script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pengerusi PKR Pahang Berharap Agar Pihak Polis Siasat Secara Profesional Siapa Dalang Letup Bom

KUANTAN, 9 Jan - Rata-rata pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwatnya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini. Menurut Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) berkata, keputusan hari ini menggambarkan apa yang berlaku kepada Anwar selama ini hanyalah konspirasi politik jahat pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya. Mahkamah bertindak bijak dengan bertindak adil terhadap kes ini. Kehadiran ribuan rakyat sejak awal-awal lagi untuk memberi sokongan padu kepada Anwar, jelas membuktikan mereka langsung tidak percaya dengan kes itu. "Apa yang menghairankan kita ialah dalam keadaan pihak polis bertindak profesional menjaga keadaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini, tiba-tiba berlaku tiga letupan bom yang menggegarkan seluruh kawasan tersebut dan yang berhampiran. Soalnya, mana mungkin penyokong Anwar letupkan bom selepas keputusan mahkamah dibuat. Polis wajar menyiasat insiden ini dengan profesional, jika tidak mahu kewibaan mereka dipertikaikan oleh rakyat", kata Dato' Fauzi. Dalam kejadian pagi tadi, tiga bom dipercayai telah diletakkan dalam kon berwarna oren dengan jangka waktu tertentu (timing) untuk diletupkan. Biar pun tiada kecederaan serius namun ia sedikit mencalarkan imej perhimpunan aman Bebas Anwar 901 pagi tadi. "Polis perlu menyiasat dengan telus dan mendedahkan siapakah yang punya angkara kejadian memalukan ini. Mereka yang menjaga keselamatan dan sepatutnya awal-awal lagi sudah bersedia dengan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi terbabit, bagi mengenal pasti pihak yang cuba menggugat keselamatan negara. Bukankah sejak dari awal pihak polis sudah dimaklumkan lokasi perhimpunan aman berkenaan. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Bukankah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu profesional dalam tindakan mereka", tambah Dato' Fauzi lagi. Sementara itu Dato' Fauzi turut menjawab kenyataan mantan PM Mahathir kononnya pembesan Anwar hari ini membuktikan tidak wujudnya konspirasi dalam kes liwat yang dihadapinya. "Mahathir kata ini bukti tidak ada konspirasi terhadap Anwar. Saya nak katakan kepada Mahathir bahawa ini membuktikan ada konspirasi tetapi konspirasi telah gagal!!", kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO di era Mahathir itu.
Share:

3 ulasan:

  1. SENANG JE NAK JEJAK,
    BOM TU KAN DALAM "KON POLIS", POLIS YG LETAK.
    TENGOK LA DALAM "CCTV" ADA LAGI TAK SESIAPA YG USIK/PEGANG.
    APA, SUSAH KE??
    BELAMBAK "SB" MASA TU, TAK CEKAP LAGI KE??
    MALAS LAH NAK CAKAP SAPE2.. NANTI NAIK PANGKAT PULAK, NANTI.SUSAH ORG LAIN.
    TAK DAPAT JUGAK, YOU ORG MEMANG TAK CEKAP.

    BalasPadam
  2. tak masuk akal langsung penyokong sesama sendiri nk di bom ny..apa yg kita tahu polis sahaja yg ada menyimpan bahan letupan utk membuat latihan dan sebagai ny..ibarat pepatah org-org lama berkata lempar batu sembunyikan tangan fikir-fikir kan lah..semuanya telah di rangcang oleh BN untuk mengeroh kan keadaan nk membuat fitnah pada penyokong-penyokong PR yg punya angkara..ingat rakyaat di malaysia semua nya bijak berfikir tak kira kaum melayu,kaum cina,kaum india dan termasuk masyarakat atarabangsa yg mana lojik atau yg mana tak masuk akal sudah-sudah lah dgn wayang-wayang BN TU.trm lah hakikat dan kenyataan yg BN akan tumbang setumbangnya..

    BalasPadam
  3. Polis akan buat dailog gini CCTV....rosak tak berpungsi....Polis Mulut Lepas....!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Seru Lebih Banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Tawarkan Biasiswa Kepada pelajar Di Pulau Tioman Lanjutkan Pengajian

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT), k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.