script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh Gagal Di Kesan !


SHAH ALAM - Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR gagal dihubungi susulan sidang media tergempar diadakan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, semalam. Difahamkan, kesemua media cuba dapatkan komen Chin Cheh bagaimanapun tidak berjaya. Lewat malam tadi beliau mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook dengan melahirkan penghargaan kepada semua pengundi di Kajang yang memberi peluang kepada beliau sepanjang menjadi wakil rakyat. "Keputusan mengosongkan kerusi demi kepentingan bersama," katanya. #sumber
Share:

Anwar Nafi Spekulasi Beliau Akan Jadi MB Selangor !!


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera menafikan spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Spekulasi...Terdapat cadangan ini sejak 2008 lagi," jawabnya ketika hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada Isnin. Menurut Anwar, beliau telah menemui Abdul Khalid seperti biasa dan kali terakhir pada Jumaat dan bukan hari Ahad sepertimana yang dilaporkan media. "Saya bertemu beliau (Abdul Khalid) setiap minggu. Seperti biasa kami bertemu di pejabat atau di rumah," kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika ditanya berkaitan spekulasi yang dia telah mencapai persetujuan dengan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kerusi Menteri Besar. Ditanya adakah perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Anwar berkata, ia hanya melibatkan perkara penting berkenaan parti dan negeri tersebut sahaja. Selain itu, beliau turut bertanya sekiranya terdapat cadangan mengenai kerusi yang 'selamat' untuk ditandingi bagi melayakkannya menjadi Menteri Besar. "Kerusi selamat? Boleh anda cadangkan satu kerusi yang selamat di Selangor?" soalnya sambil sekali lagi menolak spekulasi berkenaan. Sebelum itu, adalaporan Abdul Khalid telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat ini. Laporan yang memetik sumber-sumber dalaman PKR itu menyebut yang Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini. Mereka berkata,  Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut. Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung kemelut dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia dikatakan bersetuju atas perubahan itu selepas adakan mesyuarat dengan Anwar. #sumber
Share:

Musykil: Siapa Bunuh Altantunya?, Dulu Rekod Masuk Ke Negara Ini Hilang Sekarang "Suspek" Pula Hilang !!


Seluruh negara kini dikejutkan dengan kehilangan salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shaariibuu. Dengan senatrio terbaru ini kemungkinan besar Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi itu juga akan turut terhalang. Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu. Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber. Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama. Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Persoalannya, benarkan Sirul hilang atau sengaja dihilangkan bagi menghilangkan bukti penglibatan individu tertentu dalam kes ini. Bayangkan, sebelum ini pun kita dikejutkan dengan kehilangan rekod perjalanan Altantunya ke negara ini oleh Pejabat Imigresen. Kemudian, kita dikejutkan dengan kehilangan wajah Sirul dan Azilah setiap kali mereka ke mahkamah. Kini, Sirul sendiri yang telah hilang. Soalnya, wajarkah perkara ini hanya dimaklumkan hilang?. Kenapa tidak dibuat laporan polis dan beliau dijejaki kerana kes pembunuhan itu berprofail tinggi. Kini, semua pihak bertambah musykil dengan kes ini. Apakah Altantunya juga akan senasib dengan pragawati Noritta Shamsuddin yang berkesudahan "tiada pembunuhnya" kerana siasatan mendapati ada "dua lembaga hitam" yang berbuat demikian. Akhirnya tiada siapa yang bersalah. Apakah begini akhirnya siasatan kes jenayah dalam negara kita berakhir. Malu kepada masyarakat antarabangsa sebenarnya. Mereka sudah pasti merendahkan standard pasukan polis kita kerana gagal merungkai kes yang sudah terpampang di depan mata sejak sekian lama. PDO
Share:

Kerajaan Myanmar "Bakal Hapuskan" Etnik Rohingya !


YANGON - Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan. Menurut laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar, pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar tersebut. Jelas sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah. Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995. Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut. Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi. Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine. Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa. Keganasan etnik ke atas para penduduk Rohingya biasanya dilakukan penganut Buddha. #selanjutnya
Share:

Kerajaan Negeri Kelantan Bakal Di Saman RM230 Juta


KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontraktor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan akan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan syarikat pengurusan, Baldah Toyyibah yang mengendali urusan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan. Kontraktor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya berkenaan. Bagaimana pun kontrak pembinaan itu dibatalkan begitu sahaja apabila kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain. Peranan Husam menguruskan projek berkenaan ditarik balik dan diganti dengan orang lain apabila Ahmad Yaakub menjadi MB. Ekoran itu pengurusan baru mengendali projek berkenaan telah mengenepikan kontraktor dari Korea itu tanpa berbincang dan memikirkan risiko di sebalik pembatalan itu. Hari ini khabarnya kontraktor itu telah kemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta. #selanjutnya
Share:

Pemuda PAS Gesa Khalid Dan Azmin Henti Berbalah !!


SHAH ALAM - Susulan kemelut yang melanda dua pemimpin PKR di negeri ini, Pemuda PAS hari ini membuat teguran secara terbuka supaya pemimpin berkenaan menghentikan pertelagahan yang sedang berlaku. Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, konflik yang berlaku antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali perlu ditamatkan kerana ia hanya memberi gambaran negatif kepada imej PR. Beliau menambah perkara itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat. "Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan UMNO dan BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Perbalahan di antara Abdul Khalid dan Mohamed Azmin kembali memuncak susulan pengguguran Ahli Parlimen Gombak itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Isu itu berlarutan sehingga timbul pula gesaan supaya menteri besar itu digugurkan daripada jawatan yang disandangnya kini. Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, teguran yang dilakukan tersebut bukan bertujuan masuk campur hal orang, namun ia berdasarkan tanggungjawab sebagai rakan parti dalam PR. "Teguran ini bukan soal pemuda Pas ingin 'menjaga tepi kain orang' tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam Pakatan untuk mengutarakan nasihat dan teguran ke arah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat,” katanya. #sumber
Share:

Peserta Empower Tekad Majukan Dri Masing-Masing !


BENTONG - Kebanyakan peserta yang menyertai program Empower bertekad untuk memajukan diri dalam bidang diceburi sekiranya di beri lebih peluang. Peserta, Radziah Adi, 46, berkata, dia gembira kerana dapat menyertai kursus pembuatan kuih tradisional dan masakan. Menurutnya, pelbagai perkara baru dapat dipelajarinya memandangkan ia dikendalikan tenaga pengajar terlatih. “Selepas sertai kursus, kemahiran sedia ada dapat ditingkatkan dan seterusnya berupaya menghasilkan pengeluaran produk yang lebih banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya. Radziah berkata, namun dengan menggunakan peralatan terhad, permintaan berskala besar dari pelanggan tidak dapat ditunaikan. Katanya, dia berharap agar bantuan peralatan dapat diberikan kepada peserta yang sertai kursus agar dapat tambah lagi pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup. Sementara itu, P Sumarthi, 47, dia gembira kerana dapat gunakan ilmu yang dipelajari untuk tambahkan pendapatan keluarga. Katanya, walaupun sebelum ini dia ada ambil tempahan dari rumah, namun sejak sertai kursus jumlah permintaan semakin bertambah. “Apa yang diharapkan selepas ini, saya dan rakan-rakan dapat lebih maju dalam bidang masing-masing. “Kini saya dalam proses sertai kelas jahitan pula sebagai salah satu cara tambah kemahiran serta jana pendapatan sampingan bantu keluarga,” katanya. #sumber
Share:

