. Xpayah terima..buat ngabiskan beras je..Org kecewa begitulaa..Bila dah hilang kecewa kelak, dia buat onar plak dlm PR..

    BalasPadam
  6. masuk PAS lg baik drpd masuk PKR, biar otak dia dicuci...

    BalasPadam
  7. Masuk PAS untuk 'ditarbiah' guna fatwa songsang? Hahahahaha...!

    BalasPadam
  8. blh msk tp bkn krn nk jawatan, biar dia msk sbg ahli biasa mcm org2 lain..kalo br je msk dh nk bg jawtan, maka dgn senang'a rahsia parti akan bocor..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.