script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: PKR Wajar Kekalkan Azan Ismail Di Indera Mahkota Jika Tak Mahu Kerusi Itu Di Rampas BN !

KUANTAN, 28 Sept - Orang ramai terutamanya para pengundi di kawasan Parlimen Indera Mahkota mahu pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan Azan Ismail (foto) untuk mempertahan kerusi parlimen itu pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Menurut mereka, parti perlu melihat mana-mana calon yang menang wajar dikekalkan demi kesinambungan perjuangan rakyat di kawasan terbabit. Menurut seorang penyokong kuat pakatan yang ditemui berkata, walau pun Azan banyak dikritik oleh pihak-pihak tertentu namun kami memahami masalah yang beliau hadapi. Sebagai Wakil Rakyat pembangkang, segala peruntukan yang sepatutnya disalurkan tidak dibuat, maka sudah tentu banyak agenda untuk membangunkan kawasan gagal dilaksanakan. "Gagal bukan bermakna beliau (Azan) tidak berkhidmat untuk rakyat... tapi gagal kerana peruntukan di sekat.. maka itu bukan salah beliau walau pun penyokong UMNO BN menjadikan isu tersebut sebagai alasan menolak Azan. Saya melihat Azan telah berjaya memainkan peranan di parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi dan kewangan. Maka, atas alasan apa beliau harus ditukarkan?. Kami sedia bediri teguh untuk menyokong beliau dikekalkan di parlimen ini (Indera Mahkota)... malah saya tidak nampak mana-mana pemimpin lain yang layak menggantikan  beliau buat masa ini", katanya. Pada Pilihanraya Umum ke-12 (2008) yang lalu, Azan memenangi kerusi tersebut apabila mengalahkan calon BN, Salamon Ali Rizal Abd Rahman dengan majoriti 1,027 undi. Beliau mendapat 19,823 undi manakala calon BN itu hanya mendapat 18,796 undi. Kemenangan Azan itu berjaya melonjakkan namanya kerana beliau tidak begitu popular seperti calon-calon yang lain sebelum itu. Azan sebelum ini juga telah mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia ada mendapat tawaran jutaan ringgit andai meninggalkan PKR dan menjadi wakil rakyat bebas seperti yang lainnya. Malah, kenyataan Azan itu telah ditempelak oleh Menteri Besar Pahang sendiri yang mengatakan tidak pernah tawarkan ganjaran wang jika Azan meninggalkan pembangkang. Soalnya sekarang, apakah Azan wajar dikekalkan sedangkan beliau kini Pengerusi PKR Negeri Terengganu?. 

Dalam PKR sendiri, senario seperti Azan banyak berlaku dimana pemimpin yang menang di negeri lain tiba-tiba diangkat menjadi Pengerusi PKR negeri lain. Contohnya, Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Azmin Ali pernah menjadi Pengerusi PKR Sabah walau pun dia adalah Ahli Parlimen Ampang. Malah, dalam UMNO sendiri perkara itu biasa berlaku seperti di Terengganu (Hishamuddin), Kedah (Shafie Afdal), Perak (Najib) dan ramai lagi sebelum ini. Mereka menjadi Pengerusi Perhubungan negeri sedangkang tidak bertanding atau bermastautin di negeri terbabit. Justeru, isu ini tidak menjadi halangan dan tidak boleh dijadikan alasan oleh UMNO untuk menolak Azan. Tambahan pula beliau kini masih bermastautin di Kuantan sendiri sejak sekian lama. Maka tidak timbul soal dia itu calon orang luar atau tidak seperti yang dicanangkan.
[Ramai pihak yang berharap agar Azan Ismail dikekalkan oleh PKR untuk mempertahankan kerusi parlimen itu. Ia juga mungkin selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat, agar calon yang menang dikekalkan bertanding di kerusi masing-masing. Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah calon yang bakal terpilih mewakili PKR di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU-13 ini. Ramai yang meramalkan jika calon lain termasuk Dato' Fauzi (Pengerusi PKR Pahang) atau Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota) bertanding, harapan untuk pembangkang kekalkan kerusi itu mungkin tidak menjadi kenyataan. Tambahan pula kini, isu orang lama dan calon bukan Melayu sedang hangat diperkatakan dalam kempen-kempen UMNO BN di kawasan itu sekarang. Jalan terbaik ialah PKR mengekalkan Azan bertanding demi mempertahankan kemenangan yang dicapai PRU12 lalu].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ADUN Diingatkan Tidak Buat Hebahan, Kenyataan Tidak Benar Yang Boleh Jejaskan Kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak membuat hebahan dan kenyataan tidak benar yang boleh menjejas kredibiliti ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.