KUANTAN, 25 Feb [8.01 am] - Penduduk di
Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang
ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak. Kejadian menggemparkan di
Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.
Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam. Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek. Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.
[Nampaknya kegiatan jenayah terus berleluasa di sana sini sekarang. Kawasan Air Putih Kuantan sememangnya diketahui sebagai lokasi yang sering berlaku kegiatan jenayah di bandar ini sejak sekian lama. Kehidupan rakyat terganggu akibat tindakan mereka yang langsung tidak takut kepada undang-undang itu sebenarnya. Justeru itu, kerajaan diminta bertindak tegas untuk menambahkan lagi anggo0ta polis ronda yang bergerak dalam sesuatu kawasan dengan lebih kerap lagi selepas in. Ia setidak-tidaknya akan memberi harapan baru dan keselamatan kepada orang ramai yang senantiasa hidup dalam ketakutan. Semoga, kegiatan jenayah seperti ini dapat dielakkan pada masa-masa yang akan datang ].
~ urrrghhh....ngeri ~
BalasPadamMungkin apa yang dikatakan oleh menteri dalam negeri Hishamuddin Hussein berkata kerajaan negeri selangor pimpinan Pakatan Pembangkang tidak perlu menubuhkan polis bantuan kerana negeri itu lebih selamat dari Pahang...?.
BalasPadamPolis perlu tingkatkan lagi usaha mereka memerangi jenayah termasuk rempit, gangster dan samseng daripada sibuk kacau ceramah PR atau sembur gas pemedih mata kat makcik-pakcik yg berdemonstrasi aman.
BalasPadamPDRM BANGKAIIIII.....
BalasPadamKita tak nafikan jasa PDRM dalam menjaga keamanan negara. Tapi kadang2 meluat jugak kat polis ni pasal bersungguh benar kacau ceramah dan demonstrasi pembangkang daripada kerja lain.
BalasPadamAku pernah tengok satu van polis dengan 5-6 anggota lalu di jalan Tanjung Lumpur (x jauh dari kompleks YP) tak buat apa2 bila satu Pakcik naik motor dilanggar lori. Akhirnya aku baca dalam Sinar Harian Pakcik tu meninggal dunia on the way ke hospital. Begini ke polis? Orang accident depan mata boleh 'tengok saja' dan berlalu gitu saja meneruskan perjalanan menghala ke arah Pekan.
Cadangan saya: Jenayah sudah tidak terkawal? Adakan sistem pengesan yang merekod nombor kenderaan keluar masuk secara otomatik. Caranya ialah semua kenderaan berdaftar dilekat dengan pengesan pendaftaran yang boleh diimbas tanpa disedari oleh pemiliknya contohnya dicukai jalan atau selepas pembelian kenderaan. Sekiranya berlaku jenayah
BalasPadampengimbas yang terletak dilokasi strategik akan mengesan anggaran masa penjenayah keluar dari sesuatu kawasan.Rasanya Ini pasti akan memudahkan kerja penguatkuasa yang memang tak mencukupi.
buat Polis sendirilah...pakai kopiah semua dan tak payah pakai seluar dalam...
BalasPadam