Warga Jengka Di Pelawa Sertai RELA Kekang Jenayah


JERANTUT - Penduduk di kawasan Felda Wilayah Jengka diminta memberi kerjasama dan menyertai Pasukan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk membantu pihak berkuasa mengurangkan kes jenayah termasuk kerja kemasyarakatan di tanah rancangan itu. Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Datuk Shaari Din berkata, sumbangan secara moral dan khidmat sukarela menjamin kawasan Felda bebas daripada sebarang kegiatan jenayah, manakala dengan wujudnya Rela usaha menjaga keselamatan awam boleh menjamin keselesaan penduduk di situ. Menurutnya, kehadiran Rela di setiap tanah rancangan Wilayah Jengka dan negeri ini amnya merupakan mekanisme yang terbaik untuk kerajaan mengurangkan kes jenayah dan pada masa sama penyemaian nilai perpaduan dan kejiranan semakin kukuh. “Saya yakin sebanyak 6,047 orang anggota Rela di 37 buah rancangan Wilayah Jengka mampu menjadi benteng pertahanan keselamatan tempat tinggal masing-masing, di samping bersiap siaga menghadapi tugas pada waktu kecemasan. “Hasrat kerajaan untuk memenuhi aspirasi penugasan Rela lebih cemerlang dan penuh integriti maka setiap pasukan sukarelawan berkenaan akan mempunyai sebuah Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di tempat masing-masing,” katanya semasa Majlis Perasmian premis PKKR Platun di Felda Padang Piol, di sini. Premis pentadbiran PKKR Platun Felda Padang Piol yang bernilai RM48,000 dirasmikan oleh Pengarah Rela Pahang, Mohd Shah Rizal Zainal. Shaari berkata, PKKR merupakan pusat pentadbiran dan pengurusan Rela di tanah rancangan itu menjadi sebuah mercu tanda kepada usaha menjaga keselamatan penduduk menerusi peranan pasukan Rela menjalankan tugas dengan penuh integriti untuk orang ramai. #selanjutnya
Share:

Orang Ramai Pertahankan Kalimah Allah Di Temerloh


TEMERLOH - Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa (PPTKS) Temerloh dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Temerloh membantah kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguan mereka. Yang Dipertua PPTKS Temerloh, Yaakub Uda berkata, tindakan paderi terbabit seolah-olah cuba mencabar umat Islam di negara ini dan langsung tidak menghormati kesucian agama Islam. Menurutnya, tindakan itu boleh menimbulkan suasana tidak senang dalam kalangan umat Islam di negara ini, sekali gus mampu menggugat keharmonian kaum yang dinikmati selama ini. “Kami bantah keras kenyataan paderi terbabit dan akan mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk umat Islam,” katanya sewaktu demonstrasi aman di hadapan pejabat persatuan itu dan pejabat PBTM Temerloh di Lurah Semantan semalam. Beliau turut menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang merampas Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Islam di sebuah premis di Petaling Jaya baru-baru ini. Sementara itu Pengerusi PBTM Temerloh Kapten (B) Abdul Latif Mohd Noor yang mewakili 1,600 ahli persatuan itu di Temerloh berkata, PBTM kecewa apabila agama Islam dan kalimah ALLAH yang diperjuangkan bekas-bekas tentera selama ini sejak zaman darurat diperkotak-katikkan pihak tertentu. Menurutnya, tindakan itu dianggap biadab dan boleh mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian kaum yang dinikmati selama ini. “Seperti yang kita tahu masjid adalah rumah ALLAH, apabila ada pihak yang menggunakan rumah ALLAH pada gereja selepas ini sudah tentu akan mengelirukan generasi muda masa depan. “Bahkan penggunaan Bible Bahasa Melayu secara jelas menunjukkan ada usaha pihak tertentu untuk menyebarkan agama mereka kepada anak Melayu,” katanya. Sehubungan itu PBTM Temerloh membantah keras kenyataan paderi Lawrence dan menyokong segala tindakan yang diambil kerajaan dalam usaha selesaikan isu kalimah ALLAH ini. #sumber
Share:

TM Serahkan Sumbangan Zakat Berjumlah RM92,032 !


KUANTAN - Bagi menyempurnakan tanggungjawab sosial, Telekom Malaysia Behad (TM) Pahang menyerahkan zakat berjumlah RM92,032 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang, kelmarin. Pengurus Besar TM Negeri Pahang, Md Rasidin Kadak berkata, pengagihan zakat dari TM ini adalah sebahagian daripada perolehan keuntungan pendapatan yang dicacatkan oleh TM pada tahun 2013. Menurutnya, TM tidak pernah mengambil mudah mengenai pelaksana tanggungjawab sosial korporatnya terhadap masyarakat dan memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik untuk menjalani kehidupan seperti orang lain. “Bukan sahaja dapat membantu golongan memerlukan, malah secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan TM dengan masyarakat madani di negeri ini,” katanya. Zakat tersebut disampaikan kepada Pengurus Besar pusat Kutipan Zakat Pahang, Datuk Halidan Md Daud. Halidan berkata, penyerahan zakat tersebut merupakan permulaan terbaik untuk tahun ini yang sasarkan kutipan sehingga RM115 juta. Menurutnya, seramai 71,000 pembayar zakat melalui potongan gaji sektor awam dan swasta dijangka menjalankan tanggungjawab tersebut tahun ini. “Antara strategi yang akan dilakukan bagi capai sasaran itu termasuk adakan kolaborasi dengan beberapa agensi serta guna laman sosial salurkan maklumat PKZ ini. “Sehubungan itu, saya berharap lebih ramai dapat tunaikan tanggungjawab bayar zakat untuk keberkatan serta kebaikan,” katanya. #sumber
Share:

Kakitangan Jabatan Hutan Di Beri Info 'Kencing Tikus'


KUANTAN - Kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang diingatkan menggunakan sarung tangan dan but ketika bertugas di 32 kawasan hutan lipur di negeri ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kencing tikus atau leptospirosis. Timbalan pengarahnya, Norhaidi Yunus berkata, kakitangan yang bertugas di hutan termasuk di kawasan hutan lipur antara yang berisiko tinggi dan perlu sentiasa memberi perhatian terhadap kebersihan, langkah pencegahan perlu sentiasa diberi perhatian sepanjang berada di kawasan berisiko. Menurutnya, kakitangan terutama yang bertugas di kawasan hutan lipur di negeri ini perlu sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan sarung tangan getah ketika melakukan aktiviti di tempat berkenaan. “Selain itu, kerjasama pengunjung sentiasa diperlukan supaya sama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah dan sisa makanan merata-rata. Kita tidak ingin melihat kejadian penyakit kencing tikus yang menyerang Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran sebelum ini berlaku di tempat lain hingga menyebabkan kepada pelbagai masalah kepada semua pihak,” katanya. Beliau berkata demikian pada taklimat bahayanya penyakit kencing tikus dan demam malaria oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah yang disertai lebih 300 kakitangan Jabatan Perhutanan di Dewan Wisma Belia Indera Mahkota, di sini. Norhaidi berkata, Unit Hutan Lipur Jabatan Perhutanan dan Pejabat Hutan Daerah sentiasa melakukan pemeriksaan di semua hutan lipur di negeri bagi memastikan tahap kebersihan selain menentukan kemudahan yang ada berada dalam keadaan baik. Katanya, dengan jumlah kakitangan yang terhad Jabatan Perhutanan tidak mampu untuk melakukan kerja pembersihan secara harian, aktiviti memungut sampah hanya dilakukan secara berjadual. #selanjutnya
Share:

Salji Turun Di Mesir, Paksi Bumi Sedang Beralih Arah


Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera. Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. #selanjutnya
Share:

Chegubard: Kes Pembunuhan 'Altantunya' Ikut Skrip !


Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya dengan ‘menghilangkan’ suspek utama kes itu. “Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya. “Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga terlibat dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut dijalankan. Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut,” ujarnya ketika dihubungi. Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie. Ia menjadi lebih aneh apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak. Baru-baru ini, portal The Malaysian Insider melaporkan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang daripada dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu. Menurut Chegu Bard, beliau sudah menjangkakan kes ini akan ditutup dan dibiarkan begitu sahaja apabila Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke 13. “Ini dilakukan kerana kes pembunuhan ini berkaitan dengan skandal pembelian kapal selam, dan sebab itu kes ini perlu didiamkan,” tegas beliau. Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal sama sekali. “Kita tahu kemampuan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu yang mereka kehendaki, ini jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis rakyat ditangkap di tengah jalan mahupun ketika sedang makan. “Jadi alasan bahawa suspek hilang sememangnya tak dapat diterima. Dia perlulah ditangkap dan didakwa,” tegasnya lagi. #sumber
Share:

Panas: NGO Angkara Gesa Kerajaan Negeri Cakna Isu Rakyat, Segera Baiki Jalan Runtuh Di Seluruh Pahang

KUANTAN, 26 Jan - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini meminta Kerajaan Negeri Pahang segerakan baik pulih jalan-jalan runtuh yang terdapat di seluruh negeri ini akibat banjir besar awal bulan lalu. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, amatlah mengecewakan sekali apabila jalan-jalan yang menjadi laluan utama penduduk masih gagal dibaiki walau pun sudah hampir dua bulan berlalu. "Saya hairan, sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan Barisan  Nasional (BN) .. mereka terlalu lambat dan lembab untuk mendahulukan rakyat dalam isu sebegini. Walhal, umum mengetahui Perdana Menteri Malaysia sendiri berasal dari negeri Pahang. Peliknya, kenapa tidak diwujudkan hubungan dua hala yang lebih mantap antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Kerajaan Pusat dalam usaha untuk memastikan kemudahan rakyat seperti ini lebih terjamin. Kenapa lambat bertindak, hingga boleh mengancam keselamatan rakyat?. Apakah kerajaan mahu tunggu sehingga ada rakyat yang menjadi korban, baru mahu bertindak. Mana pergi duit cukai bijih besi, balak, emas, tanah, ladang sawit dan sebagainya yang menjadi sumber kekayaan bumi Pahang selama ini?... Bila ditanya, jawapan yang diberika tak ada duit.. kerajaan tak ada duit... Ini bukan negeri pembangkang.. ini negeri BN.. kalau tak ada duit.. mohon peruntukan segera dari pusat.. bukan susah sangat.. lagi pun Dato' Najib orang Pahang.. apakah hubungan kerajaan negeri dan pusat bermasalah.. sampai benda kecik macam ni pun tak boleh nak cakna..Mereka tak faham ke jalan runtuh boleh membahayakan nyawa pengguna jalanraya?. Kenapa tutup mata dalam isu-isu rakyat sebegini?. Bukankah ini tanggungjawab kerajaan yang memerintah?. Nak tunggu bila lagi.. mahu bertindak agaknya?. Apakah rakyat perlu tunggu pilihanraya akan datang barulah isu-isu sebegini mahu diberi perhatian kerajaan?", kata Shukri. 

Jalan runtuh dekat Felda Sungai Nerek laluan Temerloh ke Bandar Jengka
Jalan runtuh dekat Felda Sungai Tekam Getah, laluan Jerantut ke Maran
Jalan runtuh di kawasan perumahan dekat Indera Mahkota, ada dua lokasi

Difahamkan, antara jalan-jalan runtuh yang masih gagal diperbaiki ialah di jalan Felda Sungai Nerek-Temerloh (Maran), jalan Jerantut-Maran dekat Felda Sg.Tekam Getah (Jerantut), jalan perumahan di Indera Mahkota (Kuantan) ada dua lokasi runtuhan dan banyak lagi. Sementara itu, Shukri juga tidak menolak kemungkinan Angkara akan turun padang untuk meninjau sendiri jalan-jalan berkenaan sekiranya masih gagal diperbaiki dalam masa terdekat ini. "Sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh kerajaan ini amat dikesali.. mana pergi wakil rakyat yang dilantik?. Bila kami dedahkan barulah mereka semua ini terhegeh-hegeh tunjukkan muka, panggil media ambik gambar konon prihatin isu rakyat.. walhal mereka semua tidur lena atas bantal empuk sedangkan rakyat terpaksa menanggung derita dan berhadapan dengan bahaya sekiranya berlaku kemalangan di kawasan itu.. saya harap jalan-jalan ini segeralah diperbaiki.. malu kita.. sebab ini bukan negeri PAS, DAP atau PKR.. ini negeri BN.. yang menjadi mangsa juga orang-orang BN... Adakah nasib mereka hanya diberi perhatian masa pilihanraya sahaja.. lepas tu.. wakil rakyat biarkan suara mereka... Kami tak akan berkompromi dalam isu-isu rakyat.. kerana rakyat perlu didahulukan..bukan sekadar retorik semata-mata", dakwa beliau lagi.

[Rakyat Pahang kini tertanya-tanya mana perginya  Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob yang pernah diheboohkan gara-gara baru daftar dua hari sudah dapat kontrak menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun itu. Apa yang mereka lakaukan agaknya. Isu jalan terus menghantui rakyat Pahang sedangkan syarikat terbabit mendapat peruntukan dana ratusan juta ringgit untuk tempoh kontrak selama tujuh tahun itu. Anehnya, selepas syarikat itu mengambil alih hal ehwal penyelenggaraan jalan seluruh Pahang, maka inilah hasil yang telah disajikan. Keadaan jalan menjadi semakin buruk dan amat memalukan. Menteri Besar Pahang harus bertanggungjawab kerana meluluskan kontrak berkenaan kepada sebuah syarikat yang ada kepentingan ahli keluarga dan proksinya. Rakyat mahu tahu, apakah yang telah dilakukan oleh syarikat yang tidak berpengalaman itu?. Jalan rakyat seluruh negeri Pahang kini semakin bermasalah dan memberi kesan kepada pengguna itu sendiri. Jika syarikat berkenaan gagal bertindak, maka batalkan saja kontrak yang berkenaan. Kembalikan kerja-kerja  jalan kepada kontraktor yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab. Jangan biarkan rakyat menjadi mangsa atas kesilapan ini].
Share:

PAS: Baiki Segera "Jalan Runtuh" Di Sg.Tekam Getah !


