script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sumbang Mahram: 'Suspek Tak Bersalah', Blogger Pro UMNO Wajar Memohon Maaf Daripada Beliau!

Nama Mohd Nor Jaafar (foto) popular baru-baru ini akibat dikatakan terlibat dengan skandal "sumbang mahram" dengan anak tiri beliau sendiri. Kecoh dibuatnya apabila laporan polis dibuat oleh seorang jururawat ketika mangsa yang baru berumur 15 tahun itu melahirkan anak di sebuah hospital swasta di ibu negara. Akibat laporan itu Mohd Nor bersama anaknya telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Susulan penahanan tersebut banyak pihak terutamanya media arus perdana dan blog-blog yang pro UMNO telah menjatuhkan hukuman kononnya beliau sudah didapati bersalah. Sedangkan ketika itu, beliau hanya disiasat untuk membantu siasatan dan ujian DNA telah dilakukan terhadapnya. Antara blog terawal yang mendedahkan isu tersebut termasuklah dari blogger-blogger UMNO Jerantut sendiri. Kecoh dibuatnya, hingga suspek (Mohd Nor) menjadi begitu panas. Malah kesnya, meletup kerana ada pihak yang mengatakan "pemimpin pembangkang" di Pahang terlibat dengan kes itu. Pihak terbabit sengaja mencari publisiti murahan untuk mengaitkan pembangkang. Tambahan pula, Mohd Nor mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin PAS di negeri ini. Apa yang menarik, ketika krew PDO menghubungi beliau ketika kes ini kecoh dulu Mohd Nor secara seloroh mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mempopularkan dirinya itu. Katanya, dengan cara itu maka mudahlan untuk beliau berkempen jika jadi calon pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Difahamkan, Mohd Nor kemungkinan besar akan sekali lagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Damak di Parlimen Jerantut. Pada PRU12 dulu, dia bertanding disitu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, selepas bersama Datuk Zaid Ibrahim menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) beliau telah bertindak keluar dari PKR. Pada pilihanraya lalu, BN hanya diwakili oleh Dato' Lau Lee hanya menang tipis dalam pertembungan tiga penjuru di DUN terbabit. Kini, mungkin Mohd Nor akan sekali lagi masuk bertanding di kawasan terbabit. Namun, tidak diketahui sama ada dia akan bertanding atas tiket KITA atau pun BEBAS?. Apapun, kes "sumbang mahram" benar-benar mempopularkan beliau dan besar kemungkinan harapannya untuk menang pada kali ini semakin cerah. Susulan pendedahan panas oleh blogger-blogger pro UMNO menyebabkan beliau telah mengambil keputusan untuk menyaman blog berkenaan. Namun, anehnya selepas kenyataan itu dikeluarkan semua blog terbabit telah memadamkan "delete" artikel panas pasal beliau. Masing-masing takut dan tidak berani berhadapan dengan tindakan saman oleh beliau. Namun, mereka juga tidak memohon maaf secara terbuka kepada beliau atas laporan yang negatif itu.
Hanya Blogger WZWH Di Lihat Lebih Profesional 
Kini, Mohd Nor telah dibuktikan secara klinikal menerusi ujian DNA tidak terbabit dengan kes tersebut. Maka, ini bermakna beliau tidak bersalah dalam kes sumbang mahram yang hangat diperkatakan itu. Soalnya, apakah ada blogger-blogger pro UMNO yang telah mengeluarkan kenyataan maaf?. Tinjauan PDO, mendapati hanya ada satu blog pro UMNO yang telah bersikap profesional menyatakan maaf terhadap beliau. Blog yang dikendalikan oleh Blogger Wan Zamzuri Wan Hasenan (foto) itu dilihat lebih berani berpijak di bumi yang nyata dari lainya. Dalam kenyataan maaf tersebut blogger terbabit mengatakan "Jika awal bulan lepas ramai blogger Jerantut terutamanya dan blog WZWH sendiri ghairah memperkatakan saspek kes sumbang mahram ini maka dengan keluarnya keputusan ujian DNA secara sah dan rasmi dari Polis Pahang maka kita blogger Jerantut perlu juga menyatakan yang benar bahawa Mohd Nor Jaafar tidak bersalah dari segi undang-undang. Jika ada posting-posting kita blogger Jerantut termasuk blog WZWH yang menyentuh isu ini melibatkan dan mengaitkan Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang dan Tok Guru Nik Aziz maka itu tidak profesional dari segi etika kewartawanan blogging dan perlu kita blogger Jerantut termasuk WZWH sendiri meminta maaf. Termasuk banyak fakta salah yang diberikan. Dalam menyampaikan berita media baru: yang benar tetap benar yang salah tetap salah.  Kita kena tunjuk kita orang Jerantut menjaga aib dan maruah seseorang sesama Islam walaupun berlainan parti dan ideologi. Sebagaimana Allah menutup aib hambanya yang berdosa kerana sifatnya AS SATTAR (Menutup Keaiban Hamba) maka kita juga harus menutup keaiban manusia lain yang berdosa apatah lagi kalau manusia itu tidak berdosa atau tidak bersalah. Itulah akhlak Islam" lapor blognya.
 
[Apa yang dilakukan oleh Blogger WZWH ini wajar dicontohi oleh lain-lain blogger pro UMNO yang begitu ghairah melaporkan kes ini dulu. Mereka harus bertindak profesional dan tidak lari dari kenyataan. Apa yang pasti, kes seperti ini wajar dijadikan tauladan oleh semua pihak. Selagi suspek belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman maka tidak perlulah membuat spekulasi melampau yang boleh mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap suspek terbabit. Inilah yang berlaku kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini agaknya. Beliau belum pun didakwa atas kesalahan berkenaan namun media arus perdana dibantu dengan blog-blog pro UMNO begitu ghairah melaporkan kononnya dia sudah berslah. Malah, sehingga kini masih ada yang tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang membebaskan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu sebenarnya. Inikah akibatnya bila jiwa-jiwa mereka telah dimomokan dengan sesuatu maklumat yang jelas berniat jahat dan mahu merosakkan kreadibiliti pemimpin terbabit. Oleh itu, semua pihak digesa lebih bertanggungjawab di atas segala penulisan panas yang mereka terbitkan selepas ini hendaknya].
Share:

3 ulasan:

  1. BUDAKBOY

    Kan ke dah malu besor pencacai umNO. Hentikan le politik fitnah tu beb..

    Sori PDO, koi dah rembat stuff ni..

    BalasPadam
  2. PDO pun silap fakta bukan anak tiri anak kandung sebenarnya

    BalasPadam
  3. Kes dia ni patut tak payah kuar dh kt PDO.. Keputusan dah kuar.. terima je la. Tak abis2 kuar kt PDO mcm takde modal PDO ni.. cari la isu lain plak.. Acher kosek2 skit isu bulatan Tunas Manja maran tu.. Biar gegar skit MDM

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ADUN Diingatkan Tidak Buat Hebahan, Kenyataan Tidak Benar Yang Boleh Jejaskan Kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak membuat hebahan dan kenyataan tidak benar yang boleh menjejas kredibiliti ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.