KUANTAN, 29 Sept - Susulan kegagalan Badan Perhubungan UMNO Pahang memenangi kes tuntutan taksiran gantirugi terhadap syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, maka ramai pihak yang berharap UMNO tidak membuat rayuan kes tersebut. Difahamkan, masa untuk merayu selepas keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuantan Shazlina Shafie ialah selama 14 hari. Ini bermakna UMNO Pahang hanya mempunyai baki sembilan hari untuk membuat rayuan. Walau bagaimana pun ramai pihak yang mengikuti kes ini sejak dari awal lagi, percaya UMNO Pahang tidak mempunyai hujjah yang kuat untuk merayu. Malah, difahamkan mahkamah juga telah memutuskan bahawa saksi (UMNO Pahang) gagal memberi bukti
dan bercanggah dari segi keterangan. Terdahulu, dalam prosiding perbicaraan yang dijalankan saksi pihak UMNO dikatakan telah beberapa kali gagal menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan oleh peguam SGM. Dalam kes ini SGM diwakili oleh Peguam Tetuan Hafidz & Dzulkarnain. Manakala UMNO Pahang diwakili oleh Tetuan Toh & Co. Sementara itu saksi utama bagi pihak UMNO Pahang pula ialah Abdul Rahim Abas, selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang baru menggantikan Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman sejak 2008 yang lalu. Menurut seroang pemerhati kes itu, UMNO Pahang tidak wajar membuat rayuan kes berkenaan kerana segala dokumen, keterangan dan bukti-bukti kukuh kini berpihak kepada SGM. Malah terdapat banyak keraguan tentang saksi pihak UMNO yang dikatakan pakar ketika dibawa ke mahkamah iaitu Quek Jern Leng, yang dikatakan seorang Pengurus Konsultan Pembalakan di Kelantan. Apa yang menarik saksi ini muncul disaat akhir, sedangkan sebelum itu UMNO Pahang dikatakan hanya mengemukakan seorang saksi sahaja (Abdul Rahim Abas). Apa yang menarik, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Dato' Mariana Yahya beberapa kali menegur saksi UMNO kerana gagal menjawab soalan yang dikemukakan secara profesional. Rahim Abas, seolah-olah tidak faham dan tahu apa yang ditanya dan banyak menjawab "tidak pasti" dan "tidak tahu" hingga ditegur hakim yang mahu beliau tahu mahkamah bukanlah "sarkas". Mujurlah sepanjang prosiding, tidak ada wartawan media yang mengikutinya jika tidak pasti UMNO Pahang mendapat malu besar kerana mengemukakan saksi yang tidak relevan seperti beliau (Abd Rahim Abas).
[Atas alasan dan dakwaan inilah, maka UMNO Pahang tidak wajar merayu keputusan mahkamah menolak permohonan mereka baru-baru ini. UMNO sepatutnya menyediakan saksi yang relevan dan boleh menjawab hujjah-hujjah yang dikemukan dengan baik, bukannya saksi yang sekadar mengangguk dan mengelengkan kepada sahaja. Apapaun, tempoh untuk UMNO Pahang merayu semakin singkat dan apakah mereka akan berbuat demikian dalam keadaan mereka gagal memberi keterangan yang memuaskan hati hakim dalam kes ini. Apa yang jelas, Seruan Gemilang Makmur (SGM) mempunyai alasan yang kukuh untuk menuntut hak mereka dalam kes ini. Tambahan pula, banyak perjanjian dan dokumen kukuh yang menyokong permohonan mereka selama ini. Cuma agak menghairankan apabila UMNO Pahang terutamanya Menteri Besar yang masih gagal menyelesaikan kes ini biar pun ia telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi di negara ini. Sikap ini jelas bertentang dengan hasrat untuk melihat keadilan itu tertegak di negara ini. Sikap acuh tidak acuh Kerajaan Negeri Pahang terhadap keputusan mahkamah ini jelas sekali akan merugikan rakyat kerana semakin ditunggu maka semakin tinggi faedah yang dikenakan kepada pihak terbabit. Oleh itu, jalan terbaik ialah UMNO serta SGM berunding ke arah mencari penyelesaian terbaik dalam kes ini].







BalasPadamLecepat UMNO lingkup lagi baik untuk rakyat pahang dan malaysia.
Lecepat Anwar lingkup mampos lagi baik untuk rakyat pahang dan malaysia.
BalasPadamapa susah tok nan..collect pakat sikit kat owner2 bijih/yb2 tu/sedara mara tok tu sekejap je boleh setel.depa tak kan kedekot kot
BalasPadam