JERANTUT - PAS menggesa pihak bertanggungjawab segera membaiki jalan runtuh di laluan jalan utama Jerantut - Maran, dekat Felda Sungai Tekam Getah yang sudah dua bulan dibiarkan akibat kejadian banjir penghujung tahun lalu. Runtuhan sedalam 10 meter di jalan utama itu menyebabkan gangguan dan kesukaran lebih 3,000 penduduk tanah rancangan berkenaan dan perkampungan sekitar berulang-alik menggunakan jalan berkenaan saban hari, selain mengancam nyawa mereka. Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut Yohanis Ahmad (foto) berkata, jalan tersebut mula terhakis dan runtuh apabila berlaku banjir pada awal Disember lalu, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang kerja-kerja pemulihan. “Pengguna tidak ada alternatif lain selain daripada menggunakan jalan ini untuk pergi bekerja, ke bandar Jerantut atau Jengka dan memunggah hasil pertanian sawit, getah dan lain-lain dibawa ke kilang Jengka 8 dan Kota Gelanggi. “Masalahnya jalan ini mengancam nyawa mereka. PAS kesal kerana setakat hari tidak ada apa-apa perkembangan langsung. Lambatnya wakil rakyat dan JKR untuk selesaikan masalah ini, tidak seperti janji pilihan raya lalu,” katanya. #selanjutnya
Share:

Ketua Polis Pahang: 30 Kawasan Panas Di Kenal Pasti


TEMERLOH - Polis mengenal pasti sebanyak 30 kawasan 'panas' di negeri ini yang sering berlaku kemalangan untuk diberi tumpuan dalam pelaksanaan Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, daripada jumlah berkenaan Lebuh Raya Pantai Timur merekodkan jumlah kawasan 'panas' tertinggi iaitu sebanyak tujuh lokasi. "Selain itu Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut masing-masing mempunyai tiga lokasi panas manakala masing-masing dua di Pekan, Bentong serta Bera dan satu masing-masing di Lipis dan Raub. "Kita akan meningkatkan lagi kehadiran dan pemantauan di kawasan terbabit dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar kemalangan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 4, 2014 sempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Temerloh di sini semalam. Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri, Zakaria Man; Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Riduan Hashim; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad dan ketua-ketua polis daerah. Menurutnya, bagi memastikan keberkesanan Op Selamat bermula hari ini hingga 7 Februari depan, pihak polis akan turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan pasukan tentera. "Dalam Op kali ini kita akan memberi fokus kepada enam kesalahan utama yang dikenal pasti iaitu kemalangan jalan raya, had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, Op Selamat pada kali ini diperluaskan kepada usaha pencegahan dan mengurangkan kadar jenayah. Katanya, untuk tujuan itu pihak polis berharap orang ramai termasuk penduduk setempat turut memberi kerjasama kepada pihak polis dalam usaha mencegah serta menangani kes-kes jenayah di seluruh negeri ini. #sumber
Share:

Adnan: Umat Islam Perlu Bersatu Pertahankan Agama


KUANTAN - Umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan semangat serta ketegasan bagi mempertahankan agama yang kini dilihat begitu mudah dikritik pihak tertentu terutama dalam isu murtad dan kalimah Allah. Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, kerajaan dan pihak berkuasa agama juga perlu bertegas berhubung perkara tersebut demi memastikan agama Islam terus terpelihara dan bukan menjadi mainan pihak tertentu. "Dalam soal murtad, perkara ini boleh dipermainkan di mana orang seolah-olah bebas keluar masuk agama dan boleh dikritik oleh golongan bijak pandai, orang Islam seharusnya sedar dan bangun dari tidur serta bersatu menegakkan agama. "Begitu juga soal kalimah Allah, kita berpegang pada ajaran Nabi Muhammad SAW, namun ada golongan cuba bangkitkan mewujudkan perselisihan faham antara masyarakat," katanya ketika berucap menutup Majlis Tilawah al-Quran Saudara Baharu Peringkat Kebangsaan di sini malam kelmarin. Adnan berkata, beliau bimbang daripada satu sudut Allah SWT akan murka kepada umat Islam jika isu kalimah Allah tidak dapat ditangani dengan baik. "Kita perlu tangani isu kalimah Allah dengan baik, saya takut dari satu sudut Allah akan murka kepada kita kerana nama Allah pun tidak mampu hendak jaga. "Kita perlu tegas dengan perkara ini, kalau timbul saja isu itu... mufti dan jabatan agama terus bangun mempertahankan serta bagi penjelasan," katanya. Menurut beliau, umum dapat melihat bagaimana peguam-peguam bukan Islam mempertikaikan mengenai kalimah Allah walaupun sudah dijelaskan bahawa Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam. "Mereka dilihat begitu berani dan saya berharap kita (umat Islam) juga perlu berani bangkit mempertahankan kalimah ini, kalau tidak kita sampai bila-bila akan ditindas pihak tertentu," katanya. #sumber
Share:

UMNO Temerloh Bantu Baik Pulih Rumah Warga Emas


TEMERLOH - Sejak tiga tahun lalu, Romli Mohamad, 80, yang tinggal bersama anak bongsunya di Taman Saga di Mentakab dekat sini hanya mampu terbaring akibat tidak dapat berjalan dan melihat. Jika anak bongsunya keluar bekerja, maka Romli akan merangkak untuk bergerak di dalam rumah atau mengharapkan bantuan jiran. Lebih menyedihkan, rumah yang didiaminya bukan sahaja tidak terurus dan tiada bekalan elektrik tetapi hampir kesemua bahagian bumbung sudah bocor. Setiap kali hujan, Romli pastinya basah dan terpaksa merangkak ke sana sini sendirian mencari kawasan yang kering agar tidak kesejukan. Menurut Romli, wang pencen yang diterimanya hanya dapat digunakan untuk membayar ansuran rumah dan juga untuk makan selain belanja membeli ubatnya. Namun penderitaan pesara tentera itu berakhir apabila dia mendapat perhatian UMNO Bahagian Temerloh yang memberi bantuan bagi membaiki rumahnya di Taman Saga itu. Sumbangan awal berjumlah RM7,000 bagi membaiki rumahnya termasuk menggantikan keseluruhan atap yang bocor adalah hasil usaha Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Samsudin. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Nor Azmi Mat Ludin yang mengunjungi Romli berkata, sumbangan daripada kerajaan negeri itu merupakan bantuan wal untuk meringankan beban Romli. Katanya, mereka akan berusaha menyalurkan bantuan lain termasuklah kerusi roda dan bantuan kebajikan pada masa terdekat. Sementara itu, Romli berkata, dia amat terharu dengan perhatian kerajaan negeri dan UMNO Temerloh itu dan terharu dengan keprihatan ditunjukkan.  #sumber
Share:

PPD: Masih Ramai Bawa "Telefon Bimbit" Ke Sekolah !


BERA - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) memandang serius tabiat pelajar yang sering membawa telefon bimbit masing-masing pada waktu persekolahan sedangkan perkara itu tidak dibenarkan sepanjang sesi pembelajaran. Pegawainya, Baharom Samad berkata, beberapa sekolah dikenal pasti menghadapi situasi ini terutama pelajar sekolah menengah yang ingkar dengan arahan tersebut. Katanya, perkara ini antara topik yang sering dibincangkan memandangkan alat telekomunikasi itu boleh mengganggu sesi pembelajaran pelajar. “Kita memandang serius perkara ini, malah pihak sekolah dengan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) sering mengutarakan masalah ini dan sudah ada sekolah yang mengambil tindakan tegas dengan merampas telefon bimbit tersebut. “Contohnya, di SMK Bandar Kerayong, PIBG menetapkan denda minimum sebanyak RM50 untuk menuntut telefon bimbit terbabit,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2014 di SMK Bandar Kerayong, semalam. Pada program itu, penyerahan bantuan persekolahan kepada 594 pelajar disempurnakan Pengerusi Persatuan Keturunan Low Daerah Bera, Datuk Low Kok Chuan. Hadir sama, Pengetua SMK Kerayong, N Al-Hadi Ibrahim. Baharom berkata, pihak sekolah tidak menghalang mereka gunakan telefon bimbit yang seiring dengan teknologi semasa tetapi bukan dalam kawasan sekolah kerana itu sudah pasti akan mengganggu pembelajaran atau aktiviti dalam kelas dan sekolah. Katanya, pihak sekolah berhak merampas telefon bimbit milik pelajar dan ibu bapa boleh menuntutnya semula dalam tempoh yang ditetapkan pihak sekolah dan PIBG. “Kita bukan bersikap kejam kepada pelajar dan ibu bapa tetapi mereka kena ikut peraturan yang ditetapkan dan tindakan itu adalah yang terbaik untuk mereka,” katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, RM1.5 juta bantuan persekolahan diperuntukkan kepada pelajar di 48 sekolah seluruh Bera. #sumber
Share:

