KUANTAN, 18 Sept - Apa sudah jadi, gara-gara taksub dengan "1Malaysia", ada orang tergamak menukarkan hurup "Aliff" pada surah "Al-Mulk" dengan logo "1Malaysia". Perkara ini didedahkan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar (foto), di laman sembang sosialnya awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku dalam sebuah surau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. "Huruf Aliff pada ejaan surah 'Al Mulk' ditukar kepada no 1 , jumpa disurau Al Badar Lembah Pantai, puak-puak 1 Malaysia ni dah tak takut dosa lansung sampai menukar huruf AlQur'an", kata beliau pada posting tersebut. Kenyataan beliau itu mendapat reaksi panas daripada sahabat FB yang lainnya. Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sesuatu yang memalukan dan jelas sekali oleh orang yang tidak punyai ilmu agama langsung. "Ya Allah....ini species tak taku kpd Allah...hanya takut sesama manusia yang durjana...", kata Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang. "Sengaja tak sebut satu huruf tu dah kafir kalau sengaja tukar tak tahu lah mcmmn pulak ... tak fikir hukum hakam akibat terlalu taksub dgn sesuatu", kata salah satu komentar pada posting tersebut. Persoalannya sekarang, apakah perkara ini direstui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?. Jika sebelum ini umat Islam marah apabila filem yang menghina Rasulullah SAW diterbitkan di Amerika Syarikat. Kini ada pula, umat Islam di bumi sendiri yang tergamak menukarkan ayat Al-Quran dengan logo "1Malaysia". Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Justeru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Seri Jamil Khir Baharom digesa turun padang untuk memantau keadaan ini. Jika tidak sudah pasti apa yang berlaku di surau berkenaan akan diikuti pula oleh surau-surau yang lain pula selepas ini. Kita tidak mahu, ayat Al-Quran dipermainkan sewenangnya oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam tetapi terlalu jahil sebenarnya. Hingga mereka tergamak berbuat demikian, tanpa bertanya kepada mereka yang lebih arif tentang agama Islam itu sendiri.

Bukti, huruf "Alif" pada surah "Al-Mulk" ini telah ditukar jadi logo 1Malaysia
Bukti, huruf "Alif" pada surah "Al-Mulk" ini telah ditukar jadi logo 1Malaysia
[Kejadian ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Sebelum ini memang sudah banyak ia didedahkan, namun tidak disedari oleh pihak terbabit. Makanya, dengan pendedahan terbaru ini diharap pihak yang berkenaan mengambil perhatian serius dan arahkan perkara ini diperbetulkan semula jika tidak mahu mereka itu digelar jahil oleh orang lain. Ia bukan sahaja memalukan pihak surau yang berkenaan, malah boleh mengelirukan orang ramai. Tindakan ini memang tidak nampak satu penghinaan tetapi mengubah satu huruf pada ayat Al-Quran itu pun sudah dikira berdosa apatah lagi kepada surah ayat berkenaan. Mungkin tindakan ini dilakukan oleh mereka yang jahil, namun masih ada masa lagi untuk diperbetulkan dan kita takut semua surah yang memang ada hurul "Alif" pun akan ditukarkan dengan logo "1Malaysia" selepas ini nanti. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar sebelum segalanya ini terlambat nanti].






UMNO laknatullah..
BalasPadamItu edit boh...org PAS tu kalu bijak gi report polis..ni konfem sape buat masuk ISA..anything yang menyuntuh Al- Quran(edit) or berdakwah kristian pada org Islam goes ISA..tHis only reason why Chinese support anti ISA..if i not mistaken mubaligh2 kristian dah ramai ke dalam..diorang sanggup masuk ke kg2 pedalaman or OA Dok saner berbulan or bertahun,hanyer untuk sebarkan agama mereka.
BalasPadamGi ah report...jgn takut ah..polis pun muslim..kiter sesame good Muslim mesti react cepat nyer..Sensitive NIH.!
Kalau MU tak report,kang orang cakap MU yang edit..nak buat org marah kat gomen.Jangan takut..berani kerana Benar!
- IM -
Provokasi lagi...
BalasPadam