Warga RTP Lembah Klau Stres Di Ganggu Beruk, Kera


RAUB - Kehadiran kera dan beruk yang merosakkan tanaman penduduk Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lembah Klau, di sini sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKK) RTP Lembah Klau, Mokhtar Ahmad berkata, penduduk berang kerana mereka tidak dapat menikmati hasil tanaman sejak kehadiran haiwan itu. “Ramai dalam kalangan penduduk memiliki kebun dan dusun dengan keluasan kira-kira 0.8 hektar hingga dua hektar. “Mereka memanfaatkan tanah tersebut dengan bercucuk tanam pelbagai jenis buah-buahan namun hampa kerana bertan-tan hasil tidak dapat dinikmati dan dijual akibat dimusnahkan haiwan terbabit,” katanya. Menurut Mokhtar, kehadiran haiwan tersebut berkemungkinan disebabkan habitat asal mereka musnah akibat pembangunan sejak kebelakangan ini. Akibat tidak tahan dengan masalah yang membelenggu mereka, Mokhtar dan jawatankuasa penduduk membuat aduan kepada pihak berkaitan. Susulan itu, penduduk kampung dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Raub mengadakan operasi membasmi binatang pemusnah terbabit pada Selasa lalu. Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd Sharif berkata, 13 anggota Perhilitan, tujuh anggota Rela dan penduduk kampung menyertai operasi terbabit. “Kita cuba halau haiwan ini daripada mendekati kawasan kebun dan pemantauan secara berterusan turut dilakukan bagi memastikan masalah sama tidak berulang lagi,” katanya. #sumber
Share:

Warga Asing Maut Nahas Langgar Lari Di Benta Estet !


KUALA LIPIS - Seorang buruh warga Indonesia maut insiden langgar lari di kilometer 20 Jalan Lipis-Benta berdekatan Benta Estet di sini, kelmarin. Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila mangsa yang dikenali Muhamad Parlin, 31, sedang melintas jalan untuk pulang ke rumah di Benta Estet. “Mangsa yang sedang melintas jalan dilanggar sebuah kenderaan yang tidak diketahui jenisnya. Pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri sejurus kejadian. “Mangsa yang berasal dari Lombok Barat, Indonesia maut serta merta di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan,” katanya. Abdul Razak turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membantu polis bagi mengesan kenderaan yang terlibat dalam kes langgar lari itu. “Saksi diminta berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Johnny anak James Bujang di talian 09-3122222,” katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau turut menasihati orang ramai terutama pejalan kaki supaya memakai baju berwarna terang bagi mudah dilihat pemandu kenderaan. “Sikap orang ramai yang teragak-agak semasa melintas jalan boleh mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri. “Pemandu perlu memperlahankan kenderaan dan jika semua ini dipatuhi, kemalangan maut memang boleh dielak,” dakwanya. #sumber
Share:

Mayat "Lelaki OKU" Di Jumpai Mati Dalam Longkang !!


KUANTAN - Tanda tanya kehilangan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terjawab apabila mayatnya ditemui tersangkut di dalam longkang di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chun Ching, Tanah Putih, di sini, petang kelmarin. Mayat Lim Kim Hau, 55, ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dipenuhi sampah kira-kira jam 7 petang oleh sekumpulan pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu. Bau busuk dari arah longkang tersebut mendorong kumpulan pelajar terbabit menghampiri kawasan itu sebelum ternampak mayat mangsa tertiarap bersama sampah sarap. Penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis sebelum mayat diangkat keluar dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Menurut adik mangsa, Lim Por Keong, 41, abangnya tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu selepas keluar dari rumah kakaknya di Bukit Setongkol di sini kira-kira jam 10 pagi hari itu. “Dia selalu keluar dari rumah untuk berjalan-jalan sekitar bandar dan akan pulang selewat-lewatnya jam 9 malam. “Bagaimanapun Selasa lalu dia langsung tidak pulang dan kami sekeluarga cuba mencarinya di sekitar bandar namun gagal,” katanya. Por Keong berkata, susulan kehilangan abangnya, satu laporan polis di buat Balai Polis Kuantan kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama kerana bimbang akan keselamatannya mangsa yang mengalami masalah lembam. “Tadi (semalam) saya menerima panggilan daripada kakak beritahu berhubung penemuan mayat seorang lelaki di sini. “Saya terus ke sini namun sepanjang perjalanan sentiasa berharap agar mayat itu bukan abang yang hilang,” katanya. Harapannya musnah apabila hasil pengecaman ke atas mayat yang sudah kembung itu sah abangnya.  #selanjutnya
Share:

Tapak Masjid Terawal Di Pahang Di Temui Dekat Bera


BERA - Masjid berkenaan ialah masjid Tok Mengkarak di Kampung Mengkarak, Bera. Ia terletak di antara muara Sungai Mengkarak dengan tebing Sungai Pahang. Tok Mengkarak atau namanya disebut Imam Nur Al Qadim anak kepada Imam Nur Al Bayan, dipercayai yang awal bertanggungjawab membawa dan mengembangkan agama Islam di sebelah Pahang tengah. Datang dengan empat beradik ke Semennajung Tanah Melayu dari Tanah Minang, beliau membuka satu tempat dengan nama Kampung Mengkarak, mengambil sempena nama tempat asalnya iaitu Danau Singkarak (yang katanya dari segi geografinya seakan-akan serupa dengan kampung asalnya). Lokasi penempatan yang dibuka oleh Tok Mengkarak itu, betul betul terletak di tanjung Sungai Pahang yang paling selatan (jika merujuk peta negeri Pahang) dan keunikan ini menjadikan aliran Sungai Pahang seperti berbentuk huruf U. Tapak masjid asal Tok Mengkarak ini hanya tinggal kenangan, kerana yang tinggal sekadar batu-batu yang ditemui dalam tanah. Ketua Kampung Mengkarak Tok Empat Rosli berkata, kawasan tapak masjid sering dilanda banjir menyebabkan kesan-kesan sejarah menjadi hilang. Menurut Rosli, selepas masjid itu, ada satu lagi masjid yang didirikan agak ke darat sedikit, juga sudah diruntuhkan dan kayu-kayunya diwakafkan ke pondok Bukit Keledang. Masjid Mengkarak yang ini merupakan masjid ketiga dalam sejarah Mengkarak. #sumber
Share:

Panas: Kes Gaduh Di Jengka 21, Seorang Mangsa Mati


MARAN, 25 Jan  - Satu kejadian pergaduhan antara dua kumpulan telah berlaku di kawasan tanah rancangan Felda Jengka 21 dekat sini pagi tadi. Difahamkan, terdapat kecederaaan parah kepada mangsa yang terbabit hingga membawa kepada kematian dalam kejadian itu. Pihak polis sedang memantau kawasan itu sekarang dan orang ramai dilarang menghampiri lokasi berkenaan. Mangsa yang meninggal dunia dipercayai berbangsa Melayu dan berasal dari Rumpun Makmur dekat sini. Menurut saksi, beliau amat kecewa apabila orang kampung dilaporkan mangsa mati akibat terjatuh motor, sedangkan mangsa sebenarnya telah pun dipukul dengan teruk sehingga mati oleh kumpulan itu. Laporan lanjut menyusul. 
Share:

ADUN PKR "Nafi Gaduh", Akan Saman Blog Pro UMNO !


KUANTAN, 25 Jan - Susulan tersebarnya berita bahawa Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Cheang Chung bahawa beliau bergaduh dengan mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail di sebuah restoran dekat sini baru-baru ini, maka hari ini ADUN terbabit telah mengeluarkan satu kenyataan media bagi menafikan dakwaan tersebut. Kenyataan yang disiarkan di laman PKR Pahang itu antara lain menyebut bahawa insiden itu adalah khabar angin semata-mata. "Saya difahamkan bahawa terdapat berita yang disiarkan oleh blogger-blogger pro UMNO di internet bahawa saya telah bergaduh dengan ADUN Bandar Terengganu YB Azan di Restoran Maya, Beserah baru-baru ini. Saya menegaskan bahawa berita tersebut merupakan satu penipuan dan cerita rekaan yang berniat jahat. Pada masa kejadian yang disebarkan oleh blogger berkenaan, saya sedang berada di rumah dan tidak berada di mana-mana Restoran di sekitar Beserah. Saya akan membincangkan perkara ini dengan peguam saya dan saya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan seterusnya terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini", kata kenyataan ADUN terbabit hari ini. #sumber
Share:

Panas: Pahang Bakal Dapat MB Baru Dalam Tahun Ini, Jika PM Najib Rombak Pentadbiran Pusat Dan Negeri

KUANTAN, 25 Jan - Dikala seluruh negara kini tertumpu kepada krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali berkaitan isu jawatan Menteri Besar Selangor, namun di Pahang tidak kurang hebatnya. Kini heboh diperkatakan Menteri Besar Pahang akan bertukar pada tahun ini. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila ada pihak yang sudah mula berkempen untuk menaikkan wakil rakyat mereka sebagai Menteri Besar Pahang yang baru. Sebelum ini memang kedengaran Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) akan menamatkan karier Menteri Besar pada PRU-13 lalu. Namun, jangkaan itu meleset apabila beliau terus kekal bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dan bukannya kerusi Parlimen seperti yang diwar-warkan. Maknanya, Adnan masih kekal sebagai MB dan tidak mungkin dia berpindah ke pusat. Kecoh diperkatakan, Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak sendiri mahukan Menteri Besar baru di Pahang. Namun, nama yang dihantar tidak diperkenankan oleh Istana Pahang, walau pun calon berkenaan adalah orang kanan Najib. Difahamkan calon tersebut ialah ADUN Peramu Jaya (N21), Dato' Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali yang juga merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan Najib sendiri. Apapun, semua itu tidak menjadi kenyataan, apabila Adnan terus diangkat sebagai Menteri Besar Pahang atas perkenan Tuanku Sultan sendiri. Apapun, ada desas-desus mengatakan Adnan hanya diberi tempoh setahun sahaja bagi menyelesaikan kerja-kerja beliau di Wisma Sri Pahang, dan tempatnya akan digantikan dengan calon baru tahun ini. Soalnya, apakah dakwaan ini benar?. Atau sekadar khabar angin semata-mata?. Wartawan PDO cuba mendapatkan gambaran sebenar isu ini dan ternyata ia mungkin menjadi kenyataan berdasarkan senario politik semasa yang kini berlaku.

Tiga calon popular ganti Adnan, Bakar Harun, Sheikh Puzi dan Sharkar

Namun, sesuatu yang mengejutkan pasti akan terjadi apabila nama calon Najib iaitu Dato' Sheikh Mohamed Puzi kini terpaksa bersaing dengan dua calon lain iaitu Dato' Bakar Harun (ADUN Chini) dan Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin (ADUN Lanchang). Dua nama ini kini menjadi bualan kerana Sharkar adalah orang Adnan, manakala Bakar Harun pula khabarnya amat disenangi oleh pihak istana kerana dia adalah ADUN bagi kawasan parlimen di Pekan. Malah, daripada sumber-sumber yang oleh dipercayai cadangan untuk menukar Menteri Besar Pahang hanya akan dipersetujui oleh pihak istana jika calonnya adalah orang pilihan mereka. Sekiranya calon tersebut bukan orang pilihan istana, maka sudah pasti Adnan Yaakob akan tetap dikekalkan. Inilah yang merungsingkan Najib sekarang. Beliau perlu akur dengan istana kerana dia sendiri adalah Ahli Parlimen Pekan. Jika ini berlaku, sudah pasti orang kanan Najib, Sheikh Puzi akan terus menjadi ADUN biasa seperti sekarang. Ini amar merugikan masa depan politik beliau selepas meninggakan jawatan penting sebagai Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri itu sendiri. Kini, heboh juga diperkatakan ADUN Chini, Bakar Harun diarahkan belajar "Bahasa Inggeris" sebagai persediaan untuk mengambil alih jawatan MB dari Adnan. Maklumlah, Bakar hanyalah seorang peneroka Felda dan latar belakang pendidikannya tidakah sehebat calon lain. Jika ini berlaku, Pahang mungkin akan mencipta sejarah memiiki MB dari kalangan orang biasa (peneroka Felda). Apapun, segalanya ini masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan pada masa sekarang ini.

Bakar Harun amat disenangi oleh semua pihak termasuk golongan muda
Beliau juga dikatakan calon yang sesuai kerana lebih dekat dihati rakyat

[Soalnya, bagaimanakah pula dengan nasib Adnan Yaakob?. Menurut sumber, Adnan akan dilantik sebagai Senator untuk membolehkan beliau menjawat jawatan Menteri dalam rombakan kabinet yang akan dilakukan oleh Najib tidak lama lagi. Senario yang berlaku di Pahang kini semakin hangat apabila, ada pihak yang sudah mula mencanangkan Bakar Harun besar kemungkinan akan menggantikan Adnan dan bukannya Sheikh Puzi seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Apa pula dengan nasib Sharkar?. Beliau mungkin akan ke kabinet juga seperti Adnan, cuma portfolionya sahaja yang masih belum ditetapkan. Maka itu, tidak hairanlan Najib menarik Sharkar menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai persediaan ke arah itu. Politik Pahang kini semakin panas, apabila sayap muda parti itu bergolak gara-gara isu perlantikan jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri oleh Khairy Jamaluddin yang tidak dipersetujui oleh sebahagian besar Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Mereka menghantar memorandum dan membuat laporan polis serta media berhubung isu tersebut baru-baru ini. Adnan "play save" dalam hal ini apabila meminta Khairy menyelesaikannya, sedangkan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pahang dia sewajarnya memanggil kesemua Ketua Pemuda UMNO Bahagian untuk duduk berbincang dan memberi pandangan. Adnan seolah-olah tidak berani bersuara kerana Shahruddin Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang adalah dari kawasan Parlimen Pekan, iaitu orang Najib. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini siapakah "MB Pahang yang baru"].
Share:

Al-Fatihah: Harun Taib Meninggal Dunia Awal Pagi Ini


KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini pada jam 12.17 awal pagi ini. Menurut Pengarah HSNZ Tengku Ramlah Tengku Senik, Allahyarham meninggal akibat sindrom kegagalan fungsi pelbagai organ (MODS). "Allahyarham meninggal jam 12.17 pagi ini akibat kegagalan fungsi organ dalaman (MODS)," katanya di sini. Allahyarham pernah menjadi ADUN Manir selama empat penggal bermula 1982 (PRU Ke-6) sehingga 2004 pada PRU-11 dan sepanjang tempoh itu hanya sekali kalah pada PRU-7. Allayarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak. Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham dikebumikan pagi ini di Markaz Tarbiah Kubang Lembik, Manir di sini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan antara pemimpin PAS akan hadir ke majlis pengebumian itu. #sumber
Share:

Hanya "Menteri" Percaya GST Sebabkan Harga Turun !

Share:

Patuhi Syarat Atau Lesen Melombong Di Tarik Semula


KUANTAN - Kerajaan negeri memberi amaran akan menarik balik lesen pengusaha bijih besi sekiranya mereka didapati melanggar syarat ditetapkan sehingga menimbulkan rungutan penduduk. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara ini dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Lombong Bijih Besi Pahang pada minggu lalu yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail. ''Kita beritahu yang mereka boleh jalankan aktiviti di negeri ini tetapi para pengusaha lombong tidak sewajarnya mendatangkan kesusahan kepada orang ramai seperti yang berlaku di Kampung Selamat dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dekat Gebeng iaitu masalah habuk dan lumpur akibat lori membawa muatan bijih besi. ''Berikutan itu, kita telah buat keputusan yang lori mereka perlu melalui Jalan Sungai Ular untuk atasi masalah ini dan mereka perlu patuh dengan syarat-syarat ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini semalam. Menurut Adnan, selain itu, bagi mengatasi rungutan penduduk, kerajaan akan sediakan satu tempat khusus berdekatan Gebeng untuk pengusaha kumpulkan hasil perlombongan sebelum dihantar ke pelabuhan. ''Kita telah kenal pasti tapak berkenaan dengan persetujuan pihak persatuan yang akan dijadikan pusat pengumpulan berpusat. Sekarang ini mereka hantar di merata tempat hasil lombong mereka. ''Selepas ini kita sedia pusat pengumpulan itu dengan pengusaha akan menyewa tapak itu daripada kerajaan negeri. Cara ini dapat elakkan masalah habuk dan sebagainya. ''Saya juga meminta pengusaha lombong bijih besi agar memperbanyakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu penduduk di kawasan terlibat," jelasnya. #sumber
Share:

Pemuda Pahang, Pantau Harga Barangan Keperluan !!


KUANTAN - Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyokong penuh langkah kerajaan untuk campur tangan jika mekanisme harga yang digunakan ketika ini tidak berfungsi dan hanya membebankan rakyat secara keseluruhan. Ketuanya, Shahruddin Ahmad (foto) berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu seharusnya disambut baik oleh semua pihak terutama para peniaga agar tidak tamak sehingga membebankan pengguna. "Pendekatan yang dilakukan kerajaan untuk menjaga kebajikan pengguna daripada ditindas patut dibanggakan dan dalam masa yang sama semua pihak berganding bahu bersama-sama menanganinya. "Kita tidak akan duduk diam kerana kita akan bersama-sama Persatuan Pengguna Muda Pahang akan bertindak memantau harga barangan keperluan dan memberi pendidikan kepenggunaan kepada orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan untuk campur tangan jika mekanisme harga yang digunakan sekarang tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga membebankan rakyat. Menurut Shahruddin, pihaknya melalui Skuad Pengguna Pemuda UMNO akan melaksanakan dua tugas utama iaitu membuat pemantauan bagi membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai kes-kes di bawah akta kementerian tersebut. "Skuad ini juga akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna kerana gerakan kepenggunaan amat penting bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kepada pihak yang mengambil untung melampau. "Kita mahu sedarkan pengguna mengenai hak-hak mereka terutama buat perbandingan harga sebelum buat pembelian bagi mengelakkan perbelanjaan harian mereka meningkat," jelasnya. Tambahnya, pemantauan juga tidak hanya terhad di pasar tetapi libatkan restoran atau medan selera yang menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau. #sumber
Share:

Tiga Peniaga Kena Dakwa, Gagal Pamer Tanda Harga !


JERANTUT - Tiga peniaga kedai makan bakal dikenakan tindakan mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal meletakkan tanda harga pada minuman dalam tin dan botol yang dijual di premis masing-masing di bandar ini kelmarin. Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Jerantut, Tan Siew Lin berkata, minuman dalam tin dan botol itu telah disita manakala peniaga berkenaan akan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan akta tersebut. Menurutnya, jika sabit kesalahan, peniaga berkenaan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. "Kita berharap peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar memaparkan tanda harga bagi setiap barang jualan. "Penguat kuasa PPDNKK di sini akan terus melaksanakan pemantauan serta operasi ke setiap premis perniagaan dari semasa ke semasa supaya peniaga tidak cuai dan menunjukkan tanda harga serta mematuhi arahan," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan sempena Ops Harga di sini. Menurut beliau, PPDNK juga meminta peniaga kedai makan mempamerkan tanda harga bagi setiap lauk-pauk yang dijual kepada pelanggan walaupun masih belum ada aduan sehingga ini. "Jika ada kecuaian bagi kes berkenaan dalam kalangan peniaga kedai makanan, PPDNKK tidak teragak-agak akan mengeluarkan tindakan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. "Peniaga juga perlu mengemukakan bukti kenapa mereka menaikkan harga makanan yang dijual jika penguat kuasa PPDNKK membuat operasi di premis mereka," ujarnya. Tambahnya, orang ramai diminta melaporkan kepada PPDNKK segera jika ada peniaga  sengaja memanipulasi harga makanan di kedai makan atau restoran di bandar ini. #sumber
Share:

Krisis Pemuda, UMNO Negeri Serah Khairy Selesaikan


KUANTAN - Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menyelesaikan kemelut berhubung pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Shahruddin Ahmad. Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pelantikan itu adalah keputusan oleh Khairy sendiri dan sebarang isu eloklah diselesaikan oleh beliau. "Saya tidak tahu pula mengenai kemelut ini tetapi berharap dapat diselesaikan dengan baik. "Saya yakin Khairy mampu menyelesaikan masalah yang timbul supaya tiada lagi ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin Pemuda yang lain," katanya pada sidang akhbar selepas Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini semalam. Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin. Lebih 2,000 kakitangan awam, swasta, orang awam dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiri sesi seminar berkenaan. Difahamkan, isu pelantikan Shahruddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan mendapat tentangan daripada 11 Ketua Pemuda Bahagian yang lain. Ditanya sama ada kemelut ini akan memberi kesan kepada parti, beliau berkata, perkara ini tidak akan berlaku kerana sesebuah organisasi tidak bergantung kepada ketua. "Ketua dalam sesuatu organisasi tak penting, yang penting adalah ahli di dalamnya yang mempunyai persefahaman akan buatkan organisasi itu berjaya," katanya. #sumber
Share:

Harga Barangan Masih Lagi Terkawal Di Kawasan Bera


BERA - Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK), Abd Mubin Ahmad berpuas hati dengan peniaga kedai runcit sekitar Bandar Bera dan Kerayong kerana meletakkan harga berpatutan pada produk yang dijual. Menurutnya, sepanjang pemeriksaan yang dijalankan semalam, hanya seorang peniaga diberikan notis untuk menyatakan sebab menaikkan harga barang pada beberapa produk yang dijual. “Buat masa ini, semua peniaga masih mengekalkan harga barang terutamanya barang kawalan dan kita berharap, peniaga dapat mengekalkannya pada masa akan datang. “Sekiranya terdapat perubahan harga berbanding tahun lalu, mereka perlu memaklumkan kepada PPDNKK dengan mengisi Borang Notis Seksyen 21,” kata beliau. #sumber
Share:

Kalimah Allah: 'UMNO Bentong' Kumpul Tandatangan !


BENTONG - Kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah ALLAH ternyata mengguris perasaan umat Islam dan perlu diambil tindakan sewajarnya. Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Zaharah Ismail berkata, sejajar itu, pihaknya menjalankan program kutipan tandatangan membantah kenyataan dikeluarkan itu. Katanya, tandatangan dikumpulkan di atas kain rentang yang dipasang semasa pelaksanaan program di beberapa lokasi termasuk Mempaga, Kampung Jambu Rias, Benus, Kampung Bukit Gajah dan Felda Lurah Bilut. “Kain rentang dipenuhi tandatangan itu nanti kami akan serahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tindakan selanjutnya. “Pihak kami menjangkakan ia akan diserahkan pada awal Februari depan sebagai tanda bantahan penduduk daerah ini terhadap kenyataan dikeluarkan,” katanya. Zaharah berkata, ia sebahagian daripada usaha untuk menyatakan rasa kurang senang atas kenyataan dikeluarkan selain membuat laporan polis. Katanya, bantahan dengan cara menurunkan tandatangan ke atas kain rentang dilihat cara sopan yang mana tidak perlu menggunakan medium berdemonstrasi secara jalanan untuk membuat bantahan. “Diharap tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan kemelut penggunaan kalimah ALLAH ini dapat diselesaikan secepat mungkin. “Dalam masa sama, penduduk daerah ini juga diharap dapat berikan sokongan turunkan tandatangan,” katanya. #sumber
Share:

Rafizi: Tak Wajar Bakar Bendera Untuk Tunjuk Protes

Share:

Panas: Dua "Pemimpin Kanan PKR" Gaduh Di Kuantan, Benarkah Laporan Yang Di Sebar Blog Pro UMNO Itu !!

KUANTAN, 24 Jan - Orang ramai kecoh dan tidak kurang pula yang menghubungi kami bertanyakan khabar benarkan ada dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergaduh hingga mencetuskan adengan "tumbuk menumbuk" di Kuantan semalam. Berita ini banyak didedahkan oleh blog-blog pro UMNO yang mengatakan "Dua Pemimpin Cina Dan Melayu Bertumbuk". Dakwa mereka  insiden itu berlaku antara jam 9.30 sehingga 10.30 pagi di Restoran Maya, Jalan Beserah dekat sini. "Insiden tersebut membabitkan ahli MPP PKR yang juga Pengerusi PKR merangkap Adun Bandar, Terengganu, Azan Ismail dengan ADUN Semambu, Lee Chean Chung. Semuanya bermula apabila Azan menegur Lee Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu. Azan Ismail menyatakan, perbuatan Lee Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekaligus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang dipilih menjadi pemimpin PKR. Azan turun menasihati Lee Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak mengikut perasaan. Rupa-rupanya teguran itu tidak dapat diterima oleh Lee Chean Chung. Berlakulah pertikaman lidah antara Lee Chean Chung. Saksi menyatakan, Lee Chean Chung tidak dapat terima teguran Azan kerana AZAN ISMAIL ADALAH MELAYU", petikan dari kenyataan tersebut.

Azan Dan Lee Chean Chung satu team pada pemilihan PKR 2010 yang lalu, 
tapi kini haluan berbeza selepas Chean Chung kini bersama Dato' Fauzi

"Ketika bertikam lidah, Lee Chean Chung secara sengaja telah mengejek Azan dengan menyatakan, 'MELAYU SEMUANYA BODOH' dan memberitahu kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang. 'MELAYU SAKAI MASUK HUTAN' menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar LeeChean Chung kerana bermulut celupar. Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan. Berbeza pula dengan rakan Lee Chean Chung - juga seorang Cina - apabila melihat Azan mulai kendur, telah mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan. Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, yang turut menyaksikan pergaduhan antara kedua-dua pemimpin PKR berlainan bangsa itu, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat menghentam kepala Azan Ismail. Apabila menyedari pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut diminta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua-dua pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran", kata kenyataan itu

[Umum mengetahui Azan Ismail yang merupakan mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota tidak sebulu dengan Dato' Fauzi Abd Rahman sejak sekian lama. Azan ditendang ke Terengganu selepas berlaku krisis kepimpinan PKR negeri Pahang antara beliau dengan Dato' Fauzi. Pada Pemilihan PKR 2010, Dato' Fauzi meletakkan proksinya Razali Alias (kini Ketua Penerangan PKR Pahang) untuk melawan Azan. Namu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Azan menang dengan majoriti tipis. Laporan kepincangan dibuat kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR Pusat, namun difahamkan tiada tindakan yang dilakukan. Ketika itu, Chean Chung adalah proksi Azan yang menang jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota. Sejak Azan dihantar oleh PKR Pusat ke Terengganu sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan  Negeri, Chean Chung mula berubah arus dan menyokong Dato' Fauzi. Kini khabarnya mereka bersama kerana kedua-duanya menang pada PRU-13 lalu bagi kerusi parlimen dan DUN di kawasan itu. Difahamkan Chean Chung akan bertanding jawatan Ketua Cabang selepas sekian lama memangku jawatan itu sebelum ini. Keputusan itu disokong oleh Dato' Fauzi demi kepentingan politik beliau di Indera Mahkota. Razali yang dulu proksi Dato' Fauzi kini membawa haluan sendiri. Jika benar dakwaan pergaduhan Azan dan Chean Chung, mungkin ada kaitan juga dengan sikap Chean Chung yang kini bersama musuh Azan (Dato' Fauzi). Apapun, siasatan lanjut insiden ini menyusul].
Share:

Projek Biz100, Rahsia Jana Pendapatan Empat Angka Setiap Hari Dengan Modal RM100 Kini Makin Meletop !


Rakyat Malaysia yang dibelenggu masalah kewangan yang kronik serta masih tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan sekali lagi dipelawa menyertai Projek Biz100 (BizHundred) yang kini semakin mendapat sambutan hangat di seluruh negara. Setiap hari kian ramai yang membuat pendaftaran secara online untuk menyertai projek ini sekarang. Majoriti yang berdaftar adalah kakitangan kerajaan dan selebihnya golongan mahasiswa serta graduan menganggur. Dengan pendaftaran RM100 anda akan ditunjukkan jalan keluar dari masalah kewangan yang dihadapi selama ini. Sistem transaksi yang canggih, menggunakan SMS termasuk makluman tentang pembayaran ke bank yang dibuat dua kali seminggu. Projek Biz100 bukanlah pelaburan haram (internet), skim cepat kaya atau pun kutu online seperti yang disangka oleh sesetengah pihak, tetapi projek ini adalah rahsia perniagaan internet untuk orang biasa iaitu mereka yang sibuk, tidak banyak masa terluang dan mempunyai komitmen kerja yang tinggi. Justeru, mereka ini layak menyertai Projek Biz100 kerana dengan modal serendah itu, satu strategi menjana pendapatan sehingga maksima RM1,600 sehari akan diajar secara sistematik, telus, adil dan saksama. Anda tidak rugi kerana dengan modal RM100 akan diberikan hadiah percuma produk penjimat minyak (Fuel Treatment 4-In-1) yang cukup hebat dan mendapat pengikhtirafan daripada SIRIM dan Puspakom. Nilai produk ini dipasaran pula sama dengan nilai modal yang anda keluarkan (RM100). Caj tambahan dikenakan untuk tujuan penghantaran dimana bagi Semenanjung Malaysia RM10, manakala Sabah dan Sarawak RM20. Bagi pendaftaran untuk Sabah dan Sarawak, yuran terkini ialah RM120, manakala di Semenanjung Malaysia dikekalkan sebanyak RM100. Apa yang lebih penting, inilah peluang anda untuk mengubah nasib. Ingat kesusahan ingatlah Biz100 kerana kami bersedia merealisasikan harapan dan impian anda untuk keluar dari masalah kewangan. Roadshow Usahawan akan diadakan di seluruh negara mulai Februari ini. Untuk pendaftaran secara online sekarang, sila klik SINIAdvitorial